Wednesday, October 28, 2009

EGONYA AKU….



Jauh kelihatan pulau itu di tengah lautan,ditemani mentari senja menzahirkan indahnya alam ciptaan Allah.Angin laut pun ingin turut bergurau dengan gelombang air laut di pantai itu.Tenangnya suasana itu.Kelihatan beberapa pemuda sedang bergurau di kaki pantai.Di satu sudut yang lain seorang ayah sedang memimpin tangan anak kecilnya berjalan di tepi pantai.Di atas batu di tepi laut,Akram jauh termenung ke tengah lautan. Tak menghiraukan sahabat-sahabatnya yang sedang sibuk mengambil gambar mentari terbenam.Hatinya tidak tenang.Sudah tiga minggu dia memendam perasaan itu.

-----------------------------------------------------------=----------------------------------------------------------------------

“Kenapa kau tak mahu menerima Fatihah Akram? Bukan mudah nak cari wanita yang baik dan solehah macam dia.Ustazah tu..”

“Bukan aku tak mahu terima,tapi kita kan masih student,tak kan nak fikir tentang kawen dah kot.Lagipun,dia tu terlalu baik untuk aku.”

“La….aku bukan suruh kau kawen dengan dia sekarang la..Cuma beri peluang kat die.Dia betul-betul sukakan kau..kalau tak,dia tak akan suruh aku datang mintak dengan kau..”

“Ish,kau ni Man,aku tak layak la..kau pun kenal aku sape kan.Siapa aku sebenarnya.Aku tak mahu menzalimi wanita baik macam dia.Dia layak dapat pasangan yang lebih baik...”

“Kau layak la..Atau….hati kau sudah dimiliki,betul tak?”

“Adoi…kau ni Man,suka sangat sakat aku ye.Aku solo Man,kot-kot solo sampai mati.Lebih baik aku ready nak kawen dengan alam kubur,amalan sikit,dosa bertimbun ni.Allah..Lagi pun aku dah bagi penjelasan kat dia.Dia macam kakak aku,sama dengan kakak-kakak dan abang-abang yang sekelas kita termasuklah engkau.Aku kan adik bongsu.hahaha.. ”

“Ha..gelak je kau tahu.Tapi perkahwinan pun satu ibadat jugak kan.Ke.. kau tak berminat dengan dia sebab dia lebih tua pada kau? Ooo..kira kau tak mahu la orang yang tua,nak yang muda-muda la ni..memilih jugak kau ni yer..haha..”

“Azman.!! Aku tahu aku bukanlah orang yang baik.Kau pun tahu kisah peribadi aku.Tapi aku bukan lelaki mata belang yang hanya mementingkan umur dan paras rupa.Sampai hati kau menghukum aku sebegitu.Dahlah Man,cukuplah.Aku tak mahu dengar lagi” Seraya itu,Akram terus bangkit meninggalkan Azman di meja makan terkebil-kebil seorang diri.

-----------------------------------------------------------=----------------------------------------------------------------------

“Akram,jomlah masuk gambar dengan kami,tak cantik gambar kalau engkau tak masuk”. Zaid memanggil dirinya menghilangkan menungannya.Farhan,Mawardi dan Asri turut melambaikan tangan memanggilnya.

Yer,aku datang.Tahulah aku ensem..haha..”. Dia berjalan menuju ke arah mereka.Akram memang dikenali sebagai seorang yang ceria dan sentiasa menguasai suasana dalam kalangan mereka.Cuma semenjak dua menjak ini,dia kelihatan banyak termenung.

Setelah puas berjalan di pantai pada petang itu,mereka pulang ke rumah.Akram masih tidak tenteram jiwanya.Tidak disangka pertemuannya tiga minggu lepas dengan Azman,rakan sekelasnya di kolej dulu berakhir dengan sebegitu.Dia tidak berniat untuk memarahi sahabatnya itu.Tapi egonya terlalu tinggi.Dirinya rasa terpukul dengan kata-kata sahabatnya itu.Panggilan telefon dari Azman tidak diangkat.Sms tak dibalas.Bukan setakat Azman,semua rakan-rakan sekelasnya yang bertanya khabar,bertanya tentang program reunion yang akan dibuat langsung tak di jawab,lebih-lebih lagi dari kakak-kakak sekelasnya. Kak Fatihah yang mengambil berat kepada perjalanan tarbiah dirinya itu pun langsung tak dipedulikan. Entah apa yang terjadi kepada dirinya.Bukan dia berdendam kepada Azman,tapi…

Abang-abang dan kakak-kakakku,maafkan adikmu ini..Bukan berniat memutuskan silaturahim,Cuma ingin mencari ketenangan seketika…

Azman,maafkan aku.Mungkin kerana kotornya hatiku ini,sehingga ego menguasai diriku..Aku tahu kau tidak bermaksud untuk menghina aku.Kau seorang sahabat yang menyayangi aku,yang mengambil berat terhadapku.Yang mengetahui baik buruknya aku.Aku menyayangimu sebagai sahabat..maafkan aku…egoku terlalu tinggi..

Ya Allah,berkatilah sahabat2 ku..Tunjukkanlah kami jalan yang benar dan jadikanlah ukhwah antara kami kerana mencari keradhaan-MU..

Ya Allah,sucikanlah hatiku dari sifat2 mazmumah dan gantikanlah dengan sifat mahmudah…

Amin…




Friday, October 23, 2009

Negeriku....






Hari Rabu yang lalu,genaplah 19 tahun pemerintahan Menteri Besar negeriku.(aku 19 tahun jgk..hehe..)
Aku bangga mempunyai MB seperti beliau.Dipanggil tok guru oleh kami rakyat di bawah pemerintahannya.Orangnya sederhana,rumahnya juga sederhana.

Melihat kejernihan wajahnya membuatkan hatiku tenang..mungkin kerana ketinggian ilmunya dan kezuhudannya memberi sinar ketaqwaan pada dirinya.

Setiap pagi Jumaat,beliau akan memberi kuliah agama di tengah2 bandar Kota Bharu.Aku suka hadir ke kuliahnya.Kata-katanya banyak mengetuk hatiku..pernah aku menitis air mata mendengar kuliahnya..sebak rasa di dada..banyaknya dosa pada Tuhan.

Usianya yg agak senja membuatkan raut wajahnya nampak keletihan.Namun bila beliau mula berbicara,lain suasananya.Itula Menteri Besarku.Seorang ulama' yang tak perlu diperkenalkan lagi,ramai orang mengenalinya.Memang dia bukanlah seorang nabi yang ada sifat ma'sum,ada juga salah silapnya sebagai seorang manusia biasa.Namun ketinggian ilmunya itu perlu dihormati.Memuliakan orang berilmu itu perlu.Berbanding dengan diriku yang hina ini,Ya Allah..ampunkan dosa2 kami..

Sepanjang pemerintahannya,belum ada beliau terlibat dengan kes rasuah atau salah laku kuasa.Mungkin ketaqwaan kepada Allah yang menjadi benteng kepadanya.Bagiku,dia adalah contoh pemimpin yang ideal dan berkarisma.Syabas tok guru.Moga Allah memanjangkan umur beliau,sentiasa dilimpahi rahmat dan berbakti kepada umat.

Kini aku jauh dari negeriku..

Aku rindukan suara orang tua itu,,

Aku dambakan nasihatnya untuk memberi makanan kepada rohaniku yang kelaparan ini...

Satu hasratku,inginku mencium tangannya sebelum dia pergi..

Aku sayangkan orang tua ini...

Thursday, October 22, 2009

Dia tak layak nasihat aku....




'Adam,kau keluar dengan siapa kat bandar petang semalam?'.Lembut Hasif memulakan perbualan ketika sedang makan di kedai.Tinggal di rumah sewa sebagai anak bujang,biasalah makan di kedai.Hari ni,Hasif sengaja mengajak Adam keluar makan di kedai Pak Tam yang agak jauh sedikit dari rumah mereka.

'Dengan kawan aku la..'.Jawab Adam sedikit gelabah.Tangannya sibuk ber'sms' walaupun mulut sedang penuh makanan.'Yer la kawan,aku pun kawan kau jgk kan.Sidek,Abu dan Fattah yang satu rumah dengan kita pun kawan kau kan.Hei..maksud aku sape namanya..hehe..' Sindir Hasif pada Adam.

'Ikut aku la keluar dengan sape,yang kau nak menyibuk apasal'.Adam nampak sedikit berang dengan pertanyaan Hasif. 'Ok2,rilex la bro,aku tanya je.Dah2,kita makan dengan rilex yer.Kalau makan sambil marah,tak kenyang jugak.' Adam diam sambil terus makan.Suasana sepi sehingga kedua-duanya habis makan.

'Adam,aku nak bagitau benda kat kau ni.Aku harap kau dengar sampai habis dulu yer.' Hasif berkata sambil menghirup air minumannya.'Emm..Kau keluar dengan Anis tadi kan? Aku nampak petang tadi.Aku tak kisah kau nak keluar dengan sape pun.Tapi..'

'Tapi apa?' Adam memotong kata-kata kawannya.'Adam,dengar dulu apa aku nak cakap.Lepas tu,kau nak marah aku pun,marahlah.'Hasif sedikit bertegas.

'Aku nak bagi tau kau,cara pergaulan kau dengan Anis tu agak melebihi batas.Nampak mesra semacam.Aku tahu dia tu adik angkat kau,tapi kau tetap bukan mahram dia.Aku nampak kau bertepuk tampar dengan dia tadi.Duk cubit-cubit pipi,siap berpegangan tangan lagi.Malam-malam,kau duk bergayut telefon dengan dia sampai berjam-jam.Kau tahu apa hukum semua tu kan,tak perlu aku ajar.Adam,sebagai kawan kau,aku cuma nak mengingatkan.Aku harap kau sedar...'

'Ah..sudahlah Hasif.Aku sakit perut ni.Jom kita balik.'Adam mencari alasan untuk tidak mendengar kata-kata kawannya.Dia berdiri lalu berlalu pergi ke motor.Dia tahu,dia memang tak mampu nak balas hujah kawannya itu.Hasif memang ada kelebihan bila berkata-kata.tapi,Adam menyimpan rasa tak puas hati pada kawannya itu.

Alim sangat la tu nak nasihat aku.Dia tak sedar diri.Padahal dia dulu berkapel lagi teruk,siap bawa awek naik motor sekali dengan dia.Konon dah stop,jadi alim kucing la tu.Perasaan Adam bermonolog seorang diri.

Hasif melihat kawannya itu berlalu pergi.Dia pun bangkit untuk pulang.Jiwanya teringatkan pantai yang indah permai.Lalu,dia singgah sekejap di tepi pantai sebelum pulang ke rumah sewa mereka.Subhanallah,indah sungguh lukisan Tuhan ini.Dia takjub melihat pemandangan matahari terbenam pada petang itu.Tiba-tiba air jernih menitis dari kelopak matanya.Terasa kerdil dirinya.Dia terbayangkan segala dosanya yang lalu.Terlalu banyak tidak terkira.Dia menyapu air itu dari pipinya.Hanya istighfar menemani dirinya petang itu.

'Abang cyg,,,duk wat pe tu?' sms dari Anis masuk ke kotak inbox Adam.Dia senyum membaca msj adik angkatnya itu.

'Abg sedih ni,kawan abg yg mcm ust tu mrh abg kuar dgn Anis'

'Nape mcm tu?Dia dengki la tu,
x de adik comel mcm anis kan..hehe'

'yer kot..huhu..adik abg comel kan,cute..'

'nanti abg x pyh layan kwn abg yg ust tu.anis x suke org mcm tu,ingat diri alim sgt.ingt kita ni jahat ke..padahal kita mcm adik beradik je kan..bukan wat pape pun..'

'btl3..pandai adik abg ni..sbb tu abg sayang kat anis tau.kwn abg tu skrg je alim,padahal dulu kapel jgk.pastu nak nachat abg..mane layak dia nak nachat abg kan..'

'huhu..hepinya..yer abg,dia nak tunjuk baik la tu..padahal kalau ada pompuan goda dia,jd jahat jgk kan..anis benci org yg suka jaga tepi kain org ni'

'dahlah,biarkan dia..yg penting kita bahagia kan..'



Adam memng payah menerima nasihat.Baginya,hanya orang yang betul-betul hebat dan baik saja yang layak menegurnya.

Hasif tahu dia bukanlah orang yang layak memberi nasihat.Namun dia merasakan menjadi tanggungjawab dia sebagai seorang Muslim untuk menegur sesama saudara jika ada apa-apa yg salah dan berlawanan dengan syariat.Dia sayangkan Adam.Dia tak mahu Adam menjadi hanyut seperti dirinya dahulu.Dia mahu menjaga Adam dari perkara maksiat,selagi masih ada masa..Uhukk...Hasif batuk agak teruk..Dia tahu,penyakit di dadanya sudah parah...
Dia menangis lagi..terampunkah dosa-dosanya yang lalu sebelum dipanggil menghadap-Nya..
Ya Allah...


Tapi,wujudkah manusia yang sempurna dan tak pernah buat kesalahan dan dosa??

Perlukah melihat kepada sikap orang yang memberi nasihat atau yg penting menerima teguran dan isi nasihatnya yang baik dan betul??

Begitu mudahkah perhubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram,blh berpegangan tangan,keluar berdua atas alasan adik dan abang angkat??

Murah sekalikah harga kalimah sayang dan cinta manusia sekarang sehingga begitu mudah diucapkan kepada orang yang tidak halal baginya??

Wednesday, October 21, 2009

Solat jemaah 5 waktu sehari..??







Persoalan yang agak mencabar..mampukah kita menunaikan kewajipan solat 5 waktu secara berjemaah..???

Mudah nak sebut,tapi nak tunaikannya...aduh,,,payah sungguh...sentiasa saja ada halangan dan urusan dunia yang menghalang..atau kadang-kadang mencari urusan..hehehe..




Aku begitu gembira hari ni,dapat juga aku tunaikan 5 waktu solat secara berjemaah,walaupun bukan di surau..ketenangan itu hadir walaupun hanya sekelumit..Alhamdulillah...

Ramai umat Islam yang tidak ada rasa cinta untuk solat berjemaah..tidak mahu merebut ganjaran berjemaah..tidak rasa pentingnya solat jemaah..terlalu ramai..
Cukup solat 5 waktu dah memadai bg mereka..tu pun lintang pukang,kurang kekhusyukan..(mintak jauh dari golongan ini)..

Solat jemaah perlu dipupuk kembali ke dalam jiwa sanubari umat Islam terutama pemuda Islam..Kenapa PEMUDA??

Wahai pemuda,,tidak malukah kalian dengan pak cik tua yang sentiasa menggagahkan diri mereka solat berjemaah di surau?? Sedangkan kalian yang gagah perkasa namun tidak mampu mengangkat kain selimut kalian untuk bangkit subuh berjemaah..malulah kalian wahai pemuda...

Pemuda Islam...gunakanlah waktu muda kalian untuk beramal kepada Allah..jangan tunggu sehingga tua dan tidak ada kudrat,baru kalian nak menyesal...

Lihat kisah Sultam Muhammad Al-Fateh..bila mahu dipilih imam solat jumaat di masjid Aya Sophia,baginda menyuruh semua tenteranya berdiri..kemudian ditanya,."Sesiapa di antara kalian yang pernah meninggalkan solat 5 waktu,sila duduk".Namun,tidak ada seorang pun yang duduk.Allahuakbar...

Kemudian ditanya lagi.."Sesiapa di antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib,silakan duduk",Kemudian,duduklah separuh daripada tentera baginda.Diseru lagi.."Sesiapa di antara kalian yang pernah meninggalkan solat sunat tahajjud,silakan duduk".Seraya itu,semua orang duduk...kecuali seorang....Siapakah beliau..???

Dialah Sultan Muhammad Al-Fateh,penakluk kota Istanbul.Subhanallah,itulah hamba Allah yang bertaqwa..itulah sumber kekuatan umat Islam.Inilah rahsia kegemilangan umat Islam..

Marilah kita semua menjaga solat kita..
Itulah saat kita mengadu dan berbicara dengan Allah..
Ya Allah,berilah kami kekuatan untuk sujud patuh kepada-MU..

~pesanan untuk yg menulis~

Tuesday, October 20, 2009

Bahan bacaan...


Assalamualaikum..

Alhamdulillah,hari ni sempat habiskan membaca sebuah buku yg menarik.."Sultan Muhammad Al-Fateh,Penakluk Konstantinopel".Menghabiskan sebuah buku sehari,best jgk...
Nak maju,kena banyak membaca...

Buku sejarah yang amat menarik,menceritakan tentang sejarah bagaimana Sultan Muhammad menakluk kota Istanbul itu dari tangan Maharaja Konstantine.Hamba Allah yang sangat soleh,menaiki takhta kerajaan Uthmaniah pada umur 19 tahun (sama umur dengan aku tu..),selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Murad.Allahuakbar,dalam usia semuda itu telah memerintah sebuah kerajaan Islam yg besar dan luas jajahannya.

Baginda menakluk Kota Konstantinopel pada tahun 1453,selepas dua tahun menaiki takhta,ketika berusia 21 tahun.Agak-agak,remaja melayu Islam di tempat kita,duk wat ape waktu usia ni...hem...Sungguh jauh bezanya dengan realiti pemuda sekarang..(termasuklah aku..huhu..)

Baginda sultan mempunyai seorang penasihat yang juga gurunya iaitu ulama' terkenal Syeikh Syamsuddin Al-Wali.Dalam setiap urusan pemerintahan,baginda banyak merujuk kepada ulama' tersebut,lebih2 lagi dalam urusan agama.Dan memang terbukti,pemerintah dahulu kala memang sangat menghormati dan mendengar nasihat ulama' supaya mereka tidak terpesong dari agama dan syariat dalam pemerintahan mereka.Ini antara kunci kejayaan dan kegemilangan umat Islam lampau.

Nah,kita sudah nampak apakah puncanya umat Islam sekarang lemah dan ditindas..kerana umat Islam dan pemerintah mengasingkan ajaran Islam dari kehidupan dan pemerintahan mereka.Maka pincanglah semua perkara.Ulama' diperlekeh,pandangan mereka diminta bila perlu sahaja.Kadang2,mereka diherdik dan dikatakan jumud bile memberi teguran..

Astaghfirullah,,,itulah hakikat zaman sekarang..ulama' dicerca,artis dipuja..
Ulama' dikatakan tidak pandai mengikuti perkembangan zaman..

Sedarlah diriku,aku pemuda Islam,,
Aku bakal disoal apakah sumbanganku kepada Islam...
Masa mudaku digunakan untuk apa?
Berbuat dosa dan enjoy dengan dunia sahaja..
Atau digunakan untuk Islam...
Belajarku kerana kerja dan dunia semata2,,
Atau untuk membantu ummah dan memberi manfaat kepada orang lain...

Renungan bersama...

Dunia Menggamitku...


Assalamualaikum...sekian lama aku menyepi...bukan kerana sibuk berjuang..tapi....

Diriku sibuk dengan membuat dosa-dosa dan maksiat pada Allah..
Tarbiah diriku merudum jatuh terjelepok...
Imanku sakit tenat...
Amalku entah diculik hilang ke mana...
Zahirku berserabut dan selekeh..
Batinku lebih-lebih lagi berkecamuk...

Hari ini aku terbaca blog adikku Madihah..
Tersentuh hatiku dgn penulisannya..
tulisan yg biasa,x puitis,x berbunga-bunga,namun.....

Mungkin kerana tulus hatinya menulis,membuatkan hatiku sebak...
moga dirimu mar'atussolehah adikku..

Terima kasih adikku..
Semangat tarbiah dalam diriku mula menjenguk dunia..masih malu-malu untuk muncul sepenuhnya..mengambil sedikit masa mungkin...

Namun semangat tanpa ilmu,tidak akan kekal...
Susahnya mujahadah ini,namun itulah hakikat kehidupan..
Pejuang sekarang hebat dan tampak gagah dari sudut zahirnya..
namun sangat lemah imannya..
Lantang bersuara dalam menyebut kebenaran..
Tapi pendiam bila nafsu menguasai diri..
Kelu dgn pujukan dunia...

Aduh..terpukul aku dgn ungkapan itu...
Sememangnya itulah diriku...

Ya Allah..
Aku bakal menjadi mayat..
Namun entah apa bekalanku..
Ighfirli Ya Rabbi,,,