Monday, August 2, 2010

jujurkah Kita??


---Pagi itu saya ke pasar,mencari sedikit barangan.Saya terlihat seorang pak cik sedang menjual beberapa buah cempedak.Saya berasa mahu memakan cempedak pada hari itu.

Saya tidak mengenali pak cik tua itu dan dia juga tidak mengenali saya walaupun saya ini pemimpin masyarakat setempat.Saya bertanyakan berapakah harga cempedak yang dijualnya.Dia dengan lembut memberitahu harga dan juga berkata:

"Haji,sebelum haji beli cempedak ini,pak cik nak bagitau cempedak yang pak cik jual ini tidaklah manis sangat sebenarnya.Cubalah rasa dulu sebelum membeli"

Saya terdiam sebentar dan terdetik di hati saya.Alangkah jujurnya pak cik tua ini.Apakah untungnya dia memberitahu saya tentang kecacatan buah cempedaknya.

Namun atas dasar kejujuran seorang insan,itulah sifat pak cik itu.Kalau begini jujurnya seorang rakyat,dua biji pun saya mahu beli.Bukan kerana manis atau tidak buah itu,tetapi atas dasar manis dan lazatnya nikmat kejujuran sesama  manusia.---


~Ini adalah kisah benar dari Ustaz Hashim yang saya ubah sedikit jalan ceritanya.~



Inilah nilai sebuah kejujuran dalam kehidupan.Seorang rakyat yang sangat jujur walaupun pada perkara yang kecil. 

Jika pada perkara yang kecil kita tidak boleh bersikap jujur,mana mungkin boleh JUJUR pada perkara yang besar dan serius.


Tetapi hari ini,berapa ramaikah yang mampu mengekalkan sifat jujur sebagaimana pak cik tadi??
Sedih membaca surat khabar,seorang bekas menteri dituduh menipu jemaah menteri sebanyak lebih 1 billion.
Memang begitu teruk manusia itu jika benar dakwaan padanya.

Namun terfikir di benak ini,begitu mudahkah para menteri ditipu??

Saya pelik dan hairan..

Hancurnya sesebuah negara apabila pemimpinnya tidak jujur dan amanah.

Di manakah nilai kejujuran seorang pemimpin negara??

Jujurkah kita sebagai pemimpin??

Jujurkah kita sebagai rakyat??
Jujurkah kita pada ibu bapa??
 
JUJURKAH KITA PADA ALLAH??


No comments: