Sunday, June 13, 2010

Selamat HAri lAhir

Selamat ulang tahun kelahiran ke-2 buat anak saudaraku Anis Syazwin..

Semoga menjadi anak yang solehah...

Tuesday, June 8, 2010

Geng KANAK-KANAK (3)


"Tahun ni pun kamu datang jadi fasi lagi??",tegur seorang guru kami dulu.

Ya,sudah kali ketiga,setiap kali datangnya pelajar baru,muka-muka kami ini sentiasa datang menyibuk dan menyerabutkan guru-guru kami.

Datang kami membuat  kecoh dengan senda gurau dalam bilik guru,buat bising dalam pejabat dan pelbagai lagi kerenah nakal.

Tiada apa-apa yang istimewa sangat di sana.Bangunan yang sama,kompel yang masih sama,kedai siswa yang masih lagi Pak cik 4 flat yang menjadi penjualnya dan suasananya yang masih lagi seperti dahulu.

Namun di sana ada cebisan kenangan kehidupan remaja kami.
Yang meninggalkan seribu satu macam memori.
Yang mengajar kami erti hidup.

"Cikgu,izinkanlah kami datang menjenguk kenangan kami di sini",hatiku menjawab.


kesibukan Dato' Mahfuz yang mengendalikan kami

Inilah 6 orang Geng Kanak-Kanak:-


Abang K.A yang paling senior,datang dengan badan yang lebih kurus.

Cik Norma selaku Ketua Sukarelawan,memang macho dan terlalu kelakar untuk manusia.


YB Farhan selaku mantan Ketua Kelab Fasi


YB Umi Kalsom,MPP UTM selaku Setiausaha kami sepanjang MPPB


Ikhwan Bilal,selaku Ketua Trafik,,jiwa kacau..

dan....

saya...

Setelah sekian lama,MPPB kali ini kami mendapat sijil kasih sayang daripada para fasi.

Terima kasih buat kalian semua.Semoga kalian mendapat manfaat sepanjang kita bekerja bersama.

Siiru 'ala barkatillah.


Sunday, June 6, 2010

Hati yang rosak


Hati yang sakit...

Merosakkan iman...

Menjahanamkan amalan dan ibadat...

Menghinakan maruah dan prinsip diri...

MANAKAH JALAN PUlaNG????


Wednesday, June 2, 2010

Selamat Datang...


Alhamdulillah...

Ahlan wasahlan..wamarhaban biik..

Selamat datang ke alam yang dinamakan Alam Dunia..

Lahirmu disambut dengan kalimah tauhid,akhirilah hidup dengan kalimah itu juga...

Segala puji dan puja bagi Allah,saya mendapat anak saudara yang keempat seminggu yang lepas.

Namun saya belum ada jodoh untuk menjenguknya.

WIDAD SOFIA..permata baru dalam keluarga saya.

Hari ini Abe We (abang ipar saya)  dan ummi mencukur Widad.

Kak Ngah dan Ummi selalu bertanya bilakah mahu pulang melihat ahli keluarga baru kami.
Maafkan anakmu ini ummi,belum ada kesempatan untuk pulang.


Ayah Chik doakan Widad sihat sentiasa,jadi anak yang solehah dan hamba-Nya yang  bertaqwa.

Ameen...