Thursday, April 24, 2014

Saat Kita Tersembam

Assalamualaikum warahmatullah.

Sudah lama aku tidak mencoret di sini. Aku diuji sungguh-sungguh. Allah memberi satu persatu ujian dalam tempoh masa yang singkat ia datang bertimpa-timpa. Perit, pedih, sakit, seksa, derita, sengsara dan yang sewaktu dengannya. Namun aku tahu, ia adalah sapaan kasih sayang Allah.

Allah..Engkau uji aku sebegini dan aku kembali pada Mu.Terimalah aku Ya Allah. Aku ditinggalkan oleh manusia, tapi aku tak mahu kehilangan Mu Ya Tuhanku. Kasihanilah aku..

2 comments:

Hainur Eisha said...

Allah tidak menjanjikan langit tu sentiasa biru, bunga kan selalu mekar dan mentari selalu bersinar.
Tapi... Ketahuilah bahawa Allah selalu memberi pelangi d setiap badai yg melanda dan senyuman akan terukir d setiap titisan air mata kerana itu tanda Allah sayang dan jawapan kpd setiap doa.

Be strong k

intan@ain said...

kurangkan pergantungan hati dengan manusia.barangkali itu jalannya.hatta mengemis empati atau minta difahami.semoga tabah berhadapan dengan manusia rencam gaya.