Wednesday, March 16, 2011

Berkenan dan Terpikat

Senyum..
Tak perlu kata apa2..
Senyum..


Salah satu lirik lagu yang pernahku dengar..Hebatkah kuasa SENYUM??


KISAH BAYI

Dalam ruang menunggu di sebuah klinik,ramai orang yang sedang menunggu dengan pelbagai ragam.

Seorang pak cik tua yang batuk-batuk dengan muka berkerut dan muram.

Anak muda berumur belasan tahun yang marah-marah kerana lama menunggu.

Budak 10 tahun yang menangis menahan sakit.

Wanita pertengahan umur yang mukanya masam mencuka.

Dan seorang ibu muda yang sedang memangku bayi kecilnya.

Suasana di ruang menunggu itu senyap sepi,bagaikan orang-orang itu sudah 'mati'.Suram dan sepi..Tiba-tiba bayi kecil tadi turun dari pangkuan ibunya dan berjalan-jalan dalam ruang itu.Dia memandang ke arah pak cik tua tadi..dan SENYUM...


Muka pak cik yang berkerut tadi semakin kendur..dan akhirnya muka si tua  itu tersenyum tawar..Kemudian anak kecil itu berlari-lari dalam ruang kecil itu..Anak muda yang panas baran tadi tercuit dengan gelagat comel budak itu..Budak 10 tahun tadi pun nak bermain bersama dengan 'malaikat kecil' itu dengan wajah gembira,bagai hilang sakitnya.

Sehingga akhirnya ruang kecil itu bertukar menjadi ceria dan semua orang di dalamnya tersenyum riang dengan gelagat anak kecil itu..

KUASA SENYUM

Senyum adalah sedekah yang tidak perlukan modal duit,cuma gerakkan otot muka anda.

Senyum adalah satu penyakit berjangkit yang sangat baik untuk kesihatan.

Senyum adalah sapaan pertama kepada orang yang tidak dikenali.

Senyum..senyum..senyum..

Senyum itu mudah sangat-sangat,namun berapa ramai yang mampu senyum yang ikhlas datang dari hati dan jiwanya??

Senyumlah dari hati yang suci,jiwa yang tenteram dan penuh keikhlasan..


No comments: