Wednesday, April 7, 2010

Indahnya pelangi

          Terkenang sewaktu belajar subjek Sains di sekolah rendah dahulu.Cikgu kata,cahaya putih itu sebenarnya adalah tujuh warna.Pening kepala budak-budak memikirkannya termasuklah saya.

          Lalu cikgu menunjukkan satu eksperimen mudah.Sila ambil satu prisma kaca dan kita pergi ke tempat yang ada cahaya matahari.Berbondong-bondonglah kami pergi ke luar kelas.Bila beberapa kali mencuba,lalu kelihatanlah tujuh jenis cahaya yang berwarna warni.Itulah dinamakan pembiasan.

        Bila terkenangkan zaman kanak-kanak dulu,saya tersenyum sendirian.Zaman yang baru nak mengenali apa itu kehidupan,perkaitan hidup manusia dengan alam dan sebagainya. Dan sains merupakan satu subjek yang menarik bagi kanak-kanak yang memang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi.

      Berbalik kepada cahaya yang tujuh tadi.Cikgu kata,dalam alam ini kita dapat lihat fenomena tersebut iaitu pembentukan pelangi.Ye..memang betul,pelangi mempunyai tujuh warna.Dan pelangi sangat cantik dan indah.

      Masih dalam ingatan hafalan tentang susunan warna pelangi.

"mereka jumpa katak hijau bawah itu ular" = 'merah jingga kuning hijau biru indigo ungu'

      Haha...tidak disangka ilmu yang sekian lama dahulu masih kekal dalam ingatan.Itulah hebatnya kurniaan akal dan otak oleh Allah kepada kita hamba-Nya.Maka akan disoallah bagaimanakah akal ini digunakan,ke arah baik atau buruk.

     Sewaktu kanak-kanak,saya sangat suka melihat pelangi.Indah..memang indah sungguh.Alam yang asli dicipta Allah ini sangat indah dan damai,melambangkan keagungan Allah.

    Setelah sekian lama tidak melihat pelangi di kaki langit,petang semalam Allah memberi peluang untuk menatap keindahan alamnya.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar...


No comments: