Thursday, August 12, 2010

Jangan dibuat begitu pada bayi itu


Usai solat maghrib,saya mengambil masa berehat sebentar sementara menunggu isya' dan terawih.Tiba-tiba saya terdengar tangisan budak kecil.

Rupa-rupanya bunyi itu datang dari rumah jiran hadapan rumah saya.Seorang adik kecil (mungkin dalam umur 2 tahun) sedang menangis di hadapan pintu rumah dengan raungan yang kuat.Dan pintu rumah itu tertutup rapat.

Kemudian datang budak lelaki lain dari rumah sebelah datang menjengah ke dalam rumah itu,Seterusnya berlalu.Tapi adik kecil yang masih tidak mengerti apa-apa itu ditinggalkan menangis begitu sahaja tanpa dipedulikan.

Saya tidak faham bagaimana ibu bapa dia mendidiknya.Mungkin berniat mendidik dalam tidak sedar sedang mendera anak sendiri.Hati saya tidak tahan,saya rasa tersentuh.

Ada ibu bapa tidak sedar,mereka sedang menyediakan jiwa-jiwa anak mereka untuk memberontak pada masa hadapan.Mereka sedang men'cipta' seorang yang tidak stabil jiwa dan emosinya.

Malah mungkin didikan mereka itu adalah untuk melahirkan seorang
 
Pembunuh?  
Perogol?  
Penagih dadah?

Ibu bapa,didiklah anak kalian sebaik-baiknya.Jadikan agama sebagai asas kebahagiaan keluarga.Jangan rosakkan masyarakat pada masa akan datang.

JANGAN DiSeKs@ jiw@ adik kecil itu.


mama..abah..didikku dengan agama Islam yer..peace..



3 comments:

haziatun fazi said...

sampai ati mereka...=(

Anonymous said...

Genial dispatch and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Say thank you you on your information.

cahaya mata said...

masyaAllah...smpi bgitu skali... mngapa perlu sebegitu kejam?? huhu. ain tringat jiran lama dlu yg suka buat cmtu kat anak dy.. smpi hati mereka...kenalilah dan fahamilah jiwa anak2 kt dan sama2lah mendidik mereka ke jalan yang benar dan bersabarlah dalam mendidik mereka menjadi hamba Allah yang istiqamah dan ikhlas dalam perjuangan mereka.. amin..insyaAllah.