Friday, December 23, 2011

Kasih Ibu dan Nenek..

NENEK

Setiap hari cucu-cucu akan datang ke rumahnya.Dijaga dan dimanja cucunya yang ramai itu.Sebelah rumahnya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam tempat cucunya yang ramai itu belajar.

Setiap hari disediakan nasi dan minum untuk cucunya.Seronok dan gembira cucunya yang lebih kurang sebaya itu bermain bersama.Ala,budak-budak biasa la kan.Zaman yang seronok dan gembira.Kadang-kadang disakat oleh datuk mereka.

Kini si nenek telah nyanyuk ditelan usianya yang kian meningkat.Setelah pemergian si datuk,nenek agak sunyi.Cucunya yang ramai itu selalu datang ziarah bila pulang ke kampung.

PEMERGIAN

Satu hari cucunya mendapat berita pemergian si nenek.Telah sampai masanya untuk menghadap Allah.ada yang sempat balik,ada yang hanya mampu untuk solat jenazah ghaib.Pemergian seorang nenek dirasai.

Dalam pemergian si nenek,anak-anaknya menguruskan jenazahnya.Namun di sana,seorang anaknya sedang terlantar di hospital menanti untuk pembedahan.Hajatnya tidak mahu dikhabarkan kepada si anak itu kerana ia akan dibedah nanti.Tidak mahu diganggu emosinya.

Tapi ikatan hati seorang anak dan ibu adalah istimewa.Mereka pernah bersatu berkongsi sumber makanan dan protien ketika si anak dalam perut si ibu.Petang itu si anak di hospital tiba-tiba berkata:  

 "Rasa-rasanya macam mak telah pergi..."

Kenapa tiba-tiba diungkap ayat itu.Kata si anak, 

"Gerak hati ini merasakan begitu".

Maka benarlah kata hati si anak itu.Bersabar dan solat jenazah ghaib si anak untuk ibunya.

Hebatnya kasih sayang ibu dan anak-anak.Bersemadilah si ibu dan nenek itu diiringi doa dari anak cucunya.



Sunday, December 11, 2011

Malasnya nak membaca..

BUKU???

Sangat suka membeli buku..namun nak habiskan membacanya lama la sikit..
Ada lebih 10 buah buku lagi yang belum dibaca..

Dengan teknologi yang ada sekarang ini,buku seolah-olah sudah terpinggir..Namun bagi saya tidak begitu...

Membaca bahan bacaan di komputer,laptop,telefon pintar atau mana-mana gajet terkini tidak sama dengan membaca di buku..Mengulang kaji pelajaran dengan melihat slide di komputer tidak sama dengan membaca nota yang kita tulis..

Kerana di buku itu ada rohnya tersendiri yang tidak ada pada gajet..

Perlu diingat juga tujuan membaca itu apakah ia??

Membaca dan menambah ilmu adalah bertujuan untuk supaya lebih bertambah iman dan ketaqwaan pada Allah.Supaya makin tunduk dan patuh padaNYA..

Bukanlah dengan banyak membaca dan banyak ilmu menyebabkan diri menjadi sombong dan angkuh di muka bumi Allah..Bukan untuk merasa riyak dan ujub dengan kelebihan ilmu yang ada..Hati-hati dengan HATI...

Dan bahan bacaan yang paling hebat dan wajib dibaca setiap hari adalah Al-Quran..Inilah bahan bacaan yang tidak akan pernah bosan dan boring untuk kita membacanya...Sentiasa segar dan tenang membacanya tidak kira berapa kali dibaca..Jangan tinggalkan bahan bacaan ini teman-teman....

surat cintaNYA






Tuesday, December 6, 2011

Sibuk menandakan anda HIDUP

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam kebangkitan Islam...

Anda sibuk atau tidak hari ini???
Jadual anda dipenuhi dengan aktiviti atau tidak pada minggu ini???
Plan bulan ini sudah tersusun penuh ke??

Kadang-kadang kita mengeluh kerana sibuk...Sibuk dengan apa pun kita tak tahu...Sibuk sebenarnya satu bukti yang menunjukkan anda HIDUP!!!

Orang yang sibuk biasanya jadualnya akan tersusun,Dia akan mengatur lebih awal perancangan dan aktivitinya untuk minggu dan bulan itu.Maka segala aktivitinya tersusun dan teratur.Walaupun begitu padat dan sesak nafas dengan aktiviti yang penuh,tapi itulah KEHIDUPAN.

Cuba bandingkan dengan mereka yang tidak sibuk..Yang kerjanya bangun,tidur,makan,main game di komputer,tengok movie,selepas itu tidur balik...apalah erti kehidupan bagi mereka yang jadual sehariannya sebegitu sejak dari darjah 3 sampai masuk kampus..

Maka bersyukurlah bagi mereka yang sibuk kerana anda sebenarnya HIDUP...

Namun,dalam kesibukan anda itu,jangan sesekali dilupakan kewajipan kepada Allah dan agamaNya.

Sibuk sangatkah kita sampai tidak sempat untuk solat berjemaah di rumah Allah??
Sibuk sungguh kita sampai langsung tak sempat untuk mendengar kuliah agama seminggu sekali???
Sibuk amat kita ini sehingga tidak ada masa nak baca Al-Quran semuka sehari???
Sibuk sekali kita sampai tidak ada masa untuk membantu agama Allah??

Maka,perbaiki kesibukan itu supaya selari dengan redha Allah..Biarlah sibuk kita yang mendapat pahala,bukan sampai meninggalkan redha dan cinta Allah...

Jom sibukkan diri kerana Allah...

mereka yang sibuk

Thursday, November 17, 2011

Tanya sama pokok...

Tanya sama pokok....Apa sebab goyang....

Assalamualaikum..

Pokok ini...

wah..pokok....


Pokok ini terus besar sebeginikah?

Atau ianya berasal dari yang ini...

Anak pokok....





Inilah asalnya dahulu..Kecil dan pendek...daunnya sedikit..Ranting dan dahannya kecil..Akarnya masih belum kuat...

Tapi setelah beberapa tahun,dengan penjagaan yang baik,baja dan air yang cukup,ia membesar dengan baik dan akhirnya jadi pokok yang besar tadi.

Itulah kitaran kita manusia.Bermula dengan kecil dan tidak tahu apa-apa.Namun dengan penjagaan yang baik,membesarlah kita dengan baik..

Apa yang kita sedang buat sekarang akan menentukan siapa kita pada masa kan datang...
Belajarlah berubah dari sekarang..
Jangan bertangguh.....

Sunday, November 13, 2011

Rumah Yang Menenangkan

"Bila saya masuk ke rumah itu,terasa ruh tarbiyyah.Ada ketenangan di rumah itu.Kenapa ye???"

Seorang sahabat bertanya kepada saya,selepas kami menziarahi rumah seorang sahabat saya.Saya berfikir sejenak sebelum menjawab soalannya.

"Apa kira rumah yang setiap hari dibaca Al-Quran,diajar ilmu Al-Quran,tinggal di dalamnya tidak tenang??"

Saya menjawab soalannya dengan soalan juga.

Sudah anda baca AQ hari ini???
Ya,sememang begitulah rumah itu dihidupkan.Saya tahu sangat tentang perkara itu.Mungkin kerana itulah terasa tenang bila masuk ke dalamnya.

Rasa serabut???
Banyak masalah???
Anda mahukan ketenangan???

Amalkanlah perkara di atas.Bacalah surat cinta Allah setiap hari.Bisingkan rumah dan bilik kita dengan bacaan Al-Quran dan perkara yang mengingatkan kita pada Allah.Bukan lagu cintan cintun semata-mata.

Sudah terbukti petua ini..hehe..


Friday, November 4, 2011

Gay dan Lesbian..Jangan Rasa Biasa..

SEKSUALITI MERDEKA

Atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi,maka tiba-tiba berlangsungnya program ini.Entah dari mana datangnya.Apa program ini???

Entah lah..namun apa yang diketahui,ia berbentuk seminar,pameran dan lain-lain berkenaan dengan hubungan sejenis,baik lesbian,gay mahu pun biseksual.

Pak Mat penoreh getah tahu ke apa itu biseksual??

Mak Cik Minah penjual nasi lemak tahu ke apa itu gay??

Itu pun tak pasti..mungkin mereka tak tahu..munasabah untuk mereka tak tahu perkara luar biasa dan luar angkasa norma manusia ini..

Namun suatu kejanggalan jika kita anak muda tidak tahu dan tidak berasa apa-apa yang pelik bila ada orang memperjuangkan perkara di luar angkasa manusia ini.

TAK PEDULI

Anak-anak muda yang kononnya intelek,bijak dan cerdik pandai.Janganlah berdiam diri dan ralit sangat dengan permainan Angry Bird itu.Cukuplah berlatih strategi perang dalam Red Alert tu.

Jom lihat dan hayati sejenak apa yang berlaku di sekeliling.Jangan berasa biasa dengan kemungkaran yang berlaku di sekeliling.Hati kita kena terdetik untuk membenci dan membenteras kemungkaran.Kalau hati rasa biasa,bahkan kalau redha dengan kemungkaran yang berlaku,terimalah saham dosanya di sana nanti.

Di sana ada segolongan manusia yang sedang melanggar norma kehidupan.Mereka menyongsang arus atas nama kebebasan hak asasi.Memperjuangkan kebebasan untuk berpasangan sesama jenis,lelaki dan lelaki,perempuan dengan perempuan,malahan dua-dua jantina pun boleh.

Jangan dianggap biasa wahai teman.Jangan buat tak peduli.Kita mesti peduli.Sekurang-kurangnya mesti membenci dengan hati.Ini bukan perkara main-main.

Jangan sampai tanah air kita ini ditimpa bala disebabkan ketidakpedulian kita,
Jangan tunggu anak cucu kita rosak akhlak dan sistem nilai mereka.

Tahniah pihak PDRM yang tegas dalam soal ini.Pihaknya telah mengarahkan penganjur memberhentikan segera program tersebut atau berdepan tindakan.Ini yang kita mahukan.Semua pihak mesti bersatu dalam soal melibatkan kepentingan sejagat.

TIADA KEBEBASAN MUTLAK

Tidak ada kebebasan mutlak di atas muka bumi ini.Yang ada hanyalah kebebasan bersyarat.Andainya kebebasan itu mutlak,maka selepas ini mencuri,merogol,berzina dan lain-lain lagi kemungkaran akan diperjuangkan atas nama kebebasan hak asasi.

Kita tidak mahu begitu kan teman..

Kebebasan yang terbabas,akan merosakkan dan membinasakan.Setiap perkara ada aturan dan peraturannya.Itu sunnah alam.Jika tidak,akan rosak binasalah seluruh kehidupan.

sedih dengan dosa-dosa..sayu melihat kehancuran akhlaq...Ya Allah,perbaiki akhlaq kami..
Kembali kepada fitrah...

BIAR KITA BEBAS DALAM LINGKUNGAN SYARIAT,JANGAN TERBABAS.


Tuesday, November 1, 2011

Kasih..

Teringat kepada seseorang yang kita sayangi..
Itu lumrah...fitrah..

Lama tak mendengar khabar dia..
Sihatkah dia?
Macam mana kehidupan dia sekarang?

Allah akan sentiasa memelihara dia..
Berdoalah kepada Allah..

Aku rasa rindu..

Bila nak contact??

Wednesday, October 19, 2011

Sahabatku Pena Rayyan

PENA RAYYAN...

Nama pena seorang sahabat siswa saya di kampus.Senior setahun dalam pengajian.
Kenapa saya menulis tentangnya???

Kerana dia adalah sahabat saya.Apa yang saya boleh katakan,saya sangat seronok bersembang dan berkongsi pandangan dengan beliau,walaupun pandangan kami adakalanya berbeza.Namun yang berbeza itu membuat saya lebih menghargai persahabatan kami.

Tulisan beliau di blognya sangat menarik dan penuh ilmiah.Pandangan yang pro dan kontra serta analisis yang mendalam.Seorang yang berprinsip dan ada pendirian yang teguh akan sentiasa dihormati.Itulah Pena Rayyan.

Selamat maju jaya sahabatku..Teruskan perjuanganmu..







Friday, October 14, 2011

Sangkaan???

Selalu sangat dan terlalu mudah untuk kita meletakkan apa sahaja sangkaan pada sesiapa sahaja yang kita mahu..

YA!!! Terlalu mudah..

Zaman Sekolah,naqib berpesan pada saya.Sangkaan itu ada dua,pertama SANGKA BAIK,duanya SANGKA BURUK.

Sangka baik itu adalah baik,namun biasanya manusia cenderung untuk bersangka buruk.

Menghukum orang lain tanpa soal selidik,tidak ditanya terlebih dahulu perkara sebenar,terus dijatuhkan hukuman mandatori,maka berjayalah sangka buruk tadi terus menjadi keputusan muktamad.

Anda dihukum 'gantung' sampai 'MATI'.


Jangan sampai menyesal dengan perlakuan begini.

bila nak merasa ni??

Tuesday, September 27, 2011

Tahun Akhir

Alhamdulillah,berada di tahun akhir pengajian di kampus.
Masa itu sangat cepat berlalu.
Kehidupan itulah masa..

Setiap orang diberi umur kehidupan oleh Allah,berbeza tempohnya..
Dirahsiakan bila saat nafas akhir manusia untuk diuji..
Adakah benar-benar beriman atau tidak..

Banyak perkara perlu dilakukan...
Banyak tugas perlu diselesaikan...
Banyak amanah perlu dilaksanakan..
Banyak x 3...

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita..

tingginya dia ini...hehe

Sunday, September 18, 2011

Sahabat..

"Walaupun hanya sebentar bersama Syabab, namun mengajar Sharif erti keikhlasan dalam bersahabat dan berukhuwwah"

Terdiam diri seketika..memang ada keindahan dalam persahabatan. Tanyalah pada sesiapa pun, andai mempunyai sahabat sejati, akan terasa ketenangan dan indah berukhuwwah.

Akan indah dan manis lagi persahabatan itu jika berada bersama-sama di dalam perjuangan Islam. Jaulah Ramadhan dan Jaulah Syawal sangat berkesan dalam hati dan jiwa saya.Terlalu banyak ilmu dan pengalaman dari insan-insan yang penuh dengan pengalaman hidup.

Biar gambar bercerita..


Tuesday, September 13, 2011

Dia pergi..

Pertama kali saya bertemu dengannya,seolah-olah ada ketenangan pada wajahnya.Ada pesona pada gayanya.Bukan dibuat-buat,namun itulah gaya aslinya.

Memang seronok bersembang dengannya.Sangat matang dan tenang.Hebat cahaya iman seorang yang ada di dadanya Al-Quran.Patutlah dia nampak begitu tenang dan cool.

Setahun tak berjumpa,saya bertemu dengannya kembali.Banyak perkongsian tentang dunia dakwah dan tanggungjawab dakwah.Indahnya bersahabat,indah lagi jika bergelumang di medan perjuangan bersama-sama.

Kina berpisah kembali.Dia sudah pergi ke bumi Kinanah untuk meneruskan cita-citanya.Saya terasa sangat merindui dan menyayanginya,InsyaAllah kerana Allah.

Semoga dirimu dirahmati Allah sahabat dan adikku ini.




Tuesday, September 6, 2011

Aku rindu...

Tempat yang saya rindui...


Tempay yang tenang dan menenangkan saya.Sungguh alam itu indah.indah lagi MAHA PENCIPTA.

Ampunkan aku Ya Allah

Tuesday, August 23, 2011

Saya Tenang..

"Abe Ju minta sambung ke mana lepas ni?"

"Abe minta pergi Darul Quran."

Itulah naqibku yang pertama,Zool Amali.Aku kenal usrah pun melalui dia.Seorang insan yang sangat aku kagumi dan sayangi.

Sewaktu pertama kali melawat Darul Quran KKB,Abe Ju yang menyambut kedatangan kami.Ya Allah,indah dan tenangnya suasana di tempat ini.Sangat-sangat..

Bermula situ,sangat ingin nak sambung belajar di sini.Semangat tu..hahaha..

LEPAS PELUANG

Waktu SPM,berebut-rebutlah aku dan rakan-rakan untuk mendapatkan borang untuk ke Persijilan DQ.Borang terhad,yang nak pohon ramai.Akhirnya dapat juga.Yeah..hehe

Hadirlah ke temu duga dan berjaya ditawarkan masuk pada awal 2007.Tapi apa benda yang aku fikirkan,tak pergi juga DQ.Hahaha..pelik dan hairan..Tapi hati ini sangat sayang kepada bumi yang tenang itu..



SEKALI LAGI

Baru-baru ini sempat juga berkunjung ke sana walaupun seketika.
Dapat juga merasai ketenangan suasana di situ.
Menumpang keberkatan tempat huffaz Al-Quran.

Terima kasih buat adik Hasnan sudi layan tetamu,sahabat teman musafir dan sahabat di sana,Ustaz Fakhrur.Moga dirahmati Allah.







Monday, August 22, 2011

SILAPKAH??

Aku tersedar banyak silap langkahku sebelum ini...Terlalu banyak...

Melibatkan terlalu banyak pihak dan perkara yang penting,,,

Muhasabah diri...

Islahkan keadaan yang telah berlaku...

Ya Allah..bantulah aku...


Ya Allah,sembuhkanlah..

Ya Allah...

Sembuhkanlah hati itu...

Rawatlah ia dengan sinaran taqwa..

Kuatkan ia dengan iman dan amal soleh...

Ya Allah..hanya padaMU aku bermohon...


Allah,,,ampunkan aku...

Saturday, August 20, 2011

Lamanya...

Assalamualaikum warahmatullah..

Lama rasanya laman ini aku biarkan sepi...

Terlalu banyak perkara yang berlaku...

Aku rasa sudah sampai titik perubahan dalam hidup..

Ramadhan kali ini Allah mahu tunjukkan sesuatu kepada aku...

Maafkan aku wahai sekalian manusia yang aku pernah lukakan kalian,,,kepada sekalian insan yang pernah aku lakukan kesilapan..

InsyaAllah akan aku sertakan bersama pengislahan diri...

-ITIK KUNING MENCARI IDENTITI-

aku tidak terurus...

aku ingin berenang ceria...