Thursday, June 30, 2011

Kuliah Subuh


MAHA SUCI ALLAH

 Ayat pertama dari surah Isra' dimulakan dengan lafaz Subhana,iaitu lafaz Maha Suci Allah.Suatu lafaz yang sangat agung mensucikan Allah Ta'ala.Kalimah yang sangat besar ganjarannya bagi mereka yang menjadikannya wirid dan zikir.

Namun hari ini mereka yang jahil telah menggunakan kalimah yang baik pada tempat yang buruk.

"Alhamdulillah,ini rezeki Allah kepada saya",

kata seorang artis yang memenangi anugerah.Sedangkan dalam lakonannya dia telah membuka aurat dan melanggar arahan Allah.Sungguh mereka mempermainkan kalimah  yang mulia.

KITA HAMBA
Dalam ayat itu Allah menggunakan kalimah hamba-NYA.

Kenapa Allah tidak menggunakan gelaran yang mulia kepada Nabi Muhammad seperti Raja manusia atau seumpamanya..

Hikmahnya ialah kerana Allah ingin mengajar kita bahawasanya manusia yang paling mulia ialah mereka yang benar-benar bersifat HAMBA.Dan itulah Muhammad S.A.W,manusia yang paling hebat perhambaannya pada Allah.

Maka janganlah kita sombong,ingatlah bahawasanya kita ini hanyalah hamba Allah.Bersifatlah sebagai seorang hamba.

ISLAM DAN UMAT ISLAM

Dirakam oleh Allah dua masjid yang mulia,diperjalankan hanba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Kata ulama',Masjidil Haram itu menjadi lambang kekuatan agama Islam.Kita lihat setiap tahun,malah setiap hari Masjidil Haram tidak pernah lengang daripada manusia yang beribadat di dalamnya.Setiap tahun manusia dari seluruh dunia berkunjung untuk menunaikan haji.

Ia juga menjadi tempat yang aman dan selamat.Itulah agama Islam,agama yang paling sempurna yang akan dijaga dan dipelihara Allah sehingga hari kiamat.Agama yang aman dan sejahtera.

Manakala Masjidil Aqsa itu menjadi lambang keadaan dan kekuatan umat Islam.Jika Al-Aqsa di bawah kekuasaan umat Islam,maka ketika itu umat Islam dalam keadaan kuat.Begitu juga sebaliknya.


Ulasan kuliah subuh Ustaz Nik Abduh
30 Jun 2011,Masjid Padang Temusu

-lama tak dengar kuliah subuh-

Wednesday, June 29, 2011

Berat sebelah




LARANGAN MENYERTAI PERHIMPUNAN HARAM BERSIH


Semua pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah dilarang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) iaitu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.


Peruntukan Seksyen 15(5)(b) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Pindaan) 2009 memperuntukkan bahawa

tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh menyatakan atau menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia”


Peruntukan Kaedah 13(1) Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Perlis (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009 [P.U.(A)230/2009] menyatakan bahawa “tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar, boleh menganjurkan, menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar Kampus yang mendatangkan kesan buruk secara langsung kepada Universiti atau yang memudaratkan kepentingan Universiti”.


Sehubungan dengan itu Yang Berbahagia Dato’ Naib Canselor UniMAP memaklumkan bahawa mana-mana pelajar UniMAP yang melanggar peruntukan Seksyen 15(5)(b) AUKU 1971 dan Kaedah 13(1) Kaedah Tatatertib Pelajar boleh dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya.

 sumber:portal UniMAP


Anak soleh..

Jadual hidup cukup banyak berubah setelah memasuki Latihan Industri..8 minggu telah berlalu,sekejap rasanya...

Hanya orang yang pernah melalui akan merasainya,,,betul dan tepat...

Pelbagai perkara yang selama ini aku hanya dengar,kini aku merasainya...


Setiap hari kerja..kerja..kerja...jadual hidup banyak yang terumbang ambing..tapi tak mengapa...

Aku perlu belajar...

Dan ada satu gambar yang rasa nak kongsi...



Ni dua beradik kecil,aku terserempak dengan mereka setiap kali Zohor..

Sejuk hati aku melihat mereka..memang anak yang soleh...sopan dan hormat orang..aku berbual sekejap saja pun rasa tenang dengan mereka...

Dan mereka ada seorang adik yang down syndrom,,,tapi aku lihat mereka bergurau dan jaga dia dengan baik...huhu..

Aku impikan anak yang soleh...

Persoalannya,solehkah kita???

Sunday, June 26, 2011

Hari-hari...

Petang itu berjalan-jalan di Tesco,tiba-tiba terserempak dengan ummi (seorang kaunselor di KMPP).

Tak sangka terserempak dengan ummi.Seronok rasa dapat bersembang walaupun seketika.Terima kasih ummi kerana selalu mendoakan anak-anak didik ini.


Hari ini merancang untuk berkayak di Penang,namun laut sangat bergelora,tak sesuai.

Itulah kehidupan,adakalanya apa yang kita rancang dan impikan tidak tercapai.Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA.

Kerana itulah kita kena belajar untuk redha dengan ketentuan Allah.

Dan Allah gantikan dengan mengizinkan daku mandi laut.Haha...setelah sekian lama tidak mandi manda di pantai..

Alhamdulillah...

Petangnya pula tak disangka-sangka ada orang mahu memberi buah durian.Rezeki..rezeki,,,bukan durian runtuh,tapi durian bergolek...

Alhamdulillah...

Bersyukurlah selalu...

Thursday, June 23, 2011

Kita terlupa...

"Aku tak boleh hidup tanpamu...kaulah segala-galanya dalam hidupku Ramli oiii..jangan tinggalkan aku.."

Kata Peah pada Ramli suami yang mahu menceraikannya...

Kita ini terlalu sayangkan manusia dan makhluk...cinta sangat-sangat...

Sampai kita terlupa untuk mencintai Allah Pencipta kita...

Padahal kalau ditinggalkan pun,Allah tetap ada selamanya untuk kita...

Kita terlupa...

"Kau tolonglah aku bro..hanya kau tempat aku boleh minta tolong,,,kalau kau tak tolong,matilah aku..."

Memohon pertolongan pada manusia sampai terlupa pada Allah sebaik-baik penolong...

Kalau kita lemas di tengah lautan sorang-sorang,siapa lagi tempat kita bergantung
kalau bukan Allah...

Tapi kita selalu terlupa....

"Terima kasihlah..kaulah saja yang sudi tolong aku..tanpa kau tak bererti hidup aku.Aku rela serahkan segalanya padamu sebagai tanda terima kasih.."

Rasa sangat terhutang budi pada manusia sampai sanggup gadai segala-galanya...hilang pedoman dan agama...

Sampai terlupa untuk bersyukur pada Allah pemberi segala nikmat...

Kita sentiasa terlupa...

"Milah,kau sajalah tempat aku mengadu...tiada tempat yang paling bahagia untuk aku mengadu selain engkau.."

Kita lalai...mengadu terlalu banyak pada manusia sampai lupa untuk mengadu pada Allah yang suka mendengar pengaduan kita hamba-NYA...

Kita lupa....



-aku lupa apa benda yang aku tulis-


Monday, June 20, 2011

Panggilan...

Hati ini rasa sangat merindui...

Sangat-sangat,,,

Rasa berdebar dan ternanti-nanti...

Dapat lagikah aku bertemu dengannya...

Teringat segala kenangan lalu bersamanya...

Sangat indah dan bahagia sebenarnya...

Sungguh aku rindu padanya...

Tiba-tba hati ini terkenang..

RAMADHAN KAREEM...

Ya Allah,berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'aban dan kurniakanlah kami Ramadhan...

Ameen....


Friday, June 17, 2011

Makanan ..

Aku hidup tanpa makan dan minum..
Mana mungkin begitu...
Fitrah hidup itu perlu kepada makan dan minum..
Untuk sihat dan cergas...

Begitu juga dengan rohaniku,,,
Sekarang ini tengah lapar..
Ke kebulur dah kot...

LAPAR!!!!!

Saturday, June 11, 2011

Terjun sahaja lah

Apa nak buat??

Terkapai-kapai...

Usaha berenang???

ke biar lemas saje lah??


Thursday, June 9, 2011

FItRAH

Hidup ini sentiasa dinamik...

Sentiasa bergerak...

Andai statik,maka MATIlah kehidupan itu...

Penuh pengembaraan dalam hidup ini..

Sentiasa berubah dan berhijrah...

Namun sejauh mana kita bergerak..

Ke mana sekali pun kita berjalan dan berlari...

Akhirnya kita tetap akan kembali ke tempat 

ASAL...

itulah 

FITRAH....