Thursday, November 5, 2009

Kisah Matematik...


Alhamdulillah..petang tadi telah selesai menjawab soalan exam untuk paper matematik..
Fuhh..memang pening bermain dengan angka dan rumus ni..

Setiap kali sebelum menjawab exam math,aku mesti teringatkan cikguku sewaktu di sekolah.Sebelum exam,aku telefon kepadanya namun tak berjawab.Tapi dia telefon aku kembali.Cikguku itu masih seperti dulu.Membebel dengan penuh keibuan,memberikan nasihat dengan ikhlas kepada anak didiknya.

Katanya,jangan lupa baca doa dan selawat sebelum menjawab.Walaupun belajar di universiti,amalan yang Islam ajar kena amalkan juga.Setelah penat berusaha,apa yang penting adalah ketenangan dari Allah ketika menjawab nanti.Betul kata cikgu.Mendengar suaranya memberi nasihat kepadaku membuatkan aku sedikit tenang.Dan...aku tersenyum sendirian bila teringatkan aku yang dulu selalu dimarahi dan dibebelnya.Akibat sibuk dengan tugas,aku selalu terlepas kelasnya.Kawan-kawanku memberitahu cikgu marahkan aku kerana ponteng.Aku memberanikan diri berjumpa dengannya,dan bila bertemu,cikgu menasihatiku seperti seorang ibu menasihati anaknya.Itulah Cikgu Rosmaidah,semua pelajar sekolahku mengenalinya.Guru add math yang agak garang,tapi sangat disayangi pelajar-pelajarnya.Dia umpama ibu kepada kami.Terima kasih banyak-banyak cikgu.

Menjawab math tadi membuatkan otak bagai nak pecah.Hihik..
Bukannya payah,tapi itulah matematik,unik betul subjek ini.Matematik berjaya mengubah sikap beberapa kawanku dalam sekelip mata.(Haha..mcm magic plak.).Ada kawanku yang terus diam membisu selepas keluar dari dewan,sehinggakan kami nak bercakap dengannya pun tak berani.Ada yang menjadi lemah semangat,ada yang jenis selalu happy je(mcm aku,,hehe).Ish,hebat betul math ni.

Dulu cikgu tadiku ajar,, 1+1=2.
Masuk u,,, 1+1+10.

Hahahahahaha..
Apa pun,Matematik memang hebat..



6 comments:

Anonymous said...

1+1=3++

Anonymous said...

haha..

ada makna la mamu ni..

Anonymous said...

sok ptg xm math...skt jiwa.....

asrar said...

haha..selamat menjawab math yer..

Anonymous said...

who mamu???

asrar said...

mamu is my friend..y?