Thursday, November 12, 2009

Gadis Melayu..??

Gadis Melayu.Sebuah rancangan realiti tv yg dianjurkan oleh tv9 dalam usaha mencari GADIS MELAYU SEJATI.Saya tidak berminat dengan rancangan ini.Tengok pun tidak.Cuma kawan-kawan bagitau pemenang baru ni adalah budak satu matrik dengan kami dahulu.Aku tak pernah kenal dirinya,sama la dia pun.

Saya terbaca ada orang kata pemenang gadis melayu ni mesti bertudung sebab sudah dua musim yang menang adalah bertudung.Maka jawab juri-juri yang beragama Islam itu,tidak semestinya gadis melayu itu bertudung.Kita melihat kepada keseluruhan aspek,kepandaian,bakat persembahan dan lain-lain.Amboi,pandai betul mereka.Sedangkan yang peserta itu muslimah,mestilah wajib menutup aurat.Kesilapan kita apabila menganggap pakai tudung sudah tutup aurat,sedangkan aurat wanita itu seluruh tubuh mereka melainkan kedua tapak tangan dan wajah.Tapi kata mereka,tak semestinya pakai tudung.Aurat wanita begitu mudah didedahkan pada orang.Kesian wanita-wanita sebegini..tapi saya lupa..ini rancangan pencarian GADIS MELAYU,BUKAN GADIS SOLEHAH.

Dalam rancangan itu,yang menang baru ni pakai tudung tapi auratnya tidak tertutup dengan sempurna.Peserta diberi pilihan sama ada menari,menyanyi atau berlakon.Dan dia memilih berlakon.Berlakon pula dengan Fauzi Nawawi (sapa entah).dalam lakonan adalah bersentuh dengan lelaki yang HARAM baginya untuk mereka bersentuhan.Tapi mungkin bagi mereka tidak mengapa,hanya lakonan,tiada masalah.Saya berasa pelik..tapi saya terlupa lagi,ini pencarian GADIS MELAYU,BUKAN GADIS SOLEHAH.

Juri menitis air mata apabila melihat lakonan pemenang gadis melayu itu.Tersentuh dengan penghayatan watak oleh beliau dalam lakonan pendek itu.Agak-agak kalau lihat video kekejaman zionis kepada rakyat Palestin,nangis ke tak??Tapi yang melihat best la kan,boleh tengok peserta yang semuanya wanita yang cantik dan lawa,pakaian pun ketat dan kecil molek,sehingga menampakkan bentuk tubuh gadis-gadis itu.Bagi mereka,tidak mengapa,kita nak mencari gadis melayu yang ada kecantikan asli,lawa,bijak,dan lain-lain lagi.Tak sedarkah gadis-gadis ini,mereka seolah-olah memberi persembahan tayangan bentuk tubuh dan kecantikan mereka secara percuma kepada lelaki yang tidak selayaknya.Kesian kepada suami mereka kelak.Tapi sekali lagi saya terlupa,ini pencarian GADIS MELAYU,BUKAN GADIS SOLEHAH.

Bezanya jauh gadis MELAYU dan gadis SOLEHAH.Gadis solehah bukan dicari dalam televisyen.Gadis solehah akan menjaga aurat mereka,dan menjaga diri mereka hanya untuk lelaki yang HALAL bagi mereka.

 



Anda pilih,mahukan gadis MELAYU atau SOLEHAH..??

11 comments:

zigaki asrar said...

kak nk solehah.
tpi buke solehah dle sinetron tuh.
hehe.

norMAzuan MUstafa said...

gadis melayu ofcoz!!!!

bagi aku kalu suma sokmo nk yg 'solehah' cmne lak kita nk 'tukar' gadis 'melayu' menjadi 'solehah'....kalu dulu die blakon haram...kita hlalkn 'lakonan' die.....

kan best hari ini lebih baik dari semlam,
esok lebih baik dari hari ini.....

waallahulam....

asrar said...

haha..betul mamu..aku setuju dengan hang..

soalan ni dituju pada si gadis,adakah mahu jd gadis melayu atau gadis melayu yg solehah..

harap lelaki mcm hang la mamu untuk solehahkan orang lain kan..

soleh solehah itu kerana Tuhan,..

selamat maju jaya mamu..

norMAzuan MUstafa said...

'harapkan llki mcm hang'

eh npe tuju kat aku lak????

asrar_qalbi said...

yer la..
hang ni ada pengaruh,jd gunakan pengaruh hang untuk Islam..btl x?

GEMBALA SUARA said...

weh betol ke bdk m3x kite...
rugi siot aku x ngorat die dlu....

asrar_qalbi said...

yer la..
budak hayat,,
haha..nape,,hang nak tarbiah dia ke..??

zigaki asrar said...

hayat brapa tau x?

asrar said...

h3p5 kot...
budak ukm lo ni..

zigaki asrar said...

yak...
h3p5?
pastu ukm plok..
x knal pun..

asrar said...

x kan x kenal..
cari la..tarbiah dio molek..hehehe