Wednesday, September 16, 2009

solat terawih....(",)

First time ku solat terawih di masjid negara.Cantik masjidnya,besar ruangnya.Tp...sayang sekali,jemaahnya hanya beberapa saf..
sedangkan di 10 akhir Ramadhan inilah perlu berusaha berlipat kali ganda..
butanya hamba-Mu ini...


Teringat daku pd kenangan malam terakhir Ramadhan tahun yg lalu,ku solat terawih di Qaryah Ramadhan.Imamnya dari Mesir,seorang qari' dan seorang lg engineer.Subhanallah,kagum aku pdnya..

Malam itu ku pergi dgn rakan2 lama sekolah..bacaan imam itu x berlagu sgt,tp syahdu sekali..
Tiba2,dalam solat imam itu tersedu..beliau menghabiskan solat dgn segera..lalu di dalam doanya,(faham cket2,dlm bhs arab),beliau menangis sungguh2..sehinggakan tanpa disedari kami para jemaah turut menitis air mata.....Allahuakbar...terasa kerdil diri ini di sisi Allah..

Dalam doa itu,beliau mengadu rasa sedih kerana Ramadhan akan berakhir.Umpama berpisah dgn isteri (x pernah rasa pun,hehe..),sedihnya x terkata..risau jika ini adalah Ramadhan terakhir..bimbang jika amalan x diterima Allah..

Subhanallah..inilah orang soleh.Sedih berpisah dgn Ramadhan,dalam masa yg sama gembira menyambut hari kemenangan melawan nafsu..

Allahuakbar...
Adakah Ramadhan kali ini yg terakhir bgku??
Apakah diterima amalanku selama ini??
Terampun atau tidak dosa2ku yg x terbilang itu??

Astaghfirullahal'azim...

Ramadhan Karim..tinggal 3 hari lg aku bersamamu..
Aku pasti merinduimu...

Himpunan pimpinan mahasiswa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1.Menghadiri satu sidang konvensyen mahasiswa 2 hari lepas membuka mindaku,bahawasanya mahasiswa dan anak muda adalah aset negara yg amat berharga.

2.Elemen perbincangan adalah tentang transformasi sistem negara kita.Aduh..tinggi sekali tahap perbincangan ini.Rasa tak layak diriku berada di situ.Seolah-olah perbincangan ini adalah khayalan..namun kata panelis,tak salah untuk anak muda berimiginasi dan memikirkan sesuatu idea yg 'gila',kerana itu memg sifat anak muda.

3.Anak muda adalah agen perubahan.Mereka adalah golongan pendesak.Mahasiswa memimpin.Tp...

4.Adakah mahasiswa sekarang memimpin masyarakat? Adakah suara mahasiswa dipandang oleh orang ramai? Adakah anak muda turun dalam lapangan masyarakat? Inilah yg perlu dimuhasabah kembali dan bertindak..

5.Anak muda,bangkitlah dari lena..

"Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya sudah tidak mahu lagi berfikir.."-Syeikh Muhammad Al-Ghazali-

Wednesday, September 9, 2009

salam iftitah...

tangan ini tergerak untuk menulis di sini,dgn izin dan kekuasaan yg dikurniakan Dia..
namun ia akan disoal d hadapan Rabb kelak..
Allahuakbar...
salam Ramadhan...090909