Friday, January 8, 2010

Pedang Allah..

Sebut sahaja nama si Khalid,bergetar hati puak musyrikin kegerunan..Semua orang sudah mengetahui kehebatan panglima itu..tiada yang dapat menafikan kecekapannya di medan perang..

Ketika berlakunya perang Mu'tah,Nabi Muhammad SAW bersabda : "Akhirnya panji-panji itu diambil oleh Khalid al-Walid yang digelar Pedang Allah.Peperangan itu dimenangi oleh Khalid al-Walid."

Itulah Saifullah (pedang Allah),gelaran khas yang diberi oleh Rasulullah kepada Khalid.Khalid yang dulu berperang menentang dan mengkucar kacirkan umat Islam dalam perang Uhud,namun dengan hidayah dari Allah Khalid ini jugalah menjadi panglima agung Islam di zaman Abu Bakar.
 
Kata Saidina Abu Bakar :" Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid al-Walid". Abu Bakar memang sangat mengenali si Khalid.

Namun Umar al-Khattab kurang senang.Bukan kerana apa,cuma bimbang dengan sikap Khalid yang keras di medan perang.Bila Umar menjadi khalifah,Khalid dipecat dari jawatan panglima.Bila ditanya kepada Umar.katanya "Saya tidak berasa dengki atau iri hati kepadanya,tetapi ada dua perkara yang selalu mengganggu fikiran saya.Pertama dia tidak pernah kalah dalam setiap peperangan sehingga ada yang berkata kemenangan itu disebabkan oleh Khalid al-Walid."Umar berhenti menahan sendu.

"Kedua,dia terlalu sayangkan tenteranya.Apabila mendapat harta rampasan perang dia terus membahagikan kepada anggota tenteranya tanpa berbincang dengan khalifah dahulu".

Umar sedar kesilapannya memecat Khalid.Kata Umar lagi :"Khalid sudah menjadi raja dengan sendirinya.Tuhan merahmati Abu Bakar kerana dia lebih tahu mengenai lelaki itu (Khalid) daripada saya".

Ketika Khalid sakit,beliau berbicara dengan sahabat yang menziarahinya : "Setelah dipecat jawatan sebagai ketua panglima tentera Islam oleh Khalifah Umar,saya terus ikut berperang walaupun  sebagai tentera biasa.Saya berperang bukan kerana Khalifah Umar,tetapi kerana Tuhan".

Sebak sahabat mendengar ayat cinta yang indah ini.

"Saya bercita-cita mahu mati syahid.Disebabkan itulah saya sertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam.Di tubuh saya ini penuh dengan parut-parut lukaakibat senjata musuh,tetapi saya masih hidup.Impian saya mahu gugur syahid tidak tercapai.Akhirnya saya mati di atas katil.Hanya orang pengecut sahaja yang mati begini."Air mata Khalid membasahi pipinya.

Sinopsis daripada buku Khalid Memburu Syahid.Rahmat Allah ke atas para sahabat baginda Rasulullah.








No comments: