Saturday, January 30, 2010

Cantik umpama bulan purnama...


Melihat bulan purnama pada malam ini sangat cantik.Saiznya kelihatan lebih besar berbanding biasa.Memang sangat cantik.Saya teruja melihat keindahan bulan purnama malam ini.Maha Suci Allah..

Perasaan melihat perkara yang sangat indah ini sukar digambarkan dengan kata-kata.Bulan sememangnya cantik.Sangat indah.Saya teringat ketika belajar maddah balagah dahulu.Contoh yang diberi berkaitan dengan bulan purnama.

"A'isyah kalqamar fil jamilah..=..A'isyah umpama bulan tentang kecantikannya"

Satu contoh tasybih yang saya masih ingat dalam maddah tersebut.Bila ditasybihkan kecantikan,diibaratkan seperti bulan purnama.Kenapa..?? Kerana alqamar memang cantik.Dan melihat bulan purnama tadi menerujakan perasaan saya.


Namun selepas itu,saya melihat wajah seseorang.Subhanallah..saya dapat merasakan wajah orang itu,lebih cantik dan indah daripada bulan purnama tadi.Melihat kejernihan wajahnya membuatkan hati ini tenang.Terpancar cahaya di wajahnya.Sungguh saya suka melihat wajahnya.Bait-bait kalimah ilmiah yang keluar dari lidahnya bisa menyentuh perasaan.Umpama permata yang sangat berharga.

Sungguh cantik dan indah wajahmu..
Saya berharap dapat bertemu lagi dengan beliau..


Pilihan Raya Kampus


Sahabat-sahabat bertanyakan kepada saya bagaimana keadaan pilihan raya kampus saya.Sememangnya dalam musim pilihan raya kampus ini,suasananya meriah di kampus-kampus perdana.Jawab saya,kampus saya tidak ada pilihan raya.Saya tidak berminat untuk menulis tentang politik kampus ini,namun mendengar khabar berita dari sahabat,politik kampus sudah tercemar.Saya tidak mahu bicarakan kampus saya yang demokrasinya masih belum lahir..atau sudah mati sebelum lahir.

Suasana di UM yang hangat kerana mahasiswa tidak bersetuju dengan penggunaan sistem e-voting.Sememangnya sistem itu boleh diragui ketelusannya,maka mahasiswa membantah.Setelah berunding dengan pihak mahasiswa,Naib Canselornya telah bersetuju untuk menyiasat penyelewengan sistem itu.Satu pujian kepada NC kerana bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan mahasiwa.

Namun berlainan dengan susana di UKM yang pihak atasan tidak mahu berunding tentang tuntutan pihak mahasiswa.Tapi diserahkan kepada pihak polis dan FRU untuk meredakan demontrasi aman oleh mahasiswa.Maka ada yang disepak dan ditangkap.Seolah-olah mereka ini penjenayah.

Mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan PRK kali ini dikatakan tidak dapat menerima kekalahan.Namun yang saya nampak,bukan soal kalah atau menang yang diambil kira,namun soal ketelusan dan keadilan yang dituntut.Kalau kalah dalam perlawanan yang adil,maka terimalah seadanya.Tapi jika perlawanan itu berat sebelah dan tidak adil,maka wajarlah mereka yang ditindas itu bangkit menuntut keadilan.

Apa yang kita harapkan,politik kampus ini akan kembali jernih dan bersih untuk menggambarkan golongan mahasiswa ini adalah berintelek.Pesanan sahabat-sahabatku,dalam kesibukan politik kampus,jangan dilupakan tanggungjawab menuntut ilmu di kampus.

Jangan abaikan solat dan pengabdian kepada Allah.Biarlah kita belajar kerana Allah.Berpesatuan kerana Allah.Berpolitik di kampus kerana Allah.Hidup dan mati kerana Allah.Selamat berjuang..


Thursday, January 28, 2010

Halalkah..??


Rapatnya hubunganmu dengan kawan-kawan.Pergi makan bersama-sama.Dalam kelas sentiasa berbincang sesama kawan.Berbual pelbagai perkara.Seronok sungguh.Tapi itu dulu..

Sekarang watakmu berlainan.Tempat dudukmu bukan lagi di sebelah kami kawan sejantinamu.Di sisimu sentiasa ada manusia yang bisa merangsang nafsumu.Pergi makan sentiasa bersama-sama.Duduk berbual sentiasa.Bukan aku cemburu.Sungguh aku tidak dengki apa-apa.Namun...

Aku kesian melihat dirimu wahai sahabat.Dulu dirimu bergurau senda dengan kami sejantina denganmu,namun sekarang engkau sendiri seolah-olah memulaukan dirimu dari kami.Mungkin duniamu hanya dengan seseorang sekarang.

Apakah kerana seorang wanita yang BELUM HALAL bagimu itu,kau rela meminggirkan kawan-kawan.Aku tahu hatimu sendiri tidak tenang dengan perwatakanmu setiap hari.Mana mungkin kau berasa tenang bila semua orang memerhatikan engkau dengan si dia.

Kenapa engkau tidak tenang??

Kerana engkau pun tahu dia tidak halal bagimu untuk meluahkan cintamu padanya.Dia belum halal bagimu untuk dibawa ke sana ke mari sepanjang waktu.Dia masih haram bagimu untuk disentuh tangannya.Wanita itu bukan milikmu.

Aku sayu melihat perubahanmu.Permainan cintakan wanita yang tidak halal untuk dicintai cukup berbahaya.Mungkin itu ujian bagimu.Ya Allah,janganlah Engkau timpakan aku dengan ujian sebegitu.Aku doakan kau sedar sahabatku.Percaya dan yakinlah,hanya ikatan perkahwinan jalan halal untuk dua jiwa beradu cinta suami isteri.Kasih kekasih sebelum kahwin bukanlah jalannya...

Setelah bernikah,peganglah tangannya di hadapan manusia,tiada siapa yang akan marah.Berkepitlah dengannya 24 jam sekali pun,tiada yang akan menghalang.Tiada yang akan memandang sinis.Hatimu senang,orang lain pun mendoakan kebahagiaanmu.

Sebelum terikat hubungan yang halal itu,bersabarlah..Jangan membina sesuatu yang mulia itu dengan jalan yang kotor dan busuk.Kelak diri akan menyesal..

Pesanan untuk diriku jua.


Ya Allah,jagalah hati dan jiwa ini dalam kecintaan kepada-MU.



Sungguh aku rindu..


Suatu masa dahulu ketika tinggal di asrama sekolah,setiap malam sebelum tidur,akan dibaca al-Mulk beramai-ramai..sekarang bersendirian,jarang sekali ditidurkan dengan kalimah cinta dari-Nya.Setiap malam akan dipenuhi dengan kelas Quran dan kuliah..kesibukan sekarang menjadi alasan untuk tidak melakukan semua itu..

Sentiasa tidur lewat,namun mampu bangun subuh berjemaah bersama-sama rakan..Sekarang sangat liat diri menarik selimut bagai tidak mahu bangun terus..Solat berjemaah menjadi keutamaan..sekarang kekangan masa menjadi alasan...

Telah dilakukan kesalahan yang nyata..Diri cuba membaiki kesilapan silam,namun natijahnya sudah berbeda..

Jauh sungguh diri terhanyut di arus dunia..

Aku rindu...

Tuesday, January 26, 2010

Nasi yang sedap..


Setiap hari makan nasi.Tak kira apa lauknya sekali pun,nasi tetap ada bersama.Jarang sekali makan lauk tanpa nasi.Macam-macam jenis nasi kita makan.Nasi goreng kampung (sedapnya..),nasi goreng cina,nasi goreng tomyam dan nasi putih,pokoknya adalah NASI.

Nasi asal dari beras kan.Beras asal dari padi.Padi asal dari pokok padi la kan.Setiap hari untuk ke kelas,aku melalui sawah padi.Bertapa di bumi utara ini membuatkan aku menatap sawah sepanjang masa.Ada ketenangan dalam pandangan itu.

Bulan Oktober lalu,sawah padi menghijau.Indah sekali pemandangan itu.Sangat indah.Ciptaan Allah lawa kan,bisa menenangkan jiwa.Sekarang,setiap hari melihat mesin menuai padi di tengah sawah.Kelihatan sawah yang menguning dek masaknya padi-padi itu.Kuning keemasan di petang hari,lawa,cantik ciptaan Allah.

Aku terfikir sejenak,setiap hari manusia makan nasi.Tapi tak pernah putus-putus beras yang ada di rumah mereka.Yer la,sebab ada beras yang dijual di kedai.Beras yang ada di kedai pula,tak kunjung habis sebab padi sentiasa ditanam oleh petani.Teringat iklan,"sebutir nasi,ibarat setitik peluh petani".Yer,terima kasih kepada para petani.

Namun perlu ditambah dalam iklan tersebut,sebutir beras pun adalah rezeki dari Allah.Bersyukurlah..Tak pernah ada orang yang mengira berapa butir nasi yang dia makan setiap hari.Berapa bnyak nasi yang dimakan seminggu??sebulan??setahun??

Perlu diingat,berapa butir nasi yang kita makan sepanjang hidup kita,berada dalam pengetahuan dan ketetapan Allah sebagai rezeki kepada kita.Maha Pemurahnya Dia kepada kita hamba ini.Bersyukurlah..



 

Esok nak makan nasi lemak..Nasi itu sedap...bersyukurlah...
Alhamdulillah...

Saturday, January 23, 2010

Pak Cik itu...


Bercakap dengan ummi dan abah membuatkan hatiku tenang..damai sekali kasih ibu,nyaman sungguh sayang abah,walau hanya dengan suara kalian.....

Aku dapat tahu jiranku,seorang pak cik telah meninggal..Inna lillahi wainna ilaihi raji'un..
Dia kami panggil Pak Man telekom,untuk membezakan dengan Pak Man yang seorang lagi..Namun kedua-duanya telah menghadap Allah..seorang lagi jiranku yang tahun lepas pergi menemu-Nya ialah Pak Leh Ayam(entah dari mana datangnya gelaran itu)..

Tiada apa yang istimewa pada mereka,,tapi mereka adalah orang yang baik-baik.Sentiasa menjadi tetamu Allah di surau dan majlis ilmu.Pak Man pula sungguh merdu suaranya bila melaungkan azan..aku rindu mendengar suaranya..

Perginya golongan yang tua ini satu persatu...
Semoga Allah merahmati pak cik-pak cik semua..




Friday, January 15, 2010

Pemangku Raja menjadi imam solat..


Subhanallah...



Gambar ini mebuatkan aku rasa terharu...rasa macam nk menangis pun ada..
Tidak pernah aku melihat seorang pemangku raja dalam Malaysia yang mengimamkan solat kepada rakyat jelata..

Tuanku memang seorang yg sederhana dan bersahaja..aku selalu melihatnya berjubah,berkopiah dan berselipar sahaja di masjid-masjid..

Waktu aidiladha juga,tuanku Faris turut sama menyembelih lembu..aku tak pernah dengar anak raja di Malaysia yang sebegitu..

Dan semalam tuanku sekali lagi menunjukkan bahawa baginda mahu menjadi pemimpin yang yang mengamalkan Islam dan memimpin rakyat ke arah kebaikan berlandaskan Islam.

Kami mendoakan kesejahteraan tuanku,semoga negeri Kelantan menjadi 'baldatun toyyibatun,warabbun ghafur'.

DAULAT TUANKU..


Sakit yang sakit..


Sudah beberapa hari badan tidak sihat..
Selesema dan batuk yang masih lagi berjalan di dalam nadi ini beberapa hari sudah..
Sakit ini memang terasa sakitnya..
Sukar untuk sembuh,mungkin ada hikmahnya..
Susah apa,mudah sahaja dicari penawarnya...

Sakit lain pula yang datang menyeksa..
Lagi seksa dari yang melanda tubuh badan,.
Menyerap terus ke seluruh denyutan jantung fizikal dan jantung hati..
Sakit yang pak doktor pun tak boleh melihat di mana sakitnya itu..
Dan..sukar mencari penawar..


Iman yang sakit ini membuatkan hidup hilang arah..
Mengharu biru merah hijaukan seluruh kehidupan..
Hidup bagai tiada pedoman...
Tak tahan aku menanggung kesakitan iman ini...
Sakit yang sakit...


Aku mencari jalan pulang.....





Friday, January 8, 2010

Pedang Allah..

Sebut sahaja nama si Khalid,bergetar hati puak musyrikin kegerunan..Semua orang sudah mengetahui kehebatan panglima itu..tiada yang dapat menafikan kecekapannya di medan perang..

Ketika berlakunya perang Mu'tah,Nabi Muhammad SAW bersabda : "Akhirnya panji-panji itu diambil oleh Khalid al-Walid yang digelar Pedang Allah.Peperangan itu dimenangi oleh Khalid al-Walid."

Itulah Saifullah (pedang Allah),gelaran khas yang diberi oleh Rasulullah kepada Khalid.Khalid yang dulu berperang menentang dan mengkucar kacirkan umat Islam dalam perang Uhud,namun dengan hidayah dari Allah Khalid ini jugalah menjadi panglima agung Islam di zaman Abu Bakar.
 
Kata Saidina Abu Bakar :" Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid al-Walid". Abu Bakar memang sangat mengenali si Khalid.

Namun Umar al-Khattab kurang senang.Bukan kerana apa,cuma bimbang dengan sikap Khalid yang keras di medan perang.Bila Umar menjadi khalifah,Khalid dipecat dari jawatan panglima.Bila ditanya kepada Umar.katanya "Saya tidak berasa dengki atau iri hati kepadanya,tetapi ada dua perkara yang selalu mengganggu fikiran saya.Pertama dia tidak pernah kalah dalam setiap peperangan sehingga ada yang berkata kemenangan itu disebabkan oleh Khalid al-Walid."Umar berhenti menahan sendu.

"Kedua,dia terlalu sayangkan tenteranya.Apabila mendapat harta rampasan perang dia terus membahagikan kepada anggota tenteranya tanpa berbincang dengan khalifah dahulu".

Umar sedar kesilapannya memecat Khalid.Kata Umar lagi :"Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya.Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu (Khalid) daripada saya".

Ketika Khalid sakit,beliau berbicara dengan sahabat yang menziarahinya : "Setelah dipecat jawatan sebagai ketua panglima tentera Islam oleh Khalifah Umar,saya terus ikut berperang walaupun  sebagai tentera biasa.Saya berperang bukan kerana Khalifah Umar,tetapi kerana Tuhan".

Sebak sahabat mendengar ayat cinta yang indah ini.

"Saya bercita-cita mahu mati syahid.Disebabkan itulah saya sertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam.Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut lukaakibat senjata musuh,tetapi saya masih hidup.Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai.Akhirnya saya mati di atas katil.Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini."Air mata Khalid membasahi pipinya.

Sinopsis daripada buku Khalid Memburu Syahid.Rahmat Allah ke atas para sahabat baginda Rasulullah.








Thursday, January 7, 2010

Bila Hati Berbicara..


Hati ini tiada ketenangan..
Entah kenapa,tiada bersebab..
Ia menjadi gundah gulana..
Segala tingkah menjadi serba salah..

Mahu diluah tak keluar
Dipendam terseksa diri
Mencari yempat mengadu
Tak dijumpa arah tuju..

Datang suara membisik..
Tanyalah pada hatimu..
Hatimu yang asli..
Fitrah dari-Nya..

Dan bila hati  berbicara
Nyatalah segala-galanya
Hati ini rindu..
Rindukan fitrahnya..

Diselidik hati ini
Tersasar jauh sudah..
Tanpa disedari empunya
Terkorban itu hampir..

Kini aku mencari jalan pulang...




Monday, January 4, 2010

Siapa nak jadi tetamu..??


Bila kita bertamu ke rumah orang,mestilah kita menjaga adab-adabnya.Masuk ke rumah orang,mestilah dengan salam dan berbudi pekerti.Tidak mengotorkan rumahnya,tidak membuat bising dan banyak lagi.

Namun jarang-jarang sahaja kita bertamu ke rumah orang.Yang sepatutnya,kita perlu menjadi tetamu 5 kali sehari.Bukan tetamu kepada manusia,tetapi tetamu kepada Allah.Apabila kita pergi menunaikan solat 5 waktu di masjid,maka kita menjadi tetamu Allah (kalau 5 waktu pegi masjid la..hehe).Siapa nak jadi tetamu Allah,angkat tangan..hehe..

Menjadi tetamu manusia pun kita perlu menjaga adab,apatah lagi menjadi tetamu Allah,maka perlulah lebih beradab.masjid bukan hanya perlu dibina banyak-banyak,cantik dan menarik,unik dan mahal.Akan tetapi yang lebih penting bagaimana kita memakmurkan masjid itu.Berapa ramaikah jemaah yang hadir ke surau.Apakah pengisian yang ada.itu yang perlu dititikberatkan.Bukan hanya fikir nak bina masjid yang cantik unutuk jadi tempat pelancongan.

Baru-baru ini aku solat maghrib di masjid UIA Gombak.Subhanallah,terasa ikatan persaudaraan antara sesama Muslim di antara jemaah walaupun yang hadir itu dari pelbagai bangsa,yang kulit putih,hitam,semuanya ada.Bahasa pun berlainan.Tapi itulah Islam,tidak mengira bangsa,bahasa dan warna kulit,yang penting aqidahnya adalah sama,mentauhidkan Allah Ta'ala.Imamnya pula membaca ayat Quran dengan bacaan qiraat yang berlainan dari kebiasaan di negara kita.Terasa jahil pula diri ini.terbayang kembali suasana biah di maahad.Hem..


Hati ini terasa rindu mahu menjadi tetamu Allah di 3 buah masjid paling mulia di muka bumi ini.Masjidil haram di Makkah,Masjid al-Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.Entah bila rezeki saya untuk ke sana.Yang pertama dan kedua mungkin ada harapan untuk ke sana,namun Al-Aqsa..


Abahku bercerita yang dia pernah menjadi tetamu Allah di Al-Aqsa pada zaman remajanya.Aduh,,sungguh aku teruja dan cemburu dengannya.Waktu itu Al-Quds masih lagi di bawah pemerintahan Palestin sebelum rampasan dari Israel pada tahun 1967(kalau x silap la..).Pernah solat di sana dan melawat Al-Aqsa.Sungguh abah bertuah berpeluang ke sana.Namun sekarang,Al-Quds ditawan musuh..dimanakah pembelanya..??



sesungguhnya aku rindu...