Thursday, July 7, 2011

Terima kasih BERSIH,PERKASA dan PATRIOT

 Gegak gempita tanah air Malaysiaku tercinta dengan isu perhimpunan  pada 9 Julai ini.Tiga pihak yang akan melaksanakan perhimpunan iaitu PERKASA,Pemuda UMNO dan BERSIH.

Saya selaku anak muda ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada tiga pihak ini yang telah menimbulkan satu gelombang kebangkitan dalam negara ini.

Terima kasih keana telah membangunkan anak-anak muda dari lena.Makin ramai anak muda yang ambil tahu tentang politik dan isu semasa yang berlaku dalam negara ini dek karana perhimpunan yang kalian anjurkan.

Kita lihat Perkasa,PATRIOT dan BERSIH kebanyakkan digerakkan oleh anak muda.Di facebook dan laman sosial,anak muda berbicara tentang isu semasa ini.Ini adalah satu perkara yang positif.




Selepas ini,diharapkan lebih banyak pihak mengambil usaha untuk membangunkan anak muda dari lena.

Sedarkan mereka yang lebih 200 000 anak luar nikah yang didaftarkan dalam Malaysia ini dari 2006-2010.

Sedarkan mereka yang Palestin memerlukan kebangkitan pemuda Islam.

Sedarkan mereka yang terlalu ramai masyarakat yang terlibat dengan ZINA,DADAH dan seribu satu macam kerosakan dunia.

BANGUNLAH ANAK MUDA...

-anak muda-

No comments: