Friday, February 26, 2010

Aku Mahu Mencintaimu..


Sangat cinta dia kepada saya.Saya mahu berusaha membalas cintanya.Saya ingin cuba mencintainya.Kasihnya dia kepada saya sehingga akhir hayatnya.Maka saya juga mahu mengasihinya sungguh.Tapi mampukah saya??
Mungkin tidak sama nilai cinta untuk ku balas padanya,namun saya tetap mahu berusaha mencintainya sedaya upaya.

Dialah yang bernama Muhammad Bin Abdullah.Sangat mencintai saya dan kalian semua.Sehingga di akhir hayatnya,kita semualah yang disebut dan diingatinya.Manusia yang paling agung dan paling mulia.

Bagaimanakah ingin kita mencintai baginda Rasulullah.Antara prosesnya ialah:-

  1. Melaksanakan apa yang disuruh oleh Nabi
  2. Percaya dan sayangkan baginda walaupun baginda telah tiada.
  3. Suka kepada apa yang Nabi suka.
  4. Jaga dan pelihara hadith Nabi
  5. Pelajari Sirah Nabi
Ini antara perkara yang perlu dibuat untuk mencinta baginda Rasulullah.Apa guna berarak 10 kilometer pun,sambil membawa sepanduk dan sebagainya,selepas itu dek kerana keletihan,maka tertinggallah solat Jumaat pada hari ini.Hehe..

Mana yang lebih penting,mengamalkan Islam yang dibawa oleh baginda atau sekadar berarak ramai-ramai melaungkan 'Aku cintakan Rasulullah'.Kemudian melanggar syariat yang dibawa oleh baginda,malah menentang dan memperlekeh pula.

Jika benar kita kata kita cintakan Rasulullah..maka BUKTIKAN CINTAMU..

Allahumma Solli 'ala Muhammad,wa'ala a-li muhammad..





Tuesday, February 23, 2010

Kemalangan tak terduga..


Balik dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu malam itu dengan bas Sani Express.Dek kerana keletihan pertandingan debat,saya terus ketiduran tanpa sedar.Alhamdulillah,perjalanan lancar dan baik sahaja.

Sampai di Machang,bas berhenti di tepi jalan untuk menurunkan penumpang.Jam 5.30 pagi waktu itu.Tiba-tiba bunyi dentuman kuat sehingga bas sedikit tersentak ke hadapan.Saya dan beberapa orang dalam bas bergegas turun untuk lihat apa yang berlaku.

Allahuakbar..rupa-rupanya sebuah kereta Proton Pesona melanggar bas kami dari arah belakang.Hadapan kereta tersepit di bawah bas.Ada yang terus membuka pintu yang terkunci untuk keluarkan penumpang kereta.

Dua orang anak kecil menangis dibawa keluar.Seorang  patah tangan,seorang patah tangan dan seorang tersepit dalam kereta.Kami menunggu ambulans dan bomba sampai.Pasukan Rela tiba lebih awal melihat keadaan.

Punca kereta tersebut hilang kawalan apabila mengelak daripada lembu yang melintas.Hem..masalah yang sudah lama.Lembu yang dipelihara bebas begitu banyak menyebabkan kemalangan.Kalau anda,mahu langgar lembu atau bas..???  hehe...

Saya doakan mereka sekeluarga akan selamat semuanya.



Friday, February 12, 2010

Dahaganya..Nak AIR.....


Sebelum Jumaat tadi pergi ke Padang Besar dengan menaiki motor.Allahuakbar..panas sungguh,tak tertahan.Sememangnya negeri paling utara ni panas dan hangatnya berbeza dengan tempat lain.Panas dan sangat berangin.Macam berada di padang pasir pulak.Walaupun tak pernah rasa.Hehe..

Dalam perjalanan pulang lagi terasa bahangnya.Pukul 12 tengah hari,memang panasnya sangat terik,rasa melekit dan tak selesa.Tiada apa yang bermain di minda melainkan satu perkara sahaja.Perut lapar sekali pun,tak terasa nak makan.Apa yang mahu,hanyalah AIR.Tekak ini menagih-nagih kasih dari air yang dingin.Sangat mendamba dan cintakan air pada waktu ini.Kerana cintanya manusia kepada air yang dingin itu,maka disebut di dalam satu doa.

"Ya Allah,jadikanlah zat-MU lebih aku cintai daripada air yang dingin."

Baru-baru ini saya melihat cerita Sahara yang menceritakan betapa peritnya askar yang berperang di padang pasir.Sehingga akhirnya terpaksa mengalah kepada musuh kerana mahukan air.Manusia boleh hidup tanpa makan berhari-hari.Tapi tanpa air,sehari pun belum tentu mampu bertahan.

Terbayang bagaimana peritnya Rasulullah dan para muhajirin dahulu berhijrah daripada Makkah ke Madinah dalam keadaan panas terik.Tinggalkan harta benda kerana Allah.Hebat tahap keimanan mereka.Allahumma Solli 'ala Muhammad.wa 'ala a-li Muhammad.

"Ya Allah,kurniakan kepadaku kecintaan kepada-MU,kecintaan kepada orang yang mencintai-MU,dan apa sahaja yang mendekatkan diriku kepada kecintaan-MU,jadikanlah zat-MU lebih aku cintai daripada air yang dingin."




Bila kapal selam tidak boleh menyelam...


Berita harian Kosmo melaporkan,TLDM mengesahkan bahawa kapal selam pertama milik kerajaan Malaysia tidak boleh menyelam kerana menghadapi masalah teknikal.Agak kelakar bila mendengarnya.Kalau orang luar,ketawa terguling-guling.

Malaysia sentiasa hebat.Orang lain dikira canggih mempunyai pesawat tanpa pemandu,tapi kita lagi hebat,pesawat tanpa enjin.Hehe..Ada kapal selam.tidak boleh menyelam pula.Selepas ini,apa pula yang akan terjadi...

Sunday, February 7, 2010

Bayi pun mahu DILI . .T


Dua tiga hari ini begitu hangat di akhbar arus perdana tentang kes liwat seorang pemimpin dengan pembantunya.Ada kawan saya yang meluahkan rasa sedihnya.Katanya,bila membaca akhbar seolah olah membaca cerita lucah.Diceritakan segala-gala yang berlaku.Sehinggakan jenama seluar dalam pun diceritakan.Kemudian akhbar itu dibaca oleh segenap manusia termasuk kanak-kanak.

Tidak bolehkah diadakan perbicaraan tertutup?

Saya tidak mahu mengulas tentang isu tersebut.Isu yang belum selesai.Semoga Allah akan tunjukkan kebenaran kepada kita semua dalam hal itu.Dunia politik yang penuh dengan isu panas dan kontroversi.

Yang lagi menyedihkan saya bila membaca surat khabar hari ini.Seorang bayi lelaki 5 bulan meninggal dunia akibat didera. Kemudian didapati ada kesan diliwat.bayi 5 BULAN pun mahu diliwat ke??

ASTAGHFIRULLAH..

Saya hilang kata-kata.Manusia yang bagaimana yang sanggup melakukan semua itu.Di manakah fitrah kasih dan sayang di dalam jiwa mereka.Bayi yang kecil dan tidak tahu apa-apa diperlakukan sedemikian.Tiadakah nilai belas kasihan??

Dunia akhir zaman ini terlalu banyak kerosakan..

Ya Allah,jadikanlah aku dari kalangan yang sedikit..


Sucinya bayi ini di atas fitrah...

Tuesday, February 2, 2010

Selamat Hari Lahir UMMI....


Alhamdulillah..

Selamat hari lahir buat ummi.Hari ini genap umur ummi 57 tahun.Semoga ummi sentiasa sihat wal'afiat,hidup diberkati Allah,diberi sihat tubuh badan untuk beribadat pada-Nya.



Saya sayang ummi.