Sunday, November 1, 2009

Terimalah...




Pagi itu peperiksaan berlangsung di Dewan Sentosa yang tersergam indah di atas bukit sana.Aku sengaja mahu berjalan kaki menuju ke dewan peperiksaan untuk paper yang terakhir ini.Kawan-kawan yang lain menaiki motosikal masing-masing dan ada juga yang menaiki bas shuttle.Kadang-kadang best juga berjalan kaki dalam kampus tempat aku menimba ilmu ini.

Pagi ini paper Programming.Argh.. susah betul subjek ini.Pening bermain dengan bahasa komputer ini,namun aku sudah berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh.Hari ini aku tawakkal pada Allah.Yang penting aku buat yang terbaik.Berjalan seorang diri menghirup udara pagi terasa nyaman sekali.Ada juga pelajar-pelajar lain yang turut berjalan kaki menuju medan pertempuran.

Ketika aku sedang asyik berjalan,Idah rakan sekuliah aku menegur dari belakang.Rupanya dia juga sedang menuju dewan juga.Dia berjalan beriringan denganku sambil bertanyakan khabar dan persediaanku untuk last paper.Adoi..kau ni Idah menambah lagi kerisauanku nak menjawab exam ni.Bas shuttle milik universiti berlalu di tepi kami.

Sampai di dewan peperiksaan,aku mengucapkan selamat berjaya pada Idah dan juga kawan-kawan lain di situ.Bermulalah perjuanganku...


Aku berpuas hati dengan paper pagi tadi..Sampai di bilik,aku melabuhkan kepalaku di atas bantal.Wah..bestnyer merehatkan minda sebentar.Aku membuka telefon bimbitku.Terdapat 6 mesej,dan bila aku mambacanya,aku mula kebingungan...

"Assalamualaikum saudara.Saya harap saudara bertaubat di atas kesalahan saudara."

"Salam..Saudara,insaflah.Jangan hanya tahu bercakap sahaja.Ingat untuk memesan diri sendiri juga."

................

.............


Aku pening dengan semua mesej ini.Semua mesej itu datangnya dari muslimat.Terdetik di hatiku,apakah aku telah melakukan kesalahan yang tidak aku sedar..Hem..Ya Allah,berilah petunjuk.Aku terlelap...



Selepas habis exam,tiada tempat lain yang difikirkan oleh pelajar melainkan balik kampung.Huhu..Namun aku belum lagi mahu pulang ke desa.Malam ini ada meeting persatuan pula untuk program dalam cuti ni.Masa yang dinantikan oleh aku yang agak aktif dalam berpesatuan.Hehe..cuti digunakan untuk aktiviti berfaedah.

Meeting yang berlangsung selama 2 jam itu agak memenatkan aku.Perkhemahan yang kami akan adakan 2 hari lagi menuntut komitmen dari kami semua,ahli jawatankuasa persatuan.Aku ditugaskan sebagai AJK makanan dalam perkhemahan ini.Haha..entah jadi macam mane masakannya nanti.Selepas tamat meeting,Khairi ingin berjumpa aku secara berdua.Dia presiden persatuan kami yang amat dikenali di kampus.Seorang yang amat berwibawa dan soleh.Sesuailah dia memegang jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam di kampusku.

"Amri,kamu tahu tak kenapa saya nak berjumpa kamu ni?"

"Eh Khairi,kenapa tanya saya pula.Haha.."

"Macam nilah,saya harap pertama sekali awak beristighfarlah di atas kesilapan awak."

"Astaghfirullah.." aku beristighfar beberapa kali walaupun aku masih lagi tak faham apa yang berlaku.

"Khairi,boleh saya tahu apa salah saya?"

"Macam ni,saya mendapat aduan daripada ahli persatuan kita,mereka melihat awak berjalan berdua-duaan dengan pelajar perempuan dalam keadaan bergurau senda dan mesra.Ini menimbulkan fitnah dan boleh memburukkan nama baik persatuan kita.Ada penjelasan??"

Aku terkesima sebentar.Berputar kepala otakku mencari,bilakah berlaku semua tu.

"Saya mohon kemaafan atas segala keterlanjuran saya.Saya akan berusaha untuk membaiki kesalahan saya.Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya."

"Amri,mungkin itu hanya salah pandang dan salah faham.Cuma kita kena ingat,kita kena jaga diri sebagai seorang da'i.Mungkin muslimat mengambil berat terhadap sesama ahli,sebab itu mereka menegur."

"Alhamdulillah.Nasib baik ada sahabat yang mengingatkan salah silap saya.Terima kasih Khairi."

"Sama-sama kasih.Kalau saya ada salah,tegurlah juga yer.Satu lagi,nanti perkhemahan masak sedap-sedap ye.Haha.."

"InsyaAllah..haha..nanti saya buat makanan semua manis ye.Haha.."

"Baiklah Amri,nanti kita jumpa hari lusa.Ma'assalamah.Assalamualaikum"

"Baik.Ilalliqa'.Waalaikumussalam."

Aku berjalan pulang ke bilik sambil terkenang peristiwa pagi tadi.Aku teringat satu pesanan daripada pensyarahku di matrik.Encik Mahfuz kate,kalau kita meletakkan diri kita dalam keadaan boleh menimbulkan fitnah,maka bersedialah menerima fitnahnya.Jangan salahkan orang lain jika timbul apa-apa fitnah kerana kita meletakkan diri kita dalam keadaan tersebut.Hem...

Betul kata-kata cikgu.Aku menerima semua itu.Aku sangat menghargai sahabat-sahabat yang menegurku.Moga Allah merahmati mereka semua..

Malam itu aku tidur sambil tersenyum,.,

Ya Allah,luruskanlah hati kami di atas jalan kebenaran...

No comments: