Friday, November 27, 2009

Bayangan Maut


Kemuncak kepada ibadah haji adalah pada hari ini,9 Zulhijjah di mana jemaah haji akan wukuf di 'Arafah dan hari ini disunatkan berpuasa.Sememangnya ibadah haji adalah satu perjumpaan agung bagi umat Islam dari seluruh dunia yang berkumpul di bumi Makkah Al-Mukarramah tidak kira apa bangsa,warna kulit dan bahasa,semuanya berada di sana menyahut seruan ibadah haji dari Allah.Mereka adalah tetamu Allah yang mulia.Dan aku mengharapkan aku juga akan menjadi tetamunya-Nya suatu hari nanti.

Teringat suatu khutbah Jumaat ketika aku kanak-kanak dulu,imam menyebut tentang ibadah haji adalah seolah-olah bayangan saat kematian kita.Kenapa begitu ??

Kita boleh tengok ketika musim haji,lapangan terbang penuh dengan manusia yang mahu menghantar sanak saudara mereka yang mahu pergi haji.Kadang-kadang yang pergi hanya seorang,tetapi yang mengiringi sampai 30 orang.Tu yang jadi sesak sangat.Dan akhirnya hanya dia seorang sahja yang berlepas pergi.Samalah juga bila kita melihat suasana bila seseorang itu meninggal dunia,ramai sanak saudara dan rakan taulan yang mengiringi jenazah ke kubur,akhirnya tinggallah mayat itu keseorangan di dalam liang lahad.

Yang mengiringi jenazah ke kubur itu ada tiga.Dua darinya akan  pulang,hanya satu yang akan tinggal bersama-samanya.Harta dan saudara mara akan pergi ke kubur bersama-sama,namun akan pulang setelah selesai pengebumian.Yang akan tinggal bersamanya hanyalah amalannya.
Berapakah nilai amalan kita sekarang???

Setiap Muslim yang mengerjakan haji atau umrah mestilah berada dalam keadaan berihram.Kita lihat kepada pakain ihram,semuanya putih dan setiap orang sama sahaja jika dlihat.Tidak kira siapa dia sebelum ini,baik raja mahupun menteri,profesor atau petani,doktor atau nelayan,Dato' atau Tan Sri,semuanya sama sahaja di sisi Allah.Semuanya akan sama taraf bila menghadap Allah Ta'ala.Pakaian putih itu jugalah yang bersarung di badan.

Begitu juga apabila kita meninggal dunia,kain kafan yang putih juga akan membaluti tubuh kita.Tidak kira sutera atau apa yang mewah di atas dunia ini,kita sama sahaja di liang lahad.Taraf kita sama sahaja di sisi Allah,yang beza adalah amalan dan ketaqwaan kita.

Kemuncak ibadah haji adalah wukuf di padang 'Arafah.Melihat jutaan manusia berkumpul di situ membuatkan kita terfikir,bagaimanakah suasananya nanti apabila kita dikumpulkan di Padang Mahsyar nanti.Seluruh manusia sejak dari zaman Nabi Allah Adam sehinggalah umat akhir zaman,seorang pun tidak akan tertinggal.Semuanya akan dikumpulkan di sana,berada dalam kekalutan menunggu saat dihisab.Astaghfirullah.

Itulah dia bayangan maut yang sentiasa berada dekat dengan kita.
Sudahkah kita bersedia????

No comments: