Sunday, June 26, 2011

Hari-hari...

Petang itu berjalan-jalan di Tesco,tiba-tiba terserempak dengan ummi (seorang kaunselor di KMPP).

Tak sangka terserempak dengan ummi.Seronok rasa dapat bersembang walaupun seketika.Terima kasih ummi kerana selalu mendoakan anak-anak didik ini.


Hari ini merancang untuk berkayak di Penang,namun laut sangat bergelora,tak sesuai.

Itulah kehidupan,adakalanya apa yang kita rancang dan impikan tidak tercapai.Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA.

Kerana itulah kita kena belajar untuk redha dengan ketentuan Allah.

Dan Allah gantikan dengan mengizinkan daku mandi laut.Haha...setelah sekian lama tidak mandi manda di pantai..

Alhamdulillah...

Petangnya pula tak disangka-sangka ada orang mahu memberi buah durian.Rezeki..rezeki,,,bukan durian runtuh,tapi durian bergolek...

Alhamdulillah...

Bersyukurlah selalu...

No comments: