Saturday, March 24, 2012

Manusia Perlukan Penghargaan

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera..

'Selamat hari lahir..'

'Terima kasih awak..'

'Selamat berjaya..'

'Tahniah atas kejayaan awak...teruskan usaha ye..'

'Bagus kerja awak ni..selamat berjaya..'


Ini adalah antara dialog yang menunjukkan penghargaan kepada orang lain..Manusia itu dahagakan penghargaan sebagaimana dia dahagakan air..

Secara fitrahnya kita manusia perlukan penghargaan..kerana itu kita disaran mengucapkan terima kasih kepada insan yang membantu kita..Mengucapkan sesuatu yang menghargai dan mengambil berat akan orang di sekeliling kita..

Bukan susah pun nak ucap kata penghargaan,cuma kita ini selalunya MALAS dan MALU,kadang-kadang SOMBONG untuk menuturkannya,hatta kepada orang yang kita sayang sekali pun..

Seorang anak itu perlukan perhatian dan penghargaan daripada kedua ibu bapanya..sekurang-kurangnya kata semangat atas keputusan peperiksaan..

Seorang isteri mahukan penghargaan daripada suaminya..cukup dengan ucapan terima kasih atas masakan yang disediakan..atau kucupan di dahi isteri..

Seorang suami hendakkan isterinya menghargai penat lelahnya membanting tulang mencari nafkah keluarga dengan memicit badannya,sediakan keperluan rumahnya dengan baik dan berhias untuknya...

Seorang pekerja akan lebih bersemangat bekerja apabila diberi penghargaan oleh bosnya dengan kata-kata semangat dan motivasi..

Jika tidak ada orang yang menghargaimu???

CUKUPLAH PENGHARGAAN DARI TUHANMU ATAS SEGALA KEBAIKAN YANG ENGKAU LAKUKAN,KERANA PAHALA ITU DATANG DARINYA,BUKAN DARI MANUSIA..

pernah anda menyapa dan memberi ucapan terima kasih pada pak cik ini??


Berilah penghargaan dan ambil berat pada mereka di sekeliling kita yang berjasa kepada kita tanpa kita sedar...

Terima kasih pak cik..terima kasih semua pembaca...

No comments: