Thursday, September 9, 2010

Aku Hargai Insan Ini

~ Argh..tensionnya tinggal di asrama ni rupa-rupanya.Sunyi sekali.Aku study di bawah pondok sorang-sorang.Masih belum biasa dengan kebosanan asrama.Risau dengan PMR yang akan datang lagi.

Aku menjadi seorang yang pendiam dan sentiasa berseorangan.Suatu petang dia datang menegur aku di bawah pokok itu.Aku berta'aruf dengannya.Kekok juga rasanya.Walaupun satu tingkatan denganku,tapi umurnya tua setahun dariku.

Dia mempelawaku study bersama dengan gengnya di BD (bilik disiplin).Aku masuk dengan perasaan segan dan malu.Rupa-rupanya geng dia memang study dan tidur di situ.Aku mula membiasakan diri dengan mereka,walaupun aku paling muda di situ.

Dan dia adalah yang paling matang di antara kami.Dia sangat prihatin dan baik terhadapku.Aku dapat rasakan itu.

Makan bersama,tidur bersama,study bersama dan bergurau senda menjadikan ukhwah kami erat.Itulah usrahku di sekolah,SYABAB.~ {tamat imbauan}



Kini hampir 6 tahun saya bersahabat dengannya.Dia adalah seorang sahabat,juga seorang abang kepada saya.Dia terlalu baik.Menghulurkan salam persahabatan dengan tulus.

Selamat ulang tahun ke 21 sahabat.Moga bertambah amalan dan ketaqwaan pada Allah.Maafkan diri ini jika tidak mampu menjadi sahabat yang baik padamu.

YA ALLAH,jadikanlah persahabtan ini semata-mata kerana-MU.Ameen.

tepi tasik Kenyir ni..


 -8 september-




2 comments:

insan said...

amin.. syukran ya akhi.. speechless baca post ni..

asrar_qalbi said...

ameen..sahabat..