Thursday, August 26, 2010

Saya pun kanak-kanak juga


Alif...       A       1

Ba...        B       2

Ta...        C       3

Tha.        D       4

Jim...       E       5


anak didikku,jangan nakal...

Haha..bilakah kita belajar semua ini??

Malam itu saya solat di Pusat Asuhan Tunas Islam.Saya pandang sekeliling dalam ruang belajar itu.Juga digunakan untuk solat.

Terpampang nama-nama Allah,nama Rasul,malaikat.Ada juga ayat Al-Quran dan hadith Nabi yang digantung.Papan nombor dan abjad tersusun cantik dengan warna-warni.

Terkenang zaman ketika saya di PASTI dulu.Haha..zaman kanak-kanak.Tapi tetap seronok dan gembira.

Pagi-pagi kena baca doa dulu sebelum mula kelas.Cikgu ajar macam-macam.Kelas selalu bising.Teringat saya pernah dibuli sehingga disumbat telinga ini dengan kuih.Adoi..naif sungguh waktu itu.Jiwa pengecut..Namun saya dibela orleh seorang kawan,namanya Firdaus.Saya tak boleh lupakan dia walaupun saya tidak pernah berjumpa dia selepas tamat tadika.Terima kasih Bro..

Masuk 6 tahun,cikgu suruh hafal ayat quran dan hadith.Hafallah kami walaupun makna tak faham sangat.Pergi bertanding hafalan hadith sampai peringkat negeri,kami tak menang.Orang lain lagi hebat rupanya.

Semua itu hanya tinggal KeNAnGaN..

Namun di sana terlalu banyak asas-asas agama yang membentuk akhlak dan diri ini.Belajar solat,bacaan solat,adab dan macam-macam lagi.

Siapa kata mendidik anak di usia kecil tidak penting..??

Anak-anak kecil yang masih suci dan kosong fikirannya itu adalah dicorakkan oleh orang dewasa.

Kalau umur 5 tahun diajar menyanyi,menyanyilah yang dia minat.

Kalau diajar dengan perkataan yang lucah dan keji,itulah yang akan ditutrkannya dewasa nanti.

Jika umur 6 tahun itu masih belum diajar memakai tudung dan biarkan memakai skirt,itulah pakaiannya bila besar nanti.

Jika usia kanak-kanak tidak diajar solat dan baca Quran,maka hanyutlah anak itu di dalam dunia tanpa sempadan ini..

sudah baca quran,nak main nset jap..hehe



2 comments:

::.uMiKaLsoMyUsoF.:: said...

Perkongsian sebuah syair arab:
"aku dapati kelupaanku dalam pembelajaran ketika dewasa sedangkan ia tidak berlaku ketika kecilku.Kiranya dibelah dan didedahkan hati yang diajarkan ketika kecil, tentulah diperolehi garis-garis pengetahuan sebagaimana tulisan pada batu"..

asrar_qalbi said...

syukran kak..dalam makna syair tu...

maksudnya,ketika kecil itu lebih tulus apa yg dipelajari..mmc tu ke kak?