Tuesday, December 29, 2009

Kasih Ibu...

Assalamualaikum..

lama tidak menjengah ke ruangan ini..Cuti membuatkan aku tiada kesempatan untuk mencoret sesuatu..mak kata banyak buat benda berfaedah tak juga.Banyak terleka dan terlagha je..

Cuma yang aku ingat,dalam cuti hanya 2 kali sahaja sempat aku menjengah nenekku.Sudah agak tua dan sudah nyanyuk.Yang menjaganya sepanjang masa adalah mak saudaraku yang kelima.Dia berumur sudah lebih 50 tahun,namun sudah takdir hidupnya tidak berumah tangga.Jadi,dialah yang menjaga nenekku kerana adik beradik yang lain agak sibuk dengan keluarga masing-masing.Namun,adik beradik yang lain selalu datang menjenguk dan membantu menjaga nenek.Aku sangat terharu dengan pengorbanannya menjaga nenekku.Segala makan minum,pakaian,kencing berak ibunya itu diuruskan sepanjang masa olehnya seorang diri.Allahuakbar..

Menjaga seorang ibu yang telah nyanyuk bukanlah mudah..Perangainya umpama seorang bayi.Perlu dijaga segala-galanya.Kadang mengamuk dan minta dilayan apa yang ingin dicakapnya.Tapi aku melihat ibu saudaraku dan adik beradiknya yang lain cukup sabar dan prihatin dengan ibu mereka.

Sewaktu  pergi menjenguk nenekku,entah berapa kali ditanya siapa nama aku.Setiap kali ditanya,jawablah kami dengan sabarnya.Kadang-kadang bosan,tapi aku terfikir...Jika suatu hari nanti aku dalam keadaan begitu,adakah ada lagi orang mahu melayan aku?? Dia minta disikat rambutnya,maka disikatlah sehingga dia tertidur..Terbayang segala kebaikan seorang ibu menjaga dan membesarkan anak-anaknya..teringat iklan Petronas..

burung apa?
Burung murai..
Burung apa?
Burung murai nak..
Burung apa?
Burung murai sayang..

Seorang ibu dan seorang bapa mampu menjaga 10 orang anak mereka serentak.Namun 10 orang anak itu belum tentu akan menjaga kedua ibu bapanya di waktu senja mereka kelak..Malah ada yang menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah orang tua..Tak terfikirkah mereka akan perasaan ibu bapa mereka..Kelak bila mereka diperlakukan oleh anak-anak mereka sebegitu,baru mereka sedar..

Hanya anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mengasihi dan menjaga dengan penuh kasih sayang kedua ibu bapa mereka..aku ingin menjadi anak yang sebegitu..insyaAllah..

Aku teringat ummi dan abi kat rumah..
Ummi..Abi..Sayang kalian..

 Ya Allah,hanya Engkau mampu membalas segala jasa kedua ibu bapa kami..
Ampunilah dosa-dosa kami dan mereka..amin..


No comments: