Thursday, November 25, 2010

Ujian

"Bila ujian datang,fikir balik kesilapan apa yg kita lakukan.Kemudian bertaubat kepada Allah.InsyaAllah,tenang selepas itu." -mesej sahabat.


Tatkala diri berserabut,mendapat peringatan serta merta.Seolah-olah macam tahu-tahu je diri ini sedang mencari ketenangan.

Terima kasih sahabat.

-bila nak habis exam ni-


Wednesday, November 24, 2010

Malunya diri ini.,

"Shah,kenapa awak sentiasa letak beg atas meja.Awak cukup pantang letak beg di belakang kerusi.Kenapa ye?" tanya saya pada rakan sekelas 5 Sc Madinah.

"Mm..Aman tahu,dulu pernah sekali saya bawa Al-Quran,letak dalam beg dan saya letakkan beg di belakang.Dan saya bersandar pada kerusi itu kan.Ada kawan saya datang dan berkata:{ Al-Quran itu awak letak pada punggung je? Takkan sampai begitu sekali.}.Selepas itu saya tak pernah lagi meletakkan beg sekolah saya di belakang.Lagi pun saya mahu keberkatan ilmu.Takkanlah buku saya nak letak tempat bersandar je kan."

Saya terdiam tanpa sepatah kata.

"Aman,siapa nama budak sekolah aman tu?"tanya seorang kakak.

"Oh..Nik Zaharuddin.Kenapa dengan dia kak?"

"Tak de apa.Akak kagum dengan dia.Dalam kekalutan manusia,dia masih boleh mengulang hafalan AQ."

Yer..sahabat sekelas tahfiz dengan saya itu memang seorang yang bersopan dan sangat menghormati orang.Sampaikan saya pun terasa segan bila berbicara dengannya.Saya pun akan jadi 'sopan' juga bila berbual dengannya.Hehe..


Baru saya mengerti,apa dikatakan salah satu ubat hati itu ialah sentiasa bersama orang yang soleh.

Bagi saya,mereka ini lelaki soleh yang tidak pernah menunjuk-nunjuk yang mereka ini baik dan soleh.Namun SOLEH itu diamalkan dalam kehidupan mereka.Walaupun pada perkara-perkara yang kecil.

Mungkin saya ini terlalu banyak bercakap,amal kurang.Namun sahabat saya jarang bercakap,tapi ada praktikalnya.Bertuah mempunyai sahabat yang baik.

Saya sayang sahabat-sahabat saya..

berkawanlah dengan semua orang...

Peace...

Cikgu Rosyidah..
Adik angkat,Nanoka..
family angkat
Honoka..
huhu..
Eiji san yang boleh cakap melayu..sikit2..

Saturday, November 20, 2010

Tiba-tibe terkenang...

Saja jer,terkenang 3 tahun lalu di bumi Kamikaze..

epal madu..

YAMAGATA Group..bendera kita hijau yer..
ni Rockers Yamagata bersama Eiji dan Aira..

mmm....

nanti nak upload lagi..

Gembira walaupun letih...

Sehari sebelum pulang hari tu pergi tolong mangsa banjir di Kedah.Pulang tengah malam,esok pagi terus naik bas.Malam tu pula liqa' bersama adik-adik Ma'had.

Namun dalam perjalanan pulang itu cukup gembira,tidak terasa segala kepenatan.Saja je nak kongsi gambar yang buat saya CERIA...


Terima kasih adik kecil yang menceriakan..

Sunday, November 14, 2010

My Brother..

Dewasa sudah dirimu..

Genap sudah umurmu 23..

Moga diri dalam rahmat Allah..

Selamat hari lahir my brother AMIR..

smart bro..

Wednesday, November 10, 2010

Anak-anak..

"Saif ada berapa adik beradik yer?",sapa Pak Man padaku.

"8 orang je Pak Man,saya anak ke 6"

"oh..mesti seronok kan"

"Anak Pak Man berapa orang ye?",aku saja bertanya sementara menunggu iqamat.

"Pak Man tiada anak Saif.Tiada rezeki Pak Man."

Saya terkedu sebentar.Silap soalankah??

Anak-anak itu rezeki.Juga amanah kepada kedua ibu bapa.Jangan khianati dengan mengabaikan didikan kepada mereka,lebih-lebih lagi didikan agama kan.

Ramai lagi yang tiada rezeki untuk mempunyai cahaya mata.Sebagaimana Pak Man yang saya kenali itu.Jangan khianati dan abaikan amanah yang diberi.

ibu,,ayah,,jangan tinggalkan daku...(gambar di yamagata,,hehe)


Jangan pandai buat anak sahaja,tapi tak pandai jaga..lalalalala..


Saturday, November 6, 2010

LEMAHNYA JIWA INI

"Maksiat itu melemahkan jiwa.."

Setuju..sangat bersetuju..

Merasai sendiri baru mengerti..

Ya Allah..

lemahnya jiwa ini..

kotornya hati ini...

Ingin dicuci hati ini..

Mahu saja dibersihkan ia dari karat-karat dosa..

Ya Allah,bantulah hamba-MU ini..





Hati ini tenang melihat wajahmu duhai anak kecil...
Syukran Muhamad Nukman Basyir...

Wednesday, November 3, 2010

BanJIr LaGi

oh perabutku sayang..
terima kasih la selamatkan kami yer..yaho...
yer..sape mahu santan,,cepat2..sebelum bercampur dengan air banjir..
automatik cuci kereta..jom..bawa kereta anda meredah banjir,dengan enjin sekali dicuci..
aduhai motor...senyum je brader ni..
pasukan beruniform..


Tuesday, November 2, 2010

Banjir di Perlis..

Selepas 2 hari di'kurung' di rumah kerana hujan yang tidak berhenti,akhirnya dapat juga bersiar-siar..hehe..

macam tasik..
motor main air..haha
jangan tiru aksi ini
yeeeehaaaa...
kereta api masih boleh beroperasi
jalan ditutup..
mana nak tinggal ni??