Tuesday, March 13, 2012

BUNUH!!


Mayat yang terbakar dikenal pasti sebagai Dirang, kanak-kanak yang dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu.

Seorang pelajar IPTA di Pulau Pinang ditemui mati terjun dari tingkat 10 sebuah bangunan.

Seorang ibu dibuang di sebuah hotel bajet oleh anaknya.

Isteri bunuh diri selepas kelar suami sendiri.

Apa lagi selepas ini?? Hampir setiap hari kita membaca kes bunuh,samun, rompak, bunuh diri, kelar, tikam, sembelih..

Dunia kita seolah-olah sudah tidak selamat. Isteri kelar suami sendiri.Apa puncanya??

Pelajar bunuh diri dengan terjun dari bangunan..Apa puncanya??

Kanak-kanak 7 tahun yang dilaporkan hilang ditemui rentung jasadnya..Apa puncanya??

Seorang ibu dibuang oleh anak sebegitu sahaja sedangkan ibu itulah yang membesarkannya..Apa puncanya??


PUNCA

Carilah punca kepada masalah untuk diselesaikan dari akar umbi..
Faktor apakah semua ini

1. Tekanan hidup?
2. Jauh dari pegangan agama?
3. Jiwa kosong?
4. Bala?

Jiwa yang kosong menyebabkan manusia berasa tidak ada matlamat hidup.Hilang pedoman..Tidak ada pegangan hidup..Bertindak sesuka hati mengikut nafsu..

Ini semua adalah kerana jiwa dan roh manusia itu kosong..tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya..pegangan agama rapuh..bila berdepan dengan tekanan,maka dibuatnya sesuka hati mengikut nafsu tanpa ada pertimbangan..

Kembalilah kita semua kepada FITRAH..



 


2 comments:

Unknown said...

Ouh! Saya kenal tile lantai itu!

Anonymous said...

anda kenal amjad...dan ramai yang kenal...di situ kita sujud pada Allah