Sunday, February 27, 2011

Tanya Khabar..

Assalamualaikum..

Walaupun lama menyepi,namun seorang sahabat tetap akan mengingati sahabatnya,walaupun hanya dalam doanya..

Bulan ini merupakan musim Pilihan Raya Kampus di seluruh kampus universiti dalam negara.Satu medan mengasah kepimpinan sisiwa yang membuatkan kesibukan kepada mereka yang terlibat.

Teman-teman dari jauh bertanya jika ada terlibat dalam PRK.Ah..itu soalan yang ditujukan kepada orang yang silap.Bukan saya untuk ditanya sebegitu.Alhamdulillah,beberapa teman lama yang terlibat secara langsung dalam PRK dan berjaya.Tahniah dan takziah buat teman-temanku.Moga menjalankan amanah dengan sebaiknya.Kalian adalah orang yang hebat.

Kampusku kali pertama mengadakan PRK melalui sistem e-voting.Tahniah dan syabas.Akhirnya pendidikan demokrasi itu berjalan jua.Tiba-tiba terkenang apa yang berlaku pada sesi PRK yang lalu.Hehe..biarlah ia terkubur begitu sahaja dalam lipatan sunyi dan sepi.


-aku aktivis-


Thursday, February 17, 2011

Sibukkah??

Lama tidak menjengah ke ruang ini..

Sibuk sangat ke??

Jika kesibukan itu menghindarkan diri daripada maksiat,maka BERSYUKURLAH

KELUAR DARI ZAMAN KEGELAPAN..


Wednesday, February 2, 2011

02-02-2011

Genap 31 tahun guru itu berulang alik menunaikan amanah sebagai seorang pendidik..

Tanpa penat lelah dan jemu mendidik anak bangsa..

Di sekolah yang sama itu dia menabur bakti..

Hari ini umurnya sudah tiba untuk bersara..

Bukan sedikit pengalamannya..

Pengalaman yang tidak ada pada orang lain..

Selamat Hari Lahir dan Selamat Bersara buat 


Ustazah Che Zarah

Sek Men Zainab 1



dedikasi buat ummi yang tercinta..