Sunday, February 27, 2011

Tanya Khabar..

Assalamualaikum..

Walaupun lama menyepi,namun seorang sahabat tetap akan mengingati sahabatnya,walaupun hanya dalam doanya..

Bulan ini merupakan musim Pilihan Raya Kampus di seluruh kampus universiti dalam negara.Satu medan mengasah kepimpinan sisiwa yang membuatkan kesibukan kepada mereka yang terlibat.

Teman-teman dari jauh bertanya jika ada terlibat dalam PRK.Ah..itu soalan yang ditujukan kepada orang yang silap.Bukan saya untuk ditanya sebegitu.Alhamdulillah,beberapa teman lama yang terlibat secara langsung dalam PRK dan berjaya.Tahniah dan takziah buat teman-temanku.Moga menjalankan amanah dengan sebaiknya.Kalian adalah orang yang hebat.

Kampusku kali pertama mengadakan PRK melalui sistem e-voting.Tahniah dan syabas.Akhirnya pendidikan demokrasi itu berjalan jua.Tiba-tiba terkenang apa yang berlaku pada sesi PRK yang lalu.Hehe..biarlah ia terkubur begitu sahaja dalam lipatan sunyi dan sepi.


-aku aktivis-


8 comments:

Anonymous said...

mane perginy saiful yg dulu??
kulihat dirimu kini seolah tiada semangat meneruskn perjuanganmu..
bangunlah sahabat.. Allah sentiasa bersamamu.. daku akn tetap menyokongmu..

klau bleh,ana xnk tgk enta cmni.. sepi,dah tiada lg ria untuk di isi di ruangan blog enta ni.. di kmpp dlu, ana selalu lihat enta sentiasa senyum.. mana senyum itu hilang?? sume entry enta mcm pnuh kebingunan,kesedihan..

ana nk tgk senyum itu kembali perindahkn hiasan laman blog enta ni.. dlm diam,daku menyanjungimu.. wassalam..

x-pdt kmpp 07/08

Anonymous said...

Pedang Kasih Sayang Anak Lelaki Hamba Yang Maha Penyanyang lagi Pengasih itulah nama diberi...

Ku pasti pertapaanmu di Indera Kayangan bukanlah sia2...
Ku pasti dikau memahat hatimu dengan ayat2 Tuhan...
Tatkala dikau menyepi dari arus politik & kepimpinan...
Sibukkan dirimu dengan menyelami kehalusan dan keindahan ayat2Nya...

Ku pasti Saiful yg dulu pasti akan lahir semula...

Bukan lagi Saiful yang dulu, tapi Saiful yang lebih hebat dari dulu..

Hatinya sentiasa berhubung dengan Ilahi...
Lidahnya basah dengan ayat al-Quran...
Senyuman makin menawan...

Dengan Pedang Kasih Sayang ia membelah rintangan dan cabaran...

Dengan Pedang Kasih Sayang, pasti Pedang Istimewa Penjejak Awan akan kaku... Tiada lagi pertumpahan darah berlaku...

-Anak HambaMu-

Anonymous said...

Pedang Istimewa akan kaku...
Pedang Salji akan beku...
Itu semua cerita dalam buku...
Pedang Kasih Sayang dalam diriku...

Pedang Kasih Sayang kini sepi...
Asahlah ia dengan ayat2 Ilahi...
Agar masalah dapat diketepi...
Segala cabaran dapat disudahi...

Pedang Kasih Sayang mula bersinar,
akanku siramimu dengan zikir,
kejayaan diri adalah benar,
dicapai dengan berfikir.

Penjejak Awan cakarnya bkn kepalang,
Penjejak Badai tendangan tiada tandingan,
Diriku menyepi tidak bermakna daku menghilang,
Kepada x-pdt kmpp 07/08 ku sampaikan salam kecemerlangan.

-Anak HambaMu-

asrar_qalbi said...

x-pdt kmpp:saiful in tetap saiful yang dulu juga..bukan bertukar jadi saiful bukhari,,haha..

senyum..yer,senyum...insyaAllah..

anak hambaMU:ni kuat baca komik ni..hehe..macam kukenali siapa geranganmu..

doakanlah sesama sahabat..

Anonymous said...

enta dh berubah.. lain sngt.. jgn tipu diri sendiri lg.. ana tgh marah ni.. hmmm..



x-pdt kmpp 07/08

Anonymous said...

enta dh berubah.. lain sngt.. jgn tipu diri sendiri lg.. ana tgh marah ni.. hmmm..



x-pdt kmpp 07/08

Anonymous said...

emmm..
mungkin benar serinya telah hilang.

tapi jika tidak berdepan, mungkin sukar bagi kita menilai seseorang.

apapun, beliau mungkin merupakan unsong hero(wira yang tak didendang).

Anonymous said...

Berubah ke arah postif,
Satu peningkatan iman,
Berubah ke arah negatif,
Satu penurunan iman.

Positif & negatif mainan minda,
Lain orang lain persepsi,
Kawal perasaan & fikiran anda,
Semoga kecemerlangan sama dikongsi.

Sahabatmu,
-Anak HambaMu-