Friday, February 26, 2010

Aku Mahu Mencintaimu..


Sangat cinta dia kepada saya.Saya mahu berusaha membalas cintanya.Saya ingin cuba mencintainya.Kasihnya dia kepada saya sehingga akhir hayatnya.Maka saya juga mahu mengasihinya sungguh.Tapi mampukah saya??
Mungkin tidak sama nilai cinta untuk ku balas padanya,namun saya tetap mahu berusaha mencintainya sedaya upaya.

Dialah yang bernama Muhammad Bin Abdullah.Sangat mencintai saya dan kalian semua.Sehingga di akhir hayatnya,kita semualah yang disebut dan diingatinya.Manusia yang paling agung dan paling mulia.

Bagaimanakah ingin kita mencintai baginda Rasulullah.Antara prosesnya ialah:-

  1. Melaksanakan apa yang disuruh oleh Nabi
  2. Percaya dan sayangkan baginda walaupun baginda telah tiada.
  3. Suka kepada apa yang Nabi suka.
  4. Jaga dan pelihara hadith Nabi
  5. Pelajari Sirah Nabi
Ini antara perkara yang perlu dibuat untuk mencinta baginda Rasulullah.Apa guna berarak 10 kilometer pun,sambil membawa sepanduk dan sebagainya,selepas itu dek kerana keletihan,maka tertinggallah solat Jumaat pada hari ini.Hehe..

Mana yang lebih penting,mengamalkan Islam yang dibawa oleh baginda atau sekadar berarak ramai-ramai melaungkan 'Aku cintakan Rasulullah'.Kemudian melanggar syariat yang dibawa oleh baginda,malah menentang dan memperlekeh pula.

Jika benar kita kata kita cintakan Rasulullah..maka BUKTIKAN CINTAMU..

Allahumma Solli 'ala Muhammad,wa'ala a-li muhammad..





No comments: