Wednesday, January 5, 2011

Kesian Kamu..

Aduh..dewan kuliah ini sememangnya sejuk.Sangat sejuk.Kudin yang kurus itu tidak mampu menahan kesejukan.Terketar-ketar badan menahan suhu yang menusuk ke tulang sumsum ini.

Apa yang diajar oleh pensyarah di hadapan tidak dapat diberi tumpuan sepenuhnya.Lagi malang hari ini dia terlupa membawa jaketnya.Mahu saja berlari keluar dari dewan itu,namun kelas pengajian tidak boleh ditinggalkan.Dia cuba bertahan.

Mat Rock di sebelahnya perasan tentang Kudin yang kesejukan.Tidak semena-mena Mat membuang jaketnya kemudian diberikan kepada Kudin.

"Pakailah jaket ni,nanti kau mati kesejukan pulak",kata Mat rock dengan selambanya.Memang dia seorang yang selamba dan sempoi.

"Eh,nanti kau pulak kesejukan."

"Pakai je la"

"Aku pakai setengah jam,nanti lepas tu aku bagi kat kau balik"

Kudin rasa lega sedikit.Tidaklah dia terketar-ketar menahan kesejukan itu.Namun di hati kecilnya,dia kagum dengan Mat.Walaupun apa yang dia buat itu hanya bagi pinjam jaket,tapi menyentuh hati Kudin.bagi Kudin,Mat seorang yang ada sifat sahabat.

Apa yang membuatkan hati Kudin tersentuh??

Hati manusia itu akan tersentuh dengan bantuan yang mereka dapat di saat mereka memerlukan.memang itu lumrahnya.Jika kita ingin menyentuh hati manusia,hendaklah kita sentiasa membantu orang yang dalam keadaan lemah dan memerlukan.

Namun orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk kebaikan mereka.Mereka tidak berpura-pura dengan sikap mengambil berat.Tapi diri mereka sendiri sudah sebati dengan sifat yang baik dan mulia.Inilah sikap seorang sahabat. 

Terima kasih Mat Rock..