Friday, December 23, 2011

Kasih Ibu dan Nenek..

NENEK

Setiap hari cucu-cucu akan datang ke rumahnya.Dijaga dan dimanja cucunya yang ramai itu.Sebelah rumahnya adalah Pusat Asuhan Tunas Islam tempat cucunya yang ramai itu belajar.

Setiap hari disediakan nasi dan minum untuk cucunya.Seronok dan gembira cucunya yang lebih kurang sebaya itu bermain bersama.Ala,budak-budak biasa la kan.Zaman yang seronok dan gembira.Kadang-kadang disakat oleh datuk mereka.

Kini si nenek telah nyanyuk ditelan usianya yang kian meningkat.Setelah pemergian si datuk,nenek agak sunyi.Cucunya yang ramai itu selalu datang ziarah bila pulang ke kampung.

PEMERGIAN

Satu hari cucunya mendapat berita pemergian si nenek.Telah sampai masanya untuk menghadap Allah.ada yang sempat balik,ada yang hanya mampu untuk solat jenazah ghaib.Pemergian seorang nenek dirasai.

Dalam pemergian si nenek,anak-anaknya menguruskan jenazahnya.Namun di sana,seorang anaknya sedang terlantar di hospital menanti untuk pembedahan.Hajatnya tidak mahu dikhabarkan kepada si anak itu kerana ia akan dibedah nanti.Tidak mahu diganggu emosinya.

Tapi ikatan hati seorang anak dan ibu adalah istimewa.Mereka pernah bersatu berkongsi sumber makanan dan protien ketika si anak dalam perut si ibu.Petang itu si anak di hospital tiba-tiba berkata:  

 "Rasa-rasanya macam mak telah pergi..."

Kenapa tiba-tiba diungkap ayat itu.Kata si anak, 

"Gerak hati ini merasakan begitu".

Maka benarlah kata hati si anak itu.Bersabar dan solat jenazah ghaib si anak untuk ibunya.

Hebatnya kasih sayang ibu dan anak-anak.Bersemadilah si ibu dan nenek itu diiringi doa dari anak cucunya.