Saturday, August 28, 2010

Selamat Hari Lahir Bro..


Selamat Hari Lahir ke-24 buat abangku..

SAIFUL AMIN

Moga murah rezeki

Jadi anak dan abang yang soleh.

Ameen...

smart janggut boh..haha

Thursday, August 26, 2010

Saya pun kanak-kanak juga


Alif...       A       1

Ba...        B       2

Ta...        C       3

Tha.        D       4

Jim...       E       5


anak didikku,jangan nakal...

Haha..bilakah kita belajar semua ini??

Malam itu saya solat di Pusat Asuhan Tunas Islam.Saya pandang sekeliling dalam ruang belajar itu.Juga digunakan untuk solat.

Terpampang nama-nama Allah,nama Rasul,malaikat.Ada juga ayat Al-Quran dan hadith Nabi yang digantung.Papan nombor dan abjad tersusun cantik dengan warna-warni.

Terkenang zaman ketika saya di PASTI dulu.Haha..zaman kanak-kanak.Tapi tetap seronok dan gembira.

Pagi-pagi kena baca doa dulu sebelum mula kelas.Cikgu ajar macam-macam.Kelas selalu bising.Teringat saya pernah dibuli sehingga disumbat telinga ini dengan kuih.Adoi..naif sungguh waktu itu.Jiwa pengecut..Namun saya dibela orleh seorang kawan,namanya Firdaus.Saya tak boleh lupakan dia walaupun saya tidak pernah berjumpa dia selepas tamat tadika.Terima kasih Bro..

Masuk 6 tahun,cikgu suruh hafal ayat quran dan hadith.Hafallah kami walaupun makna tak faham sangat.Pergi bertanding hafalan hadith sampai peringkat negeri,kami tak menang.Orang lain lagi hebat rupanya.

Semua itu hanya tinggal KeNAnGaN..

Namun di sana terlalu banyak asas-asas agama yang membentuk akhlak dan diri ini.Belajar solat,bacaan solat,adab dan macam-macam lagi.

Siapa kata mendidik anak di usia kecil tidak penting..??

Anak-anak kecil yang masih suci dan kosong fikirannya itu adalah dicorakkan oleh orang dewasa.

Kalau umur 5 tahun diajar menyanyi,menyanyilah yang dia minat.

Kalau diajar dengan perkataan yang lucah dan keji,itulah yang akan ditutrkannya dewasa nanti.

Jika umur 6 tahun itu masih belum diajar memakai tudung dan biarkan memakai skirt,itulah pakaiannya bila besar nanti.

Jika usia kanak-kanak tidak diajar solat dan baca Quran,maka hanyutlah anak itu di dalam dunia tanpa sempadan ini..

sudah baca quran,nak main nset jap..hehe



Monday, August 23, 2010

Ambillah INI..


JIRAN TETANGGA

Assalamualaikum...assalamualaikum.. suara anak kecil itu di muka pintu..

Waalaikumussalam..ye,ada apa dik.

Ni,mak bagi kuih untuk abang dan kawan-kawan berbuka.

Oh..terima kasih dik,,sampaikan salam pada mak ayah ye.

Begitulah kejadian  yang berlaku hampir setiap hari di rumahku.Sampaikan sudah naik segan diri ini dengan jiran sebelah.Apa pun syukur pada Allah.

Itulah berkatnya bulan Ramadhan.Bulan yang menjadi rebutan untuk kita bersodaqah dan beramal ibadat yang lain.

Assalamualaikum,ada kat mana ni?Pak cik nak bagi buah dari dusun ni.-mesej yang diterima dari seorang pak cik jiran satu taman ini.

Alhamdulillah,hidup sebagai mahasiswa dalam masyarakat setempat ini membahagiakan hati dan jiwa.Terasa bagai berada di kampung sendiri.Hubungan yang terjalin erat mengharmonikan lagi keadaan setempat.

Adik,nanti adik pergi ke kedai baju untuk ukur baju di kedai di Kangar yer.Ada pak cik nak belanja.

Aduh..perasaan yang teramat segan hidup dalam komuniti masyarakat ini.Terlalu baik mereka kepada kami para mahasiswa ini.Mesra dan ramah.

Moga Allah murahkan rezeki kalian semua.

MAK CIK

Ambiklah kuih ni dik,mok cik wi lebih sedekoh bule poso.Arap-arap berkat mak cik tolong  ore menuntut ilmu ni.Tolong doa ko mak cik dan anak-anak mak cik deh.

Dialog antara kami dan seorang mak cik penjual kuih Ramadhan 4 tahun yang lalu.Ketika itu SPM,kami tinggal di rumah sewa.Walaupun lama berlalu,tapi mak cik itu tetap dalam ingatan kami.

Sangat tersentuh dengan keikhlasan dan kesopanan mak cik itu.

Moga Allah berkati mak cik sekeluarga.


kuih apakah ini?

IBU BAPA?

Jika kebaikan insan-insan itu amat diingati dan dihargai,bagaimana pula dengan jasa ibu bapa kepada kita?

Allahuakbar.Tiada kasih sayang sesama insan yang tiada bersyarat melainkan kasih sayang ibu dan bapa kepada  anak.

Sudahkah kita mendoakan mereka?

Ya Allah,ampunkan segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.

KASIH AGUNG

Ketika di saat akhir hayatnya,kalimah yang terpacul adalah...

Ummatii..ummatii...

Ya Allah..Agungnya manusia ini.Hebatnya hamba-Mu ini..di saat akhir hayatnya,yang diingati olehnya adalah umatnya yang baginda

Tidak pernah kenal.
Tidak pernah lihat.
Tidak pernah berjumpa dan bersua muka.

Tapi itulah sayangnya RASULULLAH kepada kita umatnya.

Bagaimana kita membalas cinta baginda?

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD


CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku..

Tiada Tuhan melainkan Engkau..

Engkau cinta agungku..

Nabi Muhammad pesuruh-Mu..




Thursday, August 19, 2010

Adikku

Selamat Hari Lahir Adikku..

MADIHAH

Umurmu sudah mencapai 17 tahun,dirimu sudah bergelar gadis

Ingatlah,mati itu semakin hampir,hidup semakin singkat masanya.

Persiapkan dirimu menghadapNYA.

Jadilah wanita SOLEHAH dan MUKMINAH adikku.






Kabus..

Hatiku Berkabus..

KabUs Yang MengHiJAbkAn Aku dengaN ALLAH..

Ya ALLAH..AMPUNKAN AKU..




Thursday, August 12, 2010

Jangan dibuat begitu pada bayi itu


Usai solat maghrib,saya mengambil masa berehat sebentar sementara menunggu isya' dan terawih.Tiba-tiba saya terdengar tangisan budak kecil.

Rupa-rupanya bunyi itu datang dari rumah jiran hadapan rumah saya.Seorang adik kecil (mungkin dalam umur 2 tahun) sedang menangis di hadapan pintu rumah dengan raungan yang kuat.Dan pintu rumah itu tertutup rapat.

Kemudian datang budak lelaki lain dari rumah sebelah datang menjengah ke dalam rumah itu,Seterusnya berlalu.Tapi adik kecil yang masih tidak mengerti apa-apa itu ditinggalkan menangis begitu sahaja tanpa dipedulikan.

Saya tidak faham bagaimana ibu bapa dia mendidiknya.Mungkin berniat mendidik dalam tidak sedar sedang mendera anak sendiri.Hati saya tidak tahan,saya rasa tersentuh.

Ada ibu bapa tidak sedar,mereka sedang menyediakan jiwa-jiwa anak mereka untuk memberontak pada masa hadapan.Mereka sedang men'cipta' seorang yang tidak stabil jiwa dan emosinya.

Malah mungkin didikan mereka itu adalah untuk melahirkan seorang
 
Pembunuh?  
Perogol?  
Penagih dadah?

Ibu bapa,didiklah anak kalian sebaik-baiknya.Jadikan agama sebagai asas kebahagiaan keluarga.Jangan rosakkan masyarakat pada masa akan datang.

JANGAN DiSeKs@ jiw@ adik kecil itu.


mama..abah..didikku dengan agama Islam yer..peace..



Bagaimana Pahala Puasa Saya Kurus??

"Anakku,kalau tidak ada keperluan sangat,tidak perlulah dirimu pergi ke bazar ramadhan.Kelak pahala puasamu akan kurus"

Pesan guru padaku sebelum menjelang Ramadhan.Betulkah apa yang guru kata?

Hari ini saya membenarkan kata-kata guru.Memang kurus sungguh 'duit' puasaku.

Tidak ada tamar di rumah kita untuk iftar nanti yer.Maka jomlah saya dan ahli rumah ke bazar ramadhan untuk mencari tamar dan juadah berbuka.

Pelbagai jenis manusia ada di sana.Dengan pelbagai pakaian dan pendedahan aurat.Adoi..
Ramainya ummat manusia di bazar pada hari 1 Ramadhan, sesak seperti manusia berebut ketika melontar jamrah.Hehe.

Memang suasana di situ sungguh menguruskan pahala.Bukan mudah menjaga mata ini.Nak berjalan dongak ke langit,lagi teruk akan berlaku kan,Maka tabahkanlah sahaja berjalan sambil istighfar.

Ternampaklah saya akan 2 orang manusia yang saya keliru dalam menentukan jantinanya.Haha..setelah lama melihat,saya kata kaum perempuanlah mereka.

Ketika berselisih dengan saya,ada orang menarik rambutnya dan dia dengan secara tak sengaja berkata

"Sape tarik rambut aku".(baca dengan suara garau lelaki)

Haha..lelaki rupanya..setelah itu dia mengulangi sekali lagi

"Siapa tarik rambut I".(baca dalam nada lembut umpama wanita).Hahaha..

Astaghfirullah..pelbagai ragam masalah ummat Islam di akhir zaman ini.Puasa juga mereka barangkali.

Apa pun,saya tidak berminat lagi untuk ke bazar.Selagi boleh elak,maka elakkanlah.

Kepada kaum hawa,jagalah pakaianmu,jangan menjadi GANGGUAN SEKSUAL kepada kaum kami.Jadikan Ramadhan ini agen perubahan.

Ramadhan Kareem..

Jom Iftar...salah satu nikmat bagi orang yang berpuasa adalah ketika menikmati iftar..

Wednesday, August 11, 2010

H@tI iNi S@Yu..


Hati ini sayu...

Sayu yang teramat sangat...

Takkan boleh dibohongi rasa hati..

Ya Allah,,ampunkan daku..


Monday, August 9, 2010

Bersama Syeikh Nuruddin


Subhanallah.Suci sungguh rupa dan wajah beliau.Melihat wajahnya yang tenang itu pun sudah cukup menenangkan jiwa dan hati ini.Itulah kurniaan Allah kepada ulama dan hambanya yang bertaqwa,cahaya keimanan itu terserlah.

Itu ketika pertama kali saya bertemu dengan Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari,antara ulama’ nusantara pada zaman ini.

Kuliahnya pada malam itu adalah berkenaan ISTIQBAL RAMADHAN.Bagaimana persediaan bertemu dengan  tetamu agung kurniaan Allah Ta’ala kepada kita ummat Nabi Muhammad S.A.W.
Berapa lamakah kita membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara?
Mungkin 3 bulan atau lebih lagi persediaan yang telah disusun rapi.
Namun,apakah pula persediaan kita untuk bertemu dengan Ramadhan Kareem??
Ramadhan adalah bulan pada awalnya rahmat,pada pertengahannya pengampunan dari Allah dan akhirnya pembebasan dari api neraka.
Mana yang lebih mulia,merdeka kita dari penjajahan negara di dunia ini atau kita mahu merdeka kita dari azab api neraka Allah di akhirat kelak??
Ya Allah,aku rindukan Ramadhan.
Izinkan aku bertemu dengan Ramadhan
Berilah peluang padaku untukku beramal di bulan yang mulia ini.




Sunday, August 8, 2010

Melayu Bersatu??

Melayu perlu bersatu..

untuk apa Melayu bersatu?

Bersatu kerana Islam..

Semalam saya telah menyaksikan bagaimana orang Islam bersatu.
Mereka telah bersatu bergotong royong membuat jamuan di surau sempena gotong royong membersihkan surau.

Bagus betul masyarakat di taman ini.Sikap kejiranan di antara mereka kekal utuh.Semangat kerjasama dan bantu membantu di antara jiran tetangga.

Mungkin ini boleh menjadi asas kepada perpaduan Melayu (kerana Allah dan demi Islam)..hehe..




Monday, August 2, 2010

jujurkah Kita??


---Pagi itu saya ke pasar,mencari sedikit barangan.Saya terlihat seorang pak cik sedang menjual beberapa buah cempedak.Saya berasa mahu memakan cempedak pada hari itu.

Saya tidak mengenali pak cik tua itu dan dia juga tidak mengenali saya walaupun saya ini pemimpin masyarakat setempat.Saya bertanyakan berapakah harga cempedak yang dijualnya.Dia dengan lembut memberitahu harga dan juga berkata:

"Haji,sebelum haji beli cempedak ini,pak cik nak bagitau cempedak yang pak cik jual ini tidaklah manis sangat sebenarnya.Cubalah rasa dulu sebelum membeli"

Saya terdiam sebentar dan terdetik di hati saya.Alangkah jujurnya pak cik tua ini.Apakah untungnya dia memberitahu saya tentang kecacatan buah cempedaknya.

Namun atas dasar kejujuran seorang insan,itulah sifat pak cik itu.Kalau begini jujurnya seorang rakyat,dua biji pun saya mahu beli.Bukan kerana manis atau tidak buah itu,tetapi atas dasar manis dan lazatnya nikmat kejujuran sesama  manusia.---


~Ini adalah kisah benar dari Ustaz Hashim yang saya ubah sedikit jalan ceritanya.~



Inilah nilai sebuah kejujuran dalam kehidupan.Seorang rakyat yang sangat jujur walaupun pada perkara yang kecil. 

Jika pada perkara yang kecil kita tidak boleh bersikap jujur,mana mungkin boleh JUJUR pada perkara yang besar dan serius.


Tetapi hari ini,berapa ramaikah yang mampu mengekalkan sifat jujur sebagaimana pak cik tadi??
Sedih membaca surat khabar,seorang bekas menteri dituduh menipu jemaah menteri sebanyak lebih 1 billion.
Memang begitu teruk manusia itu jika benar dakwaan padanya.

Namun terfikir di benak ini,begitu mudahkah para menteri ditipu??

Saya pelik dan hairan..

Hancurnya sesebuah negara apabila pemimpinnya tidak jujur dan amanah.

Di manakah nilai kejujuran seorang pemimpin negara??

Jujurkah kita sebagai pemimpin??

Jujurkah kita sebagai rakyat??
Jujurkah kita pada ibu bapa??
 
JUJURKAH KITA PADA ALLAH??