Monday, August 23, 2010

Ambillah INI..


JIRAN TETANGGA

Assalamualaikum...assalamualaikum.. suara anak kecil itu di muka pintu..

Waalaikumussalam..ye,ada apa dik.

Ni,mak bagi kuih untuk abang dan kawan-kawan berbuka.

Oh..terima kasih dik,,sampaikan salam pada mak ayah ye.

Begitulah kejadian  yang berlaku hampir setiap hari di rumahku.Sampaikan sudah naik segan diri ini dengan jiran sebelah.Apa pun syukur pada Allah.

Itulah berkatnya bulan Ramadhan.Bulan yang menjadi rebutan untuk kita bersodaqah dan beramal ibadat yang lain.

Assalamualaikum,ada kat mana ni?Pak cik nak bagi buah dari dusun ni.-mesej yang diterima dari seorang pak cik jiran satu taman ini.

Alhamdulillah,hidup sebagai mahasiswa dalam masyarakat setempat ini membahagiakan hati dan jiwa.Terasa bagai berada di kampung sendiri.Hubungan yang terjalin erat mengharmonikan lagi keadaan setempat.

Adik,nanti adik pergi ke kedai baju untuk ukur baju di kedai di Kangar yer.Ada pak cik nak belanja.

Aduh..perasaan yang teramat segan hidup dalam komuniti masyarakat ini.Terlalu baik mereka kepada kami para mahasiswa ini.Mesra dan ramah.

Moga Allah murahkan rezeki kalian semua.

MAK CIK

Ambiklah kuih ni dik,mok cik wi lebih sedekoh bule poso.Arap-arap berkat mak cik tolong  ore menuntut ilmu ni.Tolong doa ko mak cik dan anak-anak mak cik deh.

Dialog antara kami dan seorang mak cik penjual kuih Ramadhan 4 tahun yang lalu.Ketika itu SPM,kami tinggal di rumah sewa.Walaupun lama berlalu,tapi mak cik itu tetap dalam ingatan kami.

Sangat tersentuh dengan keikhlasan dan kesopanan mak cik itu.

Moga Allah berkati mak cik sekeluarga.


kuih apakah ini?

IBU BAPA?

Jika kebaikan insan-insan itu amat diingati dan dihargai,bagaimana pula dengan jasa ibu bapa kepada kita?

Allahuakbar.Tiada kasih sayang sesama insan yang tiada bersyarat melainkan kasih sayang ibu dan bapa kepada  anak.

Sudahkah kita mendoakan mereka?

Ya Allah,ampunkan segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku.

KASIH AGUNG

Ketika di saat akhir hayatnya,kalimah yang terpacul adalah...

Ummatii..ummatii...

Ya Allah..Agungnya manusia ini.Hebatnya hamba-Mu ini..di saat akhir hayatnya,yang diingati olehnya adalah umatnya yang baginda

Tidak pernah kenal.
Tidak pernah lihat.
Tidak pernah berjumpa dan bersua muka.

Tapi itulah sayangnya RASULULLAH kepada kita umatnya.

Bagaimana kita membalas cinta baginda?

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD


CINTA AGUNG

Ya Allah Engkau Tuhanku..

Tiada Tuhan melainkan Engkau..

Engkau cinta agungku..

Nabi Muhammad pesuruh-Mu..




No comments: