Tuesday, July 12, 2011

Siapa yang ganas??

"Tepilah press,orang nak buat kerja.."sambil menolak wartawan dari mengambil gambar.

"Duduklah,,cakap banyak pulak,,"sambil menolak rakyat ke tanah untuk diikat.

"Cepatlah,terhegeh-hegeh"mengherdik rakyat jelata.

"Melayu pun melayu bodoh",herdik seorang FRU.

"Polis tak bagi bantuan ke??"tanya wartawan.

"Polis yang patahkan kaki dia"jawab yang membantu.

Dan terlalu banyak lagi herdikan,kezaliman,sepak terajang,kata-kata cacian,semburan air yang menzahirkan kezaliman dan kerakusan atas alasan mereka berkuasa.

Aku merasai bahang itu,,

Merapati dan melihat kezaliman di depan mata...

Hati kecil manusia yang mempunya HATI pasti akan terkesan...

Di mana hati perut kalian wahai si polis dan sang penguasa??

"Kami mengikut arahan"

Persetankan dengan arahan yang zalim!!

Mereka hanya tuan,bukan TUHAN kamu!!

Kelak di hadapan Allah,malaikat akan berkata "Kami hanya mengikut arahan Allah". Hanya itu arahan yang tidak boleh disanggah.

Hanya melihat sahaja seorang pak cik tua yang sedang nazak dan bertarung dengan maut.Dan orang biasa yang lain yang prihatin membantu si tua itu.

Wahai anak muda,pengecutlah kamu yang tidak sanggup dan berani untuk perjuangkan memnentang kezaliman yang nyata di hadapan kamu!!

Penakut bagi kamu yang berkata,"Belajarlah dulu,tak payah ambil tahu lagi isu politik"

Bacullah bagi mereka yang tidak mahu ambil tahu isu semasa dan hanya seronok berkepit dengan awek dan pakwe kamu!!

Celakalah kamu yang sedang asyik dengan maksiat dan kelazatan dunia semata-mata!!




3 comments:

forensik ke? said...

ok. faz yg ganas.

abuhakim said...

jzkk abe epul..

asrar_qalbi said...

forensik:ada ke pernyataan begitu??tidak ada pun..

abu hakim:afwan..