Saturday, November 7, 2009

MACAM-MACAM RAGAM..



Belajar bagaimana mendisiplinkan diri untuk memandikan hati dengan solat jemaah amatlah sukar.Namun itulah asas kepada perjuangan mengawal nafsu.Aku berusaha sekadar termampu.Cuba mengikat hati ini dengan solat jemaah di surau.

Ha..di surau banyak betul ragam manusia yang ku lihat dengan mata kepalaku ni.Dalam berjalan-jalan ke surau,aku melintasi tempat student sdg study group.Yang aku hairan,majoriti yang sdg study adalah berpasangan,seorang lelaki dan seorang perempuan.Hemm..aku bersangka baik,study barangkali..(atau sdg study bersama kekasih).Tapi aku teringat,bahawa apabila berdua antara lelaki dan perempuan,maka akan ada yang ketiga yakni syaitan.Na'uzubillah..Mereka study tepi surau jer,tapi aku lihat mereka masih sibuk dengan study mereka.Aku terlintas,mungkin mereka ini lebih mulia daripada aku.Mereka lalai dengan perkara dunia lantaran kejahilan mereka tetapi aku ini melakukan maksiat dan dosa dalam keadaan aku mengetahui.Astaghfirullah..
Sepatutnya aku mengajak mereka solat bersama-sama.Tapi aku tiada kekuatan itu..Ya Allah..

Di surau aku melihat ada kanak-kanak yang solat di saf belakang.Alhamdulillah.Moga kalian ini menjadi pemuda yang soleh.Amirul dan 3 adiknya,dan juga beberapa yang lain yang selalu ada di surau itu.Kadang-kadang mereka leka bergurau sesama mereka.Huhu..lawak juga tengok.Bertuah ibu bapa mereka kerana boleh mendidik anak dari kecil lagi dengan Islam.Aku berasa hinanya diri ini berbanding kalian wahai kanak-kanak.Kalian ini umurnya muda,sedikit dosanya berbanding aku yang umurnya banyak,namun dipenuhi dengan dosa dan mungkar.Astaghfirullah..

Separuh yang solat jemaah di surau adalah pak cik yang telah lanjut usianya. Pak Lang,Pak Cik Din dan lain-lain.Pak Long dan Pak Cik Pa yang selalu melawak dengan aku.Semalam dia suruh aku belanja semua kat kedai kopi malam ni kalau Kelantan kalah kepada Negeri Sembilan.Aku menyahut cabarannya dalam gurauan.(Haha,,padahal aku pun duit x cukup).Itulah meriahnya suasana bila bersama dengan orang lebih berusia.Dan aku terhina diri ini jika dibandingkan dengan mereka yang lebih tua ini.Mereka hidup lebih lama dariku,amalan mereka lebih banyak sebelum menghadap Allah.Sedangkan aku ini leka dibuai mimpi indah sebagai anak muda.Mereka kuat jiwa,Subuh boleh hadirkan diri solat jemaah.Aku...amat payah untuk bangkit awal dan solat di surau.Lemahnya iman dan amalku berbanding mereka.Aku malu..

Berjumpa dengan mereka yang berilmu seperti Ustaz Asri membuatkan diriku lagi hina rasanya.Aku ini yang kurang ilmu,tambah dengan malasnya menuntut ilmu agama.Aku perlu berubah..Terserempak dengan seorang pemuda ini,dipanggil Bilal sahaja.Seorang anak muda yang aku hormati.Dia pernah menegurku supaya boleh hadir selalu untuk solat subuh jemaah.Aduh..lemahnya imanku..Pernah bercerita kepadaku yg dia pernah bermimpi melihat azab kubur.Entah betul atau tidak,namun dirimu bertuah anak muda,mendapat kesedaran yang mendalam kepada Islam.


Aku terfikir,bisakah aku istiqamah dalam perkara baik??
bisakah aku mengawal hawa nafsu dari perkara mungkar??

Aku hanyalah seorang hamba yang amat hina..

No comments: