Monday, September 20, 2010

Sanah Helwah Akhi..

Abe Am : Nok tido doh ko? bangun dulu meta,mari kito ambik ilmu sikit.

Saya : Bereh,dengar ceramah dulu...hehe

Lalu Abe Amri saya pun baca la syarahan kitab sedikit sebanyak.Kemudian berdiskusi sedikit,usrah ringkas,barulah saya tidur.

Terkenang suasana saya ketika kecil dulu.Sebelum tidur,itulah antara pengisian saya dan abang saya.

Sanah helwah ya akhi..USTAZ HAFIZ AMRI..

Add caption


-18 September-

Bahasa Jiwa Bangsa..

nak MOTORSIKAL SATU..hahak

aku PIJAT budak ini..hehe



Friday, September 17, 2010

Bertahun sudah


Banyak tahun saya tidak menjengah ke dusun.Terlalu lama rasanya.Petang itu sempat sekejap ke sana.

Wah..bestnya boleh memanjat pokok duku.Hehe..lama dah tak memanjat.


HIJAU ITU INDAH

Wednesday, September 15, 2010

Thursday, September 9, 2010

Aku Hargai Insan Ini

~ Argh..tensionnya tinggal di asrama ni rupa-rupanya.Sunyi sekali.Aku study di bawah pondok sorang-sorang.Masih belum biasa dengan kebosanan asrama.Risau dengan PMR yang akan datang lagi.

Aku menjadi seorang yang pendiam dan sentiasa berseorangan.Suatu petang dia datang menegur aku di bawah pokok itu.Aku berta'aruf dengannya.Kekok juga rasanya.Walaupun satu tingkatan denganku,tapi umurnya tua setahun dariku.

Dia mempelawaku study bersama dengan gengnya di BD (bilik disiplin).Aku masuk dengan perasaan segan dan malu.Rupa-rupanya geng dia memang study dan tidur di situ.Aku mula membiasakan diri dengan mereka,walaupun aku paling muda di situ.

Dan dia adalah yang paling matang di antara kami.Dia sangat prihatin dan baik terhadapku.Aku dapat rasakan itu.

Makan bersama,tidur bersama,study bersama dan bergurau senda menjadikan ukhwah kami erat.Itulah usrahku di sekolah,SYABAB.~ {tamat imbauan}



Kini hampir 6 tahun saya bersahabat dengannya.Dia adalah seorang sahabat,juga seorang abang kepada saya.Dia terlalu baik.Menghulurkan salam persahabatan dengan tulus.

Selamat ulang tahun ke 21 sahabat.Moga bertambah amalan dan ketaqwaan pada Allah.Maafkan diri ini jika tidak mampu menjadi sahabat yang baik padamu.

YA ALLAH,jadikanlah persahabtan ini semata-mata kerana-MU.Ameen.

tepi tasik Kenyir ni..


 -8 september-




Malunya aku..

Sampai di Medan Gopeng petang itu.Aduh..letih sungguh jasad ini bermusafir.

Mataku tertumpu pada seorang anak muda yang duduk di bangku menunggu.Mukanya sangat jernih dan tenang,setenang air di dalam cawan.

Saya berada di belakangnya.Saya terus memerhatikannya walaupun tidak pernah kenal siapa insan ini.

Suasana yang hiruk pikuk tidak menjejaskan ketenangan di wajahnya.Beliau memegang senaskhah AL-QURAN dan tekun membacanya.

Orang yang yakin dan berpegang teguh dengan ajaran Islam,maka KETENANGAN menjadi miliknya.

Aku malu denganmu wahai anak muda..

bukan gambar sebenar,,sejuknya angin kipas ni..he..