Saturday, January 30, 2010

Pilihan Raya Kampus


Sahabat-sahabat bertanyakan kepada saya bagaimana keadaan pilihan raya kampus saya.Sememangnya dalam musim pilihan raya kampus ini,suasananya meriah di kampus-kampus perdana.Jawab saya,kampus saya tidak ada pilihan raya.Saya tidak berminat untuk menulis tentang politik kampus ini,namun mendengar khabar berita dari sahabat,politik kampus sudah tercemar.Saya tidak mahu bicarakan kampus saya yang demokrasinya masih belum lahir..atau sudah mati sebelum lahir.

Suasana di UM yang hangat kerana mahasiswa tidak bersetuju dengan penggunaan sistem e-voting.Sememangnya sistem itu boleh diragui ketelusannya,maka mahasiswa membantah.Setelah berunding dengan pihak mahasiswa,Naib Canselornya telah bersetuju untuk menyiasat penyelewengan sistem itu.Satu pujian kepada NC kerana bersikap terbuka dan bersedia mendengar pandangan mahasiwa.

Namun berlainan dengan susana di UKM yang pihak atasan tidak mahu berunding tentang tuntutan pihak mahasiswa.Tapi diserahkan kepada pihak polis dan FRU untuk meredakan demontrasi aman oleh mahasiswa.Maka ada yang disepak dan ditangkap.Seolah-olah mereka ini penjenayah.

Mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan PRK kali ini dikatakan tidak dapat menerima kekalahan.Namun yang saya nampak,bukan soal kalah atau menang yang diambil kira,namun soal ketelusan dan keadilan yang dituntut.Kalau kalah dalam perlawanan yang adil,maka terimalah seadanya.Tapi jika perlawanan itu berat sebelah dan tidak adil,maka wajarlah mereka yang ditindas itu bangkit menuntut keadilan.

Apa yang kita harapkan,politik kampus ini akan kembali jernih dan bersih untuk menggambarkan golongan mahasiswa ini adalah berintelek.Pesanan sahabat-sahabatku,dalam kesibukan politik kampus,jangan dilupakan tanggungjawab menuntut ilmu di kampus.

Jangan abaikan solat dan pengabdian kepada Allah.Biarlah kita belajar kerana Allah.Berpesatuan kerana Allah.Berpolitik di kampus kerana Allah.Hidup dan mati kerana Allah.Selamat berjuang..


No comments: