Sunday, April 17, 2011

Budak Kecik

"Adik ni umur berapa ye? Bagusny adik.."

"Sudah umur berapa adik? Kecil-kecil dah hafal Quran,bagus dik.."

Dan hampir setiap kali terserempak dengan orang,itulah soalan yang ditujukan pada Muaz,adik kecil berumur 11 tahun itu.Dalam umur semuda itu sudah menghafal 23 juzu' dari Al-Quran,itu sudah cukup membuatkan abang-abang yang tua ini berasa malu.

Popular la hang yer Muaz..sampai tak larat kami nak jaga hang..



"Dulu saya dan rakan seangkatan dengan saya menghafal Al-Quran di bawah pelita.sahabat saya ada lilinnya.Ada juga sahabat saya yang menghafal di bawah tiang lampu pada malam hari.Itulah sukarnya kami dahulu.

Antara soalan yang ditanya pada saya..'Kamu ini ambil bidang hafal Al-Quran,kamu nak makan apa nanti?Kamu nak kerja apa?'

Ada pun saya tidak pernah pun mengimpikan yang saya hari ini adalah Imam Besar Masjid Negara.Inilah benarnya bahawasanya Al-Quran itu kaya,tidak ada kefakiran bersamanya."

-perkongsian cerita oleh Tuan Imam-

Saya mendoakan seorang adik itu akan berjaya dalam hidupnya,jaga Al-Quran baik-baik dalam dadamu,hayati dan amalkannya..moga adik anak soleh,walaupun ibu bapamu sudah tiada..


2 comments:

Anonymous said...

matlamat tak menghalalkan cara..

wlaupun mtlamat itu baik, tpi pelaksanaan itu haram,, tetap x bole?

asrar_qalbi said...

kerana mahu membantu anak yatim,kita merompak bank..bolehkah?

apa yang daku belajar,merompak itu tetap haram dan berdosa walaupun untuk tujuan baik,,

matlamat dan niat yang baik perlu diiringi dan cara yang betul dan baik..

Allahua'lam..