Tuesday, July 20, 2010

Dalam Bas pun Boleh Lah..


ROBOCON 

Selesai sudah pertandingan ROBOCON 2010 di UKM.Maka kami pun pulanglah kembali ke negeri Perlis dengan bas universiti yang lawa itu.

Duduk bersebelahan dengan sahabat saya yang dipanggil Mamat Korea itu.
(Hehe..Oleh kerana rambutnya yang macam orang Korea barangkali)

Hampir sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis itu saya bersembang pelbagai topik dengan dia.

Paling banyak sembang tentulah tentang robocon yang baru kami laui.Pelbagai pengalaman menarik,manis dan pahit dilalui..bergelak tawalah kami bila mengenang kembali.



TADABBUR

Yang saya kagum apabila dia membicarakan tentang perlunya kita kaitkan dengan Islam di atas apa sahaja yang kita buat.

Katanya,bila membuat robot yang ada tangan dan roda itu,terfikir terhadnya kerja yang boleh dilakukan oleh robot itu.Hanya dapat bergerak depan dan belakang menggunakan roda dan beberapa fungsi sahaja.

Malah segala gerak kerjanya bergantung kepada bateri dan kawalan manusia.

ROBOTKAH KITA?

Akan tetapi bila difikir kembali,betapa Agungnya Allah,menciptakan manusia tanpa bateri yang perlu dicas dan ditukar.Cuma manusia diberi peluang nyawa sekali setiap orang.Tiada yang diberi peluang kedua untuk bernyawa.

Manusia juga tidak dikawal seperti mana sang robot.Manusia diberi pilihan untuk melakukan apa perkara.Namun perlu diingat,apa yang dikerjakan akan diTUAI di Akhirat nanti.

Insan juga merupakan sebaik-baik makhluq yang Allah ciptakan dengan pelbagai fungsi dan aqal kebijaksanaan.Maha Suci Allah Yang Maha Agung.

"Itulah yang dapat aku tadabburkan daripada robocon",kawan Korea saya mengakhiri ayatnya.

Saya terkesima dan terdiam.Betapa saya langsung tidak kaitkan robocon yang kami sertai dengan kebesaran Allah Taala.

Saya lupa dan lalai.Kurang berzikir dan mengingati Maha Pencipta dalam menjalani kehidupan dan gerak kerja.Terima kasih sahabat Korea saya atas pesanan kamu.

Itulah kisah usrah saya di dalam bas.Usrah itu boleh saja di mana-mana.Terima kasih sahabatku.






2 comments:

cahaya mata said...

subhanallah! ssguhnya ilmu Allah tu Maha Luas dan usrah itu amat manis isinya... amin...insyaAllah... syukran akhi cz post entry ini.. dpt mnjadi peringatan bersama,insyaAllah.. barakallah hu fikum...

asrar_qalbi said...

afwan..semoga menjadi peringatan bersama..