Wednesday, April 7, 2010

Indahnya pelangi

          Terkenang sewaktu belajar subjek Sains di sekolah rendah dahulu.Cikgu kata,cahaya putih itu sebenarnya adalah tujuh warna.Pening kepala budak-budak memikirkannya termasuklah saya.

          Lalu cikgu menunjukkan satu eksperimen mudah.Sila ambil satu prisma kaca dan kita pergi ke tempat yang ada cahaya matahari.Berbondong-bondonglah kami pergi ke luar kelas.Bila beberapa kali mencuba,lalu kelihatanlah tujuh jenis cahaya yang berwarna warni.Itulah dinamakan pembiasan.

        Bila terkenangkan zaman kanak-kanak dulu,saya tersenyum sendirian.Zaman yang baru nak mengenali apa itu kehidupan,perkaitan hidup manusia dengan alam dan sebagainya. Dan sains merupakan satu subjek yang menarik bagi kanak-kanak yang memang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

      Berbalik kepada cahaya yang tujuh tadi.Cikgu kata,dalam alam ini kita dapat lihat fenomena tersebut iaitu pembentukan pelangi.Ye..memang betul,pelangi mempunyai tujuh warna.Dan pelangi sangat cantik dan indah.

      Masih dalam ingatan hafalan tentang susunan warna pelangi.

"mereka jumpa katak hijau bawah itu ular" = 'merah jingga kuning hijau biru indigo ungu'

      Haha...tidak disangka ilmu yang sekian lama dahulu masih kekal dalam ingatan.Itulah hebatnya kurniaan akal dan otak oleh Allah kepada kita hamba-Nya.Maka akan disoallah bagaimanakah akal ini digunakan,ke arah baik atau buruk.

     Sewaktu kanak-kanak,saya sangat suka melihat pelangi.Indah..memang indah sungguh.Alam yang asli dicipta Allah ini sangat indah dan damai,melambangkan keagungan Allah.

    Setelah sekian lama tidak melihat pelangi di kaki langit,petang semalam Allah memberi peluang untuk menatap keindahan alamnya.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar...


Tuesday, April 6, 2010

ENVEX 2010


Semalam saya sempat menjenguk ke program Engineering Invention and Innovation Exhibition 2010  atau pun dikenali ENVEX 2010 yang diadakan di Kangar.


Program ini merupakan satu pameran dan penilaian kepada projek-projek kejuruteraan oleh pelajar-pelajar universiti dan politeknik.Majoritinya adalah Final Year Project FYP oleh mahasiswa UniMAP.Ada juga peserta dari UMP,Utem,UTP,UiTM dan beberapa lagi.

    Setiap projek ada kelebihan dan kehebatan masing-masing.Bila difikirkan balik,risau pula nanti saya berada di tahun akhir.Mampukah untuk menghasilkan projek  yang bermutu dan berkualiti selaku bakal jurutera.

Emm..tiada yang mudah dalam hidup ini tanpa usaha.Nampaknya saya perlu melipat gandakan usaha lagi.Apa pun,biarlah setiap perkara yang kita reka akan memberi manfaat kepada orang lain.

Ini jalan yang aku pilih atau terpilih..

Usah difikirkan..

Setiap perkara ada hikmahnya...

Belajar kerana Allah...

Imam Muda


Saya sempat menghadiri dan melihat sendiri rakaman dan audition program Imam Muda Astro Oasis.Tapi sebagai penonton sahajalah.Kebetulan saya singgah solat Zohor di Masjid Zahir Alor Setar.

Alhamdulillah,ramai juga anak muda yang berminat dengan rancangan realiti tv yang sebegini.Imam Muda merupakan satu program realiti tv baru anjuran Astro.Saya sempat bersembang dengan beberapa orang peserta.

Antara perkara yang diuji adalah bacaan Al-Quran dan berkhutbah.Sememangnya itu antara kriteria dan kelayakan untuk menjaid seorang imam.Dan yang paling penting,mesti tahu selok belok ilmu agama.

Pada masa sekarang kita melihat terlalu banyak program realiti tv yang berbentuk hiburan.Semuanya mahu secara realiti tv.Silap-silap nak cari isteri pun guna cara ini.Adoi..Diharap usaha Astro ini akan memberi kesan positif kepada masyarakat sekarang.