Thursday, June 30, 2011

Kuliah Subuh


MAHA SUCI ALLAH

 Ayat pertama dari surah Isra' dimulakan dengan lafaz Subhana,iaitu lafaz Maha Suci Allah.Suatu lafaz yang sangat agung mensucikan Allah Ta'ala.Kalimah yang sangat besar ganjarannya bagi mereka yang menjadikannya wirid dan zikir.

Namun hari ini mereka yang jahil telah menggunakan kalimah yang baik pada tempat yang buruk.

"Alhamdulillah,ini rezeki Allah kepada saya",

kata seorang artis yang memenangi anugerah.Sedangkan dalam lakonannya dia telah membuka aurat dan melanggar arahan Allah.Sungguh mereka mempermainkan kalimah  yang mulia.

KITA HAMBA
Dalam ayat itu Allah menggunakan kalimah hamba-NYA.

Kenapa Allah tidak menggunakan gelaran yang mulia kepada Nabi Muhammad seperti Raja manusia atau seumpamanya..

Hikmahnya ialah kerana Allah ingin mengajar kita bahawasanya manusia yang paling mulia ialah mereka yang benar-benar bersifat HAMBA.Dan itulah Muhammad S.A.W,manusia yang paling hebat perhambaannya pada Allah.

Maka janganlah kita sombong,ingatlah bahawasanya kita ini hanyalah hamba Allah.Bersifatlah sebagai seorang hamba.

ISLAM DAN UMAT ISLAM

Dirakam oleh Allah dua masjid yang mulia,diperjalankan hanba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Kata ulama',Masjidil Haram itu menjadi lambang kekuatan agama Islam.Kita lihat setiap tahun,malah setiap hari Masjidil Haram tidak pernah lengang daripada manusia yang beribadat di dalamnya.Setiap tahun manusia dari seluruh dunia berkunjung untuk menunaikan haji.

Ia juga menjadi tempat yang aman dan selamat.Itulah agama Islam,agama yang paling sempurna yang akan dijaga dan dipelihara Allah sehingga hari kiamat.Agama yang aman dan sejahtera.

Manakala Masjidil Aqsa itu menjadi lambang keadaan dan kekuatan umat Islam.Jika Al-Aqsa di bawah kekuasaan umat Islam,maka ketika itu umat Islam dalam keadaan kuat.Begitu juga sebaliknya.


Ulasan kuliah subuh Ustaz Nik Abduh
30 Jun 2011,Masjid Padang Temusu

-lama tak dengar kuliah subuh-

No comments: