Friday, February 12, 2010

Dahaganya..Nak AIR.....


Sebelum Jumaat tadi pergi ke Padang Besar dengan menaiki motor.Allahuakbar..panas sungguh,tak tertahan.Sememangnya negeri paling utara ni panas dan hangatnya berbeza dengan tempat lain.Panas dan sangat berangin.Macam berada di padang pasir pulak.Walaupun tak pernah rasa.Hehe..

Dalam perjalanan pulang lagi terasa bahangnya.Pukul 12 tengah hari,memang panasnya sangat terik,rasa melekit dan tak selesa.Tiada apa yang bermain di minda melainkan satu perkara sahaja.Perut lapar sekali pun,tak terasa nak makan.Apa yang mahu,hanyalah AIR.Tekak ini menagih-nagih kasih dari air yang dingin.Sangat mendamba dan cintakan air pada waktu ini.Kerana cintanya manusia kepada air yang dingin itu,maka disebut di dalam satu doa.

"Ya Allah,jadikanlah zat-MU lebih aku cintai daripada air yang dingin."

Baru-baru ini saya melihat cerita Sahara yang menceritakan betapa peritnya askar yang berperang di padang pasir.Sehingga akhirnya terpaksa mengalah kepada musuh kerana mahukan air.Manusia boleh hidup tanpa makan berhari-hari.Tapi tanpa air,sehari pun belum tentu mampu bertahan.

Terbayang bagaimana peritnya Rasulullah dan para muhajirin dahulu berhijrah daripada Makkah ke Madinah dalam keadaan panas terik.Tinggalkan harta benda kerana Allah.Hebat tahap keimanan mereka.Allahumma Solli 'ala Muhammad.wa 'ala a-li Muhammad.

"Ya Allah,kurniakan kepadaku kecintaan kepada-MU,kecintaan kepada orang yang mencintai-MU,dan apa sahaja yang mendekatkan diriku kepada kecintaan-MU,jadikanlah zat-MU lebih aku cintai daripada air yang dingin."




No comments: