Wednesday, April 27, 2011

Sudah daftar sebagai PENGUNDI??

Semalam pihak universiti telah membuka kaunter untuk pendaftaran pemilih untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya.Suatu insiatif dan usaha yang baik dari pihak pentadbiran.

Masih ramai anak muda yang cukup umur pengundi yang masih belum mendaftar segabai pemilih.Pelbagai alasan diberi.

"Saya tak minat la politik ni"

Ish..payah faham sungguh dengan orang macam ni.Orang bukan suruh kamu sertai politik,atau suruh kamu jadi ahli politik.Cuma minta tunaikan kewajipan kamu sebagai warganegara je.Daftar mengundi dan mengundi dalam Pilihan Raya.

Ia adalah satu keperluan.Faham apa itu keperluan?Macam makan la..Ada orang yang tidak minat makan.Tapi bolehkah dia tak nak makan?Dia mesti makan juga untuk hidup kerana itu keperluan.

Sebagai warganegara Malaysia,mengundi dalam pilihan raya adalah keperluan untuk memilih tampuk pemerintahan negara yang tercinta ini.Jadi minat atau tidak persoalan lain,tapi TUNAIKAN KEWAJIPAN MENGUNDI.Untuk mengundi,mestilah mendaftar sebagai pemilih dulu yer...

"Saya sorang je tak mengundi,tak terjejas pape la"

Penat juga dengan pegangan begini.Andaikata 27 juta rakyat Malaysia hari ini berpandangan begitu,maka tiada siapa yang akan mengundi dalam pilihan raya kot.Lebih baik tak payah buat kan.

Cuba bayangkan pada hari perkahwinan kamu,semua orang yang kamu jemput berpandangan begitu.Maka tiada siapalah tetamu kamu yang datang pada hari perkahwinan kamu.Tinggallah pengantin sahaja memakan gulai seekor lembu itu.Sebulan tak habis tu...

"Politik kotor,tak mahu ambik tahu lah"

Betulkah politik kotor?

Atau orang politik yang mengotorkan politik itu dek tangan-tangan kotor mereka?

Politik itu adalah secara mudahnya adalah cara dan sistem pemerintahan (walaupun maknanya lebih luas).Rasulullah S.A.W pun terlibat dalam memerintah negara Islam pertama di dunia yakni Madinah.

Jadi kotorkah politik itu?

Tidak..politik tidak kotor.Tapi ahli politik yang kotor pemikiran dan tindakannya yang melakukan perkara di luar batasan agama dan norma serta adat masyarakat yang mengotorkan politik itu.

Maka untuk memastikan pemimpin kita bukan orang yang 'kotor',sewajarnyalah kita mengundi dan memilih pemimpin yang 'bersih' untuk memerintah negara kita.Untuk mengundi,perlulah daftar sebagai pemilih dahulu,..

"Saya tak nak peduli soal ini"

Rakyat sendiri tak nak tahu ambil tahu siapa pemerintah mereka.Tak nak ambil peduli kan.Yang mereka peduli,dapat kerja,makan,tidur,berhibur dan macam-macam lagi.

Tahu atau tidak,yang jaga ekonomi negara kita,peluang pekerjaan,pendidikan anak-anak kita (dah ada anak ke?),dan seribu satu macam lagi adalah kerajaan dan pemerintah.

Kalau kita tak peduli soal pemerintah sendiri,macam mana mereka nak memerintah dengan baik?

Siapa nak hargai jasa dan pengorbanan mereka?

Atau kalau mereka khianat dan songlap duit negara,siapa nak tegur dan tegakkan kebenaran?

Jadi,kita mesti ambil peduli.Jangan amalkan mazhab TIDAK PEDULISME.

Kalau dah rakyat sendiri tak nak peduli siapa pemerintah negara mereka,baik bagi orang lain je perintah negara ini.Kan senang.

Negara sudah merdeka,namun minda belum merdeka.Inilah contohnya.

Untuk itu,diseru kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih,segeralah daftarkan diri anda di Suruhanjaya Piliahn Raya (SPR) atau pun di Pejabat Pos.

Dan malam esok 28 April di kafe Pak Cik Mat Semarak,pihak universiti membuka kaunter pandaftaran pemilih.

Silakan hadir sesiapa yang belum mendaftar.Sila bawa kad pengenalan anda.

Tahniah dan syabas pihak UniMAP atas usaha murni.

{Sekadar pandangan diri sendiri.Jika nak berkongsi pandangan,sila komen terus}



Terima Kasih..

Nokia: "Aku ini banyak dosa.."

Samsung: "Nokia,tegaskan diri,kena kuat dalam mencari ketaatan pada Allah.Godaan nafsu dan bisikan syaitan akan jadi penghalang."

Nokia: "Sukar sahabatku...bila bersendiri,mudah buat doa"

Samsung: "Susah atau malas lawan bisikan nafsu dan syaitan? Jangan terlalu manjakan nafsu.Macam mana kamu mahu tegakkan Islam dengan sikap manja ini?"



Sangat terkesima dengan pertanyaan samsung..ye,memang nafsu ini selalu dimanja dan dibelai..malas melawan nafsu..berasa seronok dengan kesoronokan dunia yang sementara..

Terima kasih Samsung..seorang sahabat yang sangat baik dalam menegur dan menasihati sahabatnya ini..Semoga Allah merahmatimu,memberkati umurmu..Selamat Hari Lahir sahabat...


"Moga jadi muslimin soleh.Walaupun susah nak dapat syahid,moga dapat jadi muslimin yang dapat majukan dan bangkitkan Islam!dan dapat bagi sumbangan pada agama!"

Tuesday, April 26, 2011

Senyum Sendirian..

Kita selalu senyum...

Kadang-kadang senyum sendirian..

Bukan kadang-kadang,selalu je..hahaha...

Kerana kita geli hati,maka kita gelak dan suka sendirian..hihik...

Maaf kepada tukang komen di blog saya yang saya padam komennya..kerana komen itu terlalu kelakar dan geli hati,tidak sesuai untuk tontonan umum..hehe...

hehe


Wednesday, April 20, 2011

Orang Baru..



Alhamdulillah....

Selamat mendapat anak saudara yang ke 5..
Nama pun belum ada lagi..seorang bayi perempuan,,,

Semoga menjadi hamba-Nya yang bertaqwa,anak yang solehah..

-nak balik rumah sekarang...-

Sunday, April 17, 2011

Kelegaan..

menangis dan mengadulah pada Allah...Dia Maha Mendengar..
Alhamdulillah..Segala puji dan puja bagi Allah..

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..Esok peperiksaan akhir sem ini..Terasa ringan kepala ini..Apa bende nak jawab esok ni..hehe...

Apa pun perkara yang sangat penting yang saya dapat hari ini adalah

"JANGAN CEPAT MENGHUKUM"

Perlu belajar lagi bagaimana mengawal emosi dan mengurus tekanan..

Apa pun masih ada rasa bersalah pada sahabat dan orang-rang tertentu,,Diri ini memohon maaf pada sesiapa sahaja yang ada saya buat salah pada kalian.Jika ada perkara yang mahu dituntut,sila hubungi dengan segera..

Terakhir buat sahabat mayaku Amir,daku pohon maaf segala salah dan silap.Moga Allah memberkati kita semua.

mentari terbenam bukan bermakna ia tidak datang lagi..




Budak Kecik

"Adik ni umur berapa ye? Bagusny adik.."

"Sudah umur berapa adik? Kecil-kecil dah hafal Quran,bagus dik.."

Dan hampir setiap kali terserempak dengan orang,itulah soalan yang ditujukan pada Muaz,adik kecil berumur 11 tahun itu.Dalam umur semuda itu sudah menghafal 23 juzu' dari Al-Quran,itu sudah cukup membuatkan abang-abang yang tua ini berasa malu.

Popular la hang yer Muaz..sampai tak larat kami nak jaga hang..



"Dulu saya dan rakan seangkatan dengan saya menghafal Al-Quran di bawah pelita.sahabat saya ada lilinnya.Ada juga sahabat saya yang menghafal di bawah tiang lampu pada malam hari.Itulah sukarnya kami dahulu.

Antara soalan yang ditanya pada saya..'Kamu ini ambil bidang hafal Al-Quran,kamu nak makan apa nanti?Kamu nak kerja apa?'

Ada pun saya tidak pernah pun mengimpikan yang saya hari ini adalah Imam Besar Masjid Negara.Inilah benarnya bahawasanya Al-Quran itu kaya,tidak ada kefakiran bersamanya."

-perkongsian cerita oleh Tuan Imam-

Saya mendoakan seorang adik itu akan berjaya dalam hidupnya,jaga Al-Quran baik-baik dalam dadamu,hayati dan amalkannya..moga adik anak soleh,walaupun ibu bapamu sudah tiada..


Apa lagi selepas ini

Ya Allah..fitnah apa yang melanda ini...

Andai ini kaffarah dosa-dosaku,maka ampunkanlah dosaku 

Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun..

-Bersabar duhai hati..Allah akan tunjukkan kebenaran-

Saturday, April 16, 2011

PesAn BuMI

Setiap hari kita berjalan,berlari di atas muka bumi ini.Di atas tanah yang kita jarang merenung dan menatapinya..

Namun kita lupa bahawa bumi yang kita pijak itu pernah berpesan kepada kita..

Pesan BUMI

1. Wahai anak Adam,kamu bergelak ketawa dan berseronok dia atasku,namun pada suatu masa nanti jangan lupa yang kamu akan menangis di dalam perutku ini..

2. Kamu berjalan di atasku,tetapi ingat tempat tinggalmu kelak adalah di dalam perutku jua..

3. Kamu makan daripada pelbagai jenis makanan yang ada di atasku,tapi kelak kamu akan dimakan dan diratah ulat di dalam perutku..

4.Kamu berbahagia di atasku dan seterusnya kamu akan bersedih di dalam perutku nanti.

5.Kamu berbuat dosa dan maksiat di atasku dan kamu akan diazab di dalam perutku juga akhirnya...


beringatlah dengan godaan dunia,,banyaknya dosa...


Friday, April 15, 2011

Sahabat..


Dua minggu lalu sempat menziarahi sahabat..

Minggu lalu mereka pula datang menziarahi saya di utara ini..Terima kasih atas kunjungan mahabbah kalian..

Syazwan dan Nazri




Add caption





Tuesday, April 12, 2011

Pengalaman Indah

Assalamualaikum...

Seminggu bermusafir ke Kuantan memberi pelbagai pengalaman manis.Terima kasih kepada teman-teman musafir.Ustaz Syahrudin,Ustaz Mahathir,Abang Mazlan,Majdan dan Muaz.Seronok bersama kalian semua.

WAJAH BERSIH

Dibawa ziarah ke Maahad Tahfiz Negeri Pahang.Subhanallah,sejuk hati melihat para huffaz.Nur di wajah mereka bagai memberi satu ketenangan dan kedamaian.Bertemu juga dengan para huffaz dari seluruh negara yang mewakili negeri masing-masing.Hebat dan mantap.

Di Maahad itu,mereka dilatih dengan penuh disiplin.Sekolah itu juga pernah mendapat pencapaian kedua terbaik dalam peperiksaan PMR.Sukan mereka adalah memanah dan berkuda.Ikut sunnah Nabi tu..hebat..


LAWATAN

Singgah di Pusat Tenun Diraja Pahang.Melihat bagaimana proses tenunan dilakukan.Satu perkara yang sangat penting.teruji keSABARan.Kalau rasa nak uji kesabaran,memang sesuai la nak mencuba menenun.

Sempat juga saya bertemu cikgu lama saya.Bersembang panjang dengan dia memberi satu kegembiraan.Seronok berbual dan berkongsi pandangan cikgu.Semoga Allah berkati cikgu.

Pada malam terakhir sempat bersua dengan sahabat lama Abdul Rahman Fauzi yang akan melaksanakan walimah beliau bulan Jun ini,insyaAllah.Mabruk akhi,,

KENANGAN

bersama adik Muaz dan Majdan

Muaz bersama dengan ustaznya,Ustaz Syahrudin

bertemu Ustaz Abdul Baari..lama tak dengar suara ustaz mengaji
bersama adik Rashid Ridha

budak nakal...hehe..
PESANAN

Pesan Imam Masjid Negara...

"Menghafal Al-Quran ketika kecil umpama mengukir di atas batu,tapi jika menghafal ketika tua umpama mengukir di atas air."

Pesan beliau juga.."Al-Quran itu kaya,tidak ada kefakiran bersamanya"

Sangat terkesan dengan beberapa taujihat dari beliau.

Friday, April 8, 2011

Keputusan Majlis Menghafaz Al-Quran Kebangsaan

10 juzu: 1.Kedah-kelantan 2.Kelantan-wilayah 3.Wilayah-pahang 20 juzu 1.Sabah-wilayah 2.Kelantan-melaka 3.Negeri sembilan-pahang 30 juzu 1.Kelantan-selangor 2.Perak-terengganu 3.Pahang-perak

Wednesday, April 6, 2011

Akhirnya..

Alhamdulillah.. Selesai sudah..banyak hikmah yang dapat..sesuatu yang tak pernah diduga.. Merasa gembira kerana dapat mengembalikan semangat dan roh tersebut..Setelah sekian lama sepi membisu terkurung,akhirnya kedatanganku ke sini mengejutkan semangat yang tidur itu..tidur yang sangat nyenyak.. Syukur sangat pada Allah atas kurniaan ini.. Aku cinta Al-Quran..