Friday, March 25, 2011

Bumi Berkat..

2 kota paling mulia di muka bumi ini..

Kota Makkah Al-Mukarramah..



Kota Madinah al-Munawwarah..



Teringin sangat saya untuk menjejakkan kaki di sana,menjadi tetamu Allah.Mahu menziarahi Rasulullah..

Bilakah masa itu kan tiba........

Selamat semuanya Ummi,Abah dan adikku berangkat ke sana...

Wednesday, March 23, 2011

Rasa Gembira..

Alhamdulillah...bahagia dan gembira hati ini kembali hadir setelah sekian lama..

Kembali kepada Allah yang mengurniakan segala nikmat,serahkan hati dan jiwa raga pada-Nya,insyaAllah bahagia itu kan menjelma walaupun jasadmu nampak terseksa..






ALHAMDULILLAH...

Sunday, March 20, 2011

Aksi..

mati digeles??

saya sejuk...

kurus betul..

aksi spiderman??..jangan ganggu saya tidur..


Thursday, March 17, 2011

Sang Pembuka..

Syeikh al-Kurani dibekalkan rotan oleh Tuanku Sultan.Suatu hari tuan syeikh memukul anak raja itu tanpa apa-apa sebab.Bila ditanya apakah rasionalnya.

Jawab Syeikh: 

"Pukulan kali ini bagi mengajarmu erti sakitnya kezaliman kepada rakyat di bawah pemerintahanmu nanti"

Itulah dia didikan yang diterima oleh Muhammad Bin Murad,Pembuka Kota Konstatinapel.Orang sehebat itu bukannya lahir terus bijak dan pandai,akan tetapi hasil sistem pendidikan yang tersusun rapi dalam melahirkan hamba Allah yang menjadi khalifah di muka bumi Allah.

Sultan Muhammad Al-Fateh adalah raja yang dipuji oleh Rasulullah S.A.W sebagai sebaik-baik raja.Dan tentera baginda adalah sebaik-baik tentera.Allahuakbar,begitu mulia mereka yang dipuji oleh Rasulullah.


Apakah kehebatan mereka sehingga diberi dengan gelaran itu?

Bagaimanakah kuasa mereka dalam menembusi keangkuhan Byzentine?

Di manakah rahsia usaha mereka sehingga Allah membantu mereka dengan kemenangan?


Jom membaca...

Wednesday, March 16, 2011

Berkenan dan Terpikat

Senyum..
Tak perlu kata apa2..
Senyum..


Salah satu lirik lagu yang pernahku dengar..Hebatkah kuasa SENYUM??


KISAH BAYI

Dalam ruang menunggu di sebuah klinik,ramai orang yang sedang menunggu dengan pelbagai ragam.

Seorang pak cik tua yang batuk-batuk dengan muka berkerut dan muram.

Anak muda berumur belasan tahun yang marah-marah kerana lama menunggu.

Budak 10 tahun yang menangis menahan sakit.

Wanita pertengahan umur yang mukanya masam mencuka.

Dan seorang ibu muda yang sedang memangku bayi kecilnya.

Suasana di ruang menunggu itu senyap sepi,bagaikan orang-orang itu sudah 'mati'.Suram dan sepi..Tiba-tiba bayi kecil tadi turun dari pangkuan ibunya dan berjalan-jalan dalam ruang itu.Dia memandang ke arah pak cik tua tadi..dan SENYUM...


Muka pak cik yang berkerut tadi semakin kendur..dan akhirnya muka si tua  itu tersenyum tawar..Kemudian anak kecil itu berlari-lari dalam ruang kecil itu..Anak muda yang panas baran tadi tercuit dengan gelagat comel budak itu..Budak 10 tahun tadi pun nak bermain bersama dengan 'malaikat kecil' itu dengan wajah gembira,bagai hilang sakitnya.

Sehingga akhirnya ruang kecil itu bertukar menjadi ceria dan semua orang di dalamnya tersenyum riang dengan gelagat anak kecil itu..

KUASA SENYUM

Senyum adalah sedekah yang tidak perlukan modal duit,cuma gerakkan otot muka anda.

Senyum adalah satu penyakit berjangkit yang sangat baik untuk kesihatan.

Senyum adalah sapaan pertama kepada orang yang tidak dikenali.

Senyum..senyum..senyum..

Senyum itu mudah sangat-sangat,namun berapa ramai yang mampu senyum yang ikhlas datang dari hati dan jiwanya??

Senyumlah dari hati yang suci,jiwa yang tenteram dan penuh keikhlasan..


Tuesday, March 15, 2011

Perasaan Lama Datang Lagi..

Sudah lama perasaan ini hilang..
Syukur dapat merasainya...


Seronok dapat berkenalan dan bersembang dengan adik-adik yang jernih wajahnya,,bersih hatinya dan cantik akhlaknya..

Abang doakan kalian berjaya dunia akhirat..




Thursday, March 3, 2011

Diingat madu,rupanya hempedu

Adoi..ketegangan fikiran yang amat sangat menyebabkan kecelaruan.Semua perkara dirasakan tidak kena.Bagai penuh kuda-kuda sedang berlari memijak-mijak otak di dalam kepala.

Dia seolah-olah masih tidak dapat menerima kenyataan dan hakikat.Jiwanya memberontak.Seolah-olah dia sedang berperang dengan suasana.Padahal hakikatnya dia sedang bertarung dengan perasaannya sendiri.

"Kadang-kadang kerana butanya hati,yang ditelan madu,sebenarnya hempedu..Kerana jahilnya pandangan mata,nampaknya cantik tapi sebenarnya hodoh..Kerana tingginya hidung,yang berbau wangi sebenarnya busuk..Tapi adikku..ketahuilah bahawa  yang kau telan rasanya hempedu itu,madu sebenarnya..Yang kau nampak hodoh itu,cantik untukmu sebenarnya..Yang kau rasa busuk itu wangi buatmu adikku..Kerana perjuangan,perit di permulaan dan indah di pengakhirannya..Percayalah adikku.."

Dia membaca ayat itu..Insan itu memang memahaminya..

-3 tahun berlalu-


Sanah helwah (3 Mac)


TERIMALAH

Ada masa kita sukar menerima keadaan yang menimpa.Keadaan yang sememangnya di luar dugaan dan kekuasaan kita.

Kita demam di kala ada tugasan yang penting...
Hujan tiba-tiba turun di waktu kita selesai membasuh baju...
Pening kepala di saat kita mahu berseronok..
Dan pelbagai macam lagi..

Sedangkan kita tidak dapat apa hikmah di sebalik setiap kejadian.Buat apa kita serabutkan hati dan perasaan untuk memberontak.Kita terimalah keadaan itu dengan hati yang terbuka.Positifkan fikiran kita.Cuba singkap hikmah di atas apa yang terjadi.

Mungkin demam itu Allah mengingatkan kita,jangan terlalu leka dengan dunia sehingga terlupa pada-NYA.
Mungkin hujan itu Dia mahu kita sedar tentang kekuasaan-Nya mengatur alam ini..
Pening itu datang kerana mahu dielaknya kita daripada maksiat dalam nak berseronok itu nanti..

positifkan diri..
Belajarlah menerima...

Tuesday, March 1, 2011

Pesanan itu

Sampai giliran dia pula untuk berdiri berkata-kata.Dewan bisu seketika..

Dimulakan bait katanya dengan firman Allah,Surah Nur,ayat 30 :-

"Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman,agar mereka menjaga pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka;yang demikian itu lebih suci bagi mereka.Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Huraiannya ringkas,tetapi cukup menyentap jiwa aku mendengarnya.Entah kenapa aku cukup terpana dengan peringatan itu.Kata-kata pertama yang aku dengar darinya itu tidak pernah aku lupakan sehingga sekarang.Semoga dirimu dirahmati Allah.Sanah helwah..

3 tahun yang lalu,Langkawi

JAGA PANDANGAN,TERJAGA KEMALUAN

Bukan mudah menjaga pandangan mata.Dari mata,turun ke hati.Dari pandangan mata juga bisa mengaktifkan kemaluan yang dijana oleh nafsu manusiawi.Itulah sebabnya disyariatkan menjaga pandangan mata.Jangan melihat kepada perkara-perkara yang haram.

Kalau ikut suka nafsu,memang seronok,mahu dilihat apa sahaja yang menggembirakan nafsu.Tidak perlu melihat lebih-lebih,cukup dengan melihat kelembutan jari-jemari seorang wanita,atau keredupan mata si gadis sudah bisa menggentarkan hati dan jiwa raga seorang lelaki.

ke mana pandangan aku?
Maka apakah perlu dipejamkan mata sepanjang masa??

Di sinilah ditekankan juga menjaga pandangan hati,jangan dibiarkan terbuai dengan pujukan manja nafsu yang sentiasa muda dan segar walaupun tuannya sudah tua.Jangan melayan perasaan yang tidak sepatutnya.Tutuplah pintu-pintu fitnah dan kemaksiatan.

Ya Allah,jagalah iman kami..

sudut pandangan yang berbeza..