Monday, November 30, 2009

Memimpin Diri Sendiri..


Sahabatku yang seorang itu jadi pimpinan lagi,jawatan yang sama sahaja untuknya.Mungkin posisi itu sememangnya layak untuknya.Dia berbakat dan mampu menjaga amanah kepimpinan itu.

Naib Yang Dipertua bagi semua student..
Sekolah dulu jawatan itu yang disandangnya.Pegi matrik pun sama,masuk kampus pun di situ jugak kedudukannya.Jawatan yang agak besar dan berat tanggungjawab yang dilihat.Moga dia mampu menjalankan amanah dengan sebaiknya.

Terngiang-ngiang di telingaku pesanan abang naqibku yang pertama,Zool Amali.'Amanah itu taklif,bukannya tasyrif'.Itu yang selalu dipesan kepada kami dulu,amanah itu adalah suatu bebanan dan tanggungjawab,bukannya suatu kebanggan dan kemegahan.Sesetengah orang menganggap kedudukan dan jawatan adalah suatu yang best dan hebat.Sentiasa dipandang oleh khalayak ramai,menjadi perhatian dan mempunyai ramai peminat.Namun bagi mereka yang tahu apa itu amanah,mereka akan takut dan gementar dalam memikul amanah.Sentiasa berjaga-jaga dalam segala tindak tanduk.

Saidina Umar Abdul Aziz menangis setiap malam mengadu pada Allah.Begitu takutnya beliau terhadap amanah yang ditanggungnya.Kerana apa?? Kerana semua itu akan disoal kembali di hadapan Rabbul Jalil kelak..

Ramai sahabat-sahabatku yang terlibat dengan kepimpinan di tempat pengajian masing-masing.Alhamdulillah,mereka berupaya menjadi pimpinan.Ada yang berkata,'saya belum layak,,,saya tak bolehlah,,,saya kurang ilmu..' Ini semua antara kata-kata mereka yang ditawarkan dengan kepimpinan..namun kita renungkan  ini..

" Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.Seorang imam yang memimpin manusia adalah pimpinan,dan dia bertanggungjawab ke atas rakyatnya.Seorang suami adalah pemimpin dalam mengurusi ahli keluarganya,dia bertanggungjawab atas apa yang dipimpininya.Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumah tangganya dan dia bertanggungjawab ke atas keluarganya.Seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengurusi harta tuannya,dia bertanggungjawab atas peliharaannya.Seorang lelaki itu adalah pemimpin dalam mengurusi harta ayahnya,dia bertanggungjawab atas peliharaannya.Jadi setiap kamu sekalian adalah pemimpin dan setiap kamu harus bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya."

~peringatan bersama~


Friday, November 27, 2009

Perlis tempat aku bertapa...


1. Tahukah anda,tempat yang paling panas pernah dicatatkan di Malaysia?? Jawapannya adalah daerah Chuping.Aha..daerah yang terletak dalam negeri Perlis yang pernah mencatatkan suhu paling panas di Malaysia iaitu 40.1 darjah celcius.(panas wo..entah bagaimana azab Allah nanti)





inilah dia kami berlatar belakangkan ladang tebu..



2.  Di manakah ladang tebu terluas di negara kita?? Jawapannya di Perlis,dalam daerah Chuping juga.Keluasan ladang tebu ini lebih kurang 8000 hektar.Subhanallah,luasnya.(digelar juga ladang kencing manis..hehee..)


ladang tebu yang menghijau...hijau...hijau..

3. Gua Kelam yang panjang dan memukau pandangan.Sungguh takjub melihat pemandangan dan menikmati angin yang bertiup di dalam laluan dalam gua ini.Kadang-kadang rasa nak hidup dalam gua pulak.


bergambar di pintu Gua Kelam..



4. Tenang melihat pemandangan sawah padi yang terbentang luas di serata negeri perlis.Hijau yang mendamaikan hati yang gundah gulana.Subhanallah.

 


 bangunan baru yang akan digunakan untuk belajar sem depan..huhu..




Inilah negeri tempat bertapanya aku....
Indah bumi Tuhan...




Bayangan Maut


Kemuncak kepada ibadah haji adalah pada hari ini,9 Zulhijjah di mana jemaah haji akan wukuf di 'Arafah dan hari ini disunatkan berpuasa.Sememangnya ibadah haji adalah satu perjumpaan agung bagi umat Islam dari seluruh dunia yang berkumpul di bumi Makkah Al-Mukarramah tidak kira apa bangsa,warna kulit dan bahasa,semuanya berada di sana menyahut seruan ibadah haji dari Allah.Mereka adalah tetamu Allah yang mulia.Dan aku mengharapkan aku juga akan menjadi tetamunya-Nya suatu hari nanti.

Teringat suatu khutbah Jumaat ketika aku kanak-kanak dulu,imam menyebut tentang ibadah haji adalah seolah-olah bayangan saat kematian kita.Kenapa begitu ??

Kita boleh tengok ketika musim haji,lapangan terbang penuh dengan manusia yang mahu menghantar sanak saudara mereka yang mahu pergi haji.Kadang-kadang yang pergi hanya seorang,tetapi yang mengiringi sampai 30 orang.Tu yang jadi sesak sangat.Dan akhirnya hanya dia seorang sahja yang berlepas pergi.Samalah juga bila kita melihat suasana bila seseorang itu meninggal dunia,ramai sanak saudara dan rakan taulan yang mengiringi jenazah ke kubur,akhirnya tinggallah mayat itu keseorangan di dalam liang lahad.

Yang mengiringi jenazah ke kubur itu ada tiga.Dua darinya akan  pulang,hanya satu yang akan tinggal bersama-samanya.Harta dan saudara mara akan pergi ke kubur bersama-sama,namun akan pulang setelah selesai pengebumian.Yang akan tinggal bersamanya hanyalah amalannya.
Berapakah nilai amalan kita sekarang???

Setiap Muslim yang mengerjakan haji atau umrah mestilah berada dalam keadaan berihram.Kita lihat kepada pakain ihram,semuanya putih dan setiap orang sama sahaja jika dlihat.Tidak kira siapa dia sebelum ini,baik raja mahupun menteri,profesor atau petani,doktor atau nelayan,Dato' atau Tan Sri,semuanya sama sahaja di sisi Allah.Semuanya akan sama taraf bila menghadap Allah Ta'ala.Pakaian putih itu jugalah yang bersarung di badan.

Begitu juga apabila kita meninggal dunia,kain kafan yang putih juga akan membaluti tubuh kita.Tidak kira sutera atau apa yang mewah di atas dunia ini,kita sama sahaja di liang lahad.Taraf kita sama sahaja di sisi Allah,yang beza adalah amalan dan ketaqwaan kita.

Kemuncak ibadah haji adalah wukuf di padang 'Arafah.Melihat jutaan manusia berkumpul di situ membuatkan kita terfikir,bagaimanakah suasananya nanti apabila kita dikumpulkan di Padang Mahsyar nanti.Seluruh manusia sejak dari zaman Nabi Allah Adam sehinggalah umat akhir zaman,seorang pun tidak akan tertinggal.Semuanya akan dikumpulkan di sana,berada dalam kekalutan menunggu saat dihisab.Astaghfirullah.

Itulah dia bayangan maut yang sentiasa berada dekat dengan kita.
Sudahkah kita bersedia????

Wednesday, November 25, 2009

Berakhirnya semester ini..



Mengenang sejenak kembali masa yang berlalu,rupa-rupanya tamat sudah pengajian untuk semester ini.Begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari.Itulah aku, manusia yang rugi kerana melihat begitu sahaja masa berlalu tanpa dipenuhi dengan perkara yang sepatutnya. Sem ini agak banyak pengalaman dan peristiwa yang menarik.Berpindah ke rumah di belakang sekali di tepi bukit membuatkan aku terjumpa tempat bertapa..hehe..tapi pertapaan ini membuatkan aku jarang solat jemaah di surau..aku akui,aku gagal pada sem ini..

Apa pun aku ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serumahku yang begitu banyak menegur dan membimbingku.Naemi yang banyak berjasa kepadaku.Terima kasih kerana selalu pinjamkan aku motor.haha..selalu ajak aku ke surau dengan motor hitammu itu.. Kepada Zunnur yang selalu memperingatkan salah silapku.Selalu bertanya soal agama yang membuatkan aku kembali bersemangat dalam menuntut ilmu.Syahir yang selalu tumpangkan kereta merahmu ketika kami kehujanan.yang menjadi chef di rumah kami,selalu masakkan makanan untuk kami.sedapx3..


Jiran sebelah rumah yang selalu datang mengacau..Huzaifah yang selalu mengusik dan menyanyi itu..nanti nyanyi banyak2 lagi sem depan..Fendy yang suka tengok muvi..bgs2..Nano yang selalu kebisingan tapi budak pandai dalam kelas kami..teror2..serta semua sahabat2 sekelas dan semua kawan2,tima kasih kepada kalian semua.Ada umur kita jumpa lagi pada sem akan datang...



Thursday, November 19, 2009

Hampa..

Aku berada dalam ruang kehampaan...
Hampa itu kosong,kosong itu hampa..
Aku hampa,hampa berada dalam diriku..
Jiwaku kosong tanpa teman...
Tiada sesiapa kecuali Dia..

Seluruh tubuh kebekuan dalam ruang kebingungan..
Urat nadi dan darah menjadi medan pertempuran..
Iman dan nafsu bersimpang siur di dalam jiwa..
Diriku terbakar dengan bakaran nafsu dan dosa..
Mengharapkan salju keimanan menyelamatkanku..

Perjalanan hidup menjadi sesak dan keluh kesah..
Nafas ketaqwaan semput dek  batuk kejahilan..
Iman terkapai-kapai kelaparan peringatan..
Jiwa dahagakan kemanisan madu ibadah..
Aku perlukan ubat merawat kelukaan ini..

Aku merayu keampunan dari-Nya..
Aku dambakan redha-Nya..

Aku mahukan cinta-Nya..

Ilahi..
Anta maqsudi..
Wa ridhoka matlubi..

Sunday, November 15, 2009

Kecelaruan..

Aku tidak memahami apa yang berlaku hari ini.Segala perkara menjadi sesuatu yang celaru....semua menjadi serba tidak kena...Apa yang berlaku..??? Aku pun tidak tahu apa yang berlaku..

Aku bunuh identiti diriku....atau identitiku yang membunuh aku...Bunuh membunuh namun apa yang mati sebenarnya,,,Aku celaru kembali..apa yang berlaku bukanku pinta..

Personaliti itu dibina oleh kita sendiri...atau mungkin keadaan yang membina personaliti...tidak juga..kita yang bertanggungjawab memilih personaliti,,,tapi...keadaan sekitar juga mempengaruhi aku...apa personaliti aku...fikiranku caca marba lagi...


Thursday, November 12, 2009

Gadis Melayu..??

Gadis Melayu.Sebuah rancangan realiti tv yg dianjurkan oleh tv9 dalam usaha mencari GADIS MELAYU SEJATI.Saya tidak berminat dengan rancangan ini.Tengok pun tidak.Cuma kawan-kawan bagitau pemenang baru ni adalah budak satu matrik dengan kami dahulu.Aku tak pernah kenal dirinya,sama la dia pun.

Saya terbaca ada orang kata pemenang gadis melayu ni mesti bertudung sebab sudah dua musim yang menang adalah bertudung.Maka jawab juri-juri yang beragama Islam itu,tidak semestinya gadis melayu itu bertudung.Kita melihat kepada keseluruhan aspek,kepandaian,bakat persembahan dan lain-lain.Amboi,pandai betul mereka.Sedangkan yang peserta itu muslimah,mestilah wajib menutup aurat.Kesilapan kita apabila menganggap pakai tudung sudah tutup aurat,sedangkan aurat wanita itu seluruh tubuh mereka melainkan kedua tapak tangan dan wajah.Tapi kata mereka,tak semestinya pakai tudung.Aurat wanita begitu mudah didedahkan pada orang.Kesian wanita-wanita sebegini..tapi saya lupa..ini rancangan pencarian GADIS MELAYU,BUKAN GADIS SOLEHAH.

Dalam rancangan itu,yang menang baru ni pakai tudung tapi auratnya tidak tertutup dengan sempurna.Peserta diberi pilihan sama ada menari,menyanyi atau berlakon.Dan dia memilih berlakon.Berlakon pula dengan Fauzi Nawawi (sapa entah).dalam lakonan adalah bersentuh dengan lelaki yang HARAM baginya untuk mereka bersentuhan.Tapi mungkin bagi mereka tidak mengapa,hanya lakonan,tiada masalah.Saya berasa pelik..tapi saya terlupa lagi,ini pencarian GADIS MELAYU,BUKAN GADIS SOLEHAH.

Juri menitis air mata apabila melihat lakonan pemenang gadis melayu itu.Tersentuh dengan penghayatan watak oleh beliau dalam lakonan pendek itu.Agak-agak kalau lihat video kekejaman zionis kepada rakyat Palestin,nangis ke tak??Tapi yang melihat best la kan,boleh tengok peserta yang semuanya wanita yang cantik dan lawa,pakaian pun ketat dan kecil molek,sehingga menampakkan bentuk tubuh gadis-gadis itu.Bagi mereka,tidak mengapa,kita nak mencari gadis melayu yang ada kecantikan asli,lawa,bijak,dan lain-lain lagi.Tak sedarkah gadis-gadis ini,mereka seolah-olah memberi persembahan tayangan bentuk tubuh dan kecantikan mereka secara percuma kepada lelaki yang tidak selayaknya.Kesian kepada suami mereka kelak.Tapi sekali lagi saya terlupa,ini pencarian GADIS MELAYU,BUKAN GADIS SOLEHAH.

Bezanya jauh gadis MELAYU dan gadis SOLEHAH.Gadis solehah bukan dicari dalam televisyen.Gadis solehah akan menjaga aurat mereka,dan menjaga diri mereka hanya untuk lelaki yang HALAL bagi mereka.

 



Anda pilih,mahukan gadis MELAYU atau SOLEHAH..??

Denda bagi KAFA..

FAM menetapkan denda kepada KAFA sebanyak RM 50000.Fuyo..banyaknya.Kalau RM 50 ok jugak.Haha..Apa pun itu setelah diberi denda minimum bagi setiap tuduhan kepada KAFA.Maka itu membuatkan Tan Sri Annuar Musa pening kepala seperti kura-kura naik perahu.Hehe..

Akibat segelintir penonton,KAFA terpaksa menghabiskan duit untuk membayar denda tersebut.Kesian betul..Tapi itulah hakikat yang perlu diterima oleh peminat bola sepak Kelantan.mungkin selepas ini perlu ada kerjasama antara KAFA dan penyokong negeri kijang ini untuk melangsaikan denda ini.

Tak habis lagi apabila ada pemain yang dicemuh oleh peminat sendiri.Ada yang dikata menjual perlawanan dan sebagainya.Zamri pemain pertahanan pula dituduh punca kekalahan malam itu.Simpati juga kepada pemain-pemain.Kita sepatutnya berfikiran positif dan sedia menerima kekalahan.Biasalah tu,adat perlawanan.Namun sesetengah orang amat degil.Pemain sudah mencuba yang terbaik namun sudah tidak rezeki.Terimalah..

Dan Pak Long dan gengnya di surau masih menyakat aku supaya menerima kekalahan..haha..pakcik2 kat sini memang mesra pelajar betul..haha..

Icu.




Assalamualaikum..

Semalam kawan karibku bagitau Puan Hazami pensyarah Fizik kami di matrik dulu berada di ICU.Innalillahi wainna ilaihi raji'un.Sedikit terkejut dengan berita itu.Katanya cikgu kena barah usus.Puan Hazami pernah mengajar kuliahku dulu.Seorang cikgu yang amat gigih dan tekun dalam mendidik kami.Cikgu selalu adakan kelas tambahan.Ramai juga yang merungut,tapi cikgu tahu apa yang terbaik untuk kami.Cikgu menjadi rujukan bukan sahaja kepada kami pelajar,malah kepada cikgu-cikgu lain juga.Terima kasih atas jasa cikgu.

Sekarang cikgu sakit terlantar di hospital.Besar ujian dan dugaan bagi cikgu.Kami anak didikmu mendoakan semoga Allah menyembuhkan cikgu dan memberikan terbaik untuk cikgu.



Tuesday, November 10, 2009

Ganas...

Penyokong Kelantan ganas...Yer..itu boleh dilihat pada malam perlawanan akhir di Bukit Jalil sabtu lepas.Memang penuh dengan emosi dan bukan dengan semangat kesukanan.Tengok dalam stadium tu macam duk di medan perang pulak.Haha..asap berkepul dek ledakan mercun,bunyi berdentum silih berganti.Berbeza apabila dibandingkan dengan gelagat penyokong Negeri Sembilan yang berdisiplin dan menunjukkan semngat kesukanan.

Dah lah kalah malam itu,penyokong membuat perangai pula dengan membakar kerusi tempat duduk dalam stadium itu.Adoi..ingat kerusi itu ayahnya punya kot.Kalau yang ayah dia pun dah kena penampar kot.Nampak jelas penyokong kurang berdisiplin (bukan semua,cuma sebahagian).Ini menjejaskan nama baik negeriku yang ku sayangi.

Akibat perbuatan ini,FAM akan mendenda KAFA kerana gagal mengawal penyokong mereka.Kena lagi..haha..Mungkin musim depan penyokong Kelantan tak dibenarkan hadir di stadium.Atau mungkin lebih teruk,Kelantan diharamkan terus untuk bermain musin depan.Haha..apa macam penyokong yang buat kacau..puas hati kan??kan?kan? Akibat perbuatan yang berlandaskan nafsu semata-mata,orang lain pun terpaksa menerima akibatnya.

Beringatlah dalam setiap tindakan kita.Jangan sampai kerana perbuatan kita,orang lain pun susah sama.Satu perubahan perlu disuburkan.Bukan tidak tahu apa yang mereka buat salah di sisi agama dan moral.Tahu sangat.Tapi masalah sikap segelintir dari kita yang masih pemikiran di takuk lama dan sikap pentingkan diri.Berubahlah kita ke arah lebih baik.

Apa pun,tahniah kepada Negeri Sembilan dan juga Kelantan atas kejayaan masing-masing.
BERSUKAN KERANA ALLAH..


Monday, November 9, 2009

Susah sangat ke nak buat.........

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain :-

  1. Membalas salam
      
        Susah ke bila berjumpa dengan orang lain yg Muslim untuk kita bagi salam.Atau lebih mudah untuk kita ucap "Hello,hai,bye,woi...dll".Assalamualaikum..pendek jer tu..pasni cuba kita amalkan memberi salam kepada sesiapa sahaja yang kita jumpa.Dan menjawab salam itu kembali adalah wajib dan juga hak seorang muslim.Jom ramai2 sebarkan kalimah baik ni..(tapi jangan bagi salam kalau org tgh makan atau dalam keadaan makruh memberi salam).

  2. Menjenguk orang sakit

        Ini satu amalan Islam yang menjadi budaya orang Melayu.Bagus..kena kekalkan amalan yang baik ini.Bila dengar ada kenalan yang sakit,jika mampu maka jenguklah.Kita tanya khabar.(Kalau mampu,kita bawa buah ke,nasi tomyam ke,paprik ske,org sakit x leh makan,kita makan depan dia..hehe..gurau je.).Jika mampu,bawalah sedikit buah tangan.Di samping itu,kita doakanlah orang yang sakit itu.Pegi jenguk tu pun dah kurangkan sakit dia kan.


  3. Mengiringi jenazah

       Yang ini tak ramai yang amalkan dan bukan selalu kita boleh buat.Tapi kita yang tahu ilmu tentang hak ini mesti amalkan.Kalau ada kematian kat kawasan tempat kita tinggal,jenguk dan iringlah jenazah tersebut ke perkuburan.Supaya insaf dan lembut sedikit hati kita yang agak kotor dengan dosa noda ni.Jangan duk fikir takutkan hantu plak.Adoi,,

  4. Memenuhi undangan

    Ini ramai yang suka.Dah orang ajak makan,ada jamuan kat umah dia,takkanlah kita tak nak hadir kan.Kalau orang dah mengundang kita ke sesuatu majlis,hendaklah kita hadir jika tidak ada darurat.tak kiralah majlis makan ke,majlis ilmu ke.Tapi kalau majlis maksiat,tak payah hadirlah,nanti dapat dosa pulak.

  5. Menjawab bersin

      Kenapa susah sangat nak ucap Alhamdulillah selepas kita bersin.Kena bayar mahal ke nak sebut tu.Sembang berjam-jam boleh pulak.Pastu kalau bersama orang lain ketika itu,ucaplah Alhamdulillah itu sehingga orang itu dengar supaya dia boleh tunaikan hak seorang Muslim untuk menjawab bersin itu.Yarhamukallah...Ayuh kawan-kawanku,amalkan benda yang nampak kecil ini,namun mesti kita amalkan.Kan..kan..kan..


    Ahhcumm..alhamdulillah..
    Yarhamukallah..
    yahdina wayahdikumullah..


       Ilmu yang kita tahu,amalkanlah segera.Bukan setakat tahu tapi tak reti nak amal.Biar sedikit ilmu tapi diamalkan daripada ilmu tinggi,tapi habuk pun tak dak..(tak kate kat sape2 yer,cuma peringatan kepada diri sendiri..dan sesiapa yang terasa..hehe..)

    SELAMAT BERAMAL...