Wednesday, September 16, 2009

Himpunan pimpinan mahasiswa..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

1.Menghadiri satu sidang konvensyen mahasiswa 2 hari lepas membuka mindaku,bahawasanya mahasiswa dan anak muda adalah aset negara yg amat berharga.

2.Elemen perbincangan adalah tentang transformasi sistem negara kita.Aduh..tinggi sekali tahap perbincangan ini.Rasa tak layak diriku berada di situ.Seolah-olah perbincangan ini adalah khayalan..namun kata panelis,tak salah untuk anak muda berimiginasi dan memikirkan sesuatu idea yg 'gila',kerana itu memg sifat anak muda.

3.Anak muda adalah agen perubahan.Mereka adalah golongan pendesak.Mahasiswa memimpin.Tp...

4.Adakah mahasiswa sekarang memimpin masyarakat? Adakah suara mahasiswa dipandang oleh orang ramai? Adakah anak muda turun dalam lapangan masyarakat? Inilah yg perlu dimuhasabah kembali dan bertindak..

5.Anak muda,bangkitlah dari lena..

"Manusia tidak lagi dapat disebut sebagai manusia jika akalnya sudah tidak mahu lagi berfikir.."-Syeikh Muhammad Al-Ghazali-

No comments: