Pagi
25 Januari 2015, teman fasilitator menghubungi dan menghantar pesanan mesej
kepada saya. Kami dikejutkan dengan kembalinya junior kami, Mohd Fauzan ke
rahmatullah. Saya rasa terkilan yang amat kerana tidak sempat untuk
menziarahinya buat kali terakhir.
Beliau terlibat dalam kemalangan pada pagi
Jumaat (23 Januari) yang lalu. Ayah dan
rakannya meninggal dunia. Beliau koma dan keadaannya adalah DIL (Death In
Line).
Hubungan
dalam keluarga besar fasilitator sangat akrab dan mesra. Saudara Fauzan yang
kami kenali ialah seorang yang sangat ceria dan menceriakan orang. Tubuhnya
tinggi lampai, rambut panjangnya yang menjadi identiti dirinya. Kami mengenali
dia seorang yang sangat rajin, ringan tulang dan tidak lokek menghulurkan
bantuan. Gurauan antara kami biasanya agak kasar tapi mesra. Beliau adinda kami
yang sangat baik, menghormati orang lain. Loghat Kedah beliau yang sangat pekat itu akan tetap kekal
dalam ingatan kami.
Pada
saat dia terlantar, ramai teman dan pensyarah
yang menziarahi beliau. Doa tidak putus untuk kesejahteraan beliau. Pun
begitu, ketentuan Allah menetapkan setakat ini sahaja umurnya di dunia. Kami
redha dalam syahdu dengan pemergian beliau.
Ramai
insan yang menangisi pemergianmu.
Kamu
disayangi oleh insan yang mengenalimu.
InsyaAllah
kamu disayangi Allah dan para malaikat.
Semoga
ditempatkan di kalangan solihin.
Amin.
Status
beliau di FB:-
‘Dakwah’ patut menyentuh jiwa,
bukan menyinggung rasa –
membantu manusia mengenal Pencipta,
bukan sekadar membantu diri mengejar syurga.
(Mohd Fauzan, 23
Oktober 2014)
Selamat berehat
adinda kami Mohd Fauzan.
No comments:
Post a Comment