Wednesday, January 26, 2011

Teringat..

Tiba-tiba teringat pada Muhamad Nukman Bashir..
Moga jadi insan bertaqwa...

Monday, January 24, 2011

Bulan Sakit

Besarnya bulan malam ini walaupun tidak purnama.Cahayanya kekuningan.Orang kata itu bulan sakit..sama dengan hatiku yang sedang kesakitan juga.

Sakit..tersangat sakit..



ALLAH,,aku serahkan segalanya kepada-MU..

Friday, January 21, 2011

Mahu Nikah ke Tidak?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pesan guru saya,4 perkara yang sunnah para rasul dan anbiya'.

1.Sifat Malu
     
         Rasulullah itu lebih malu daripada seorang anak dara yang berada di dalam kamarnya.Begitu tinggi sifat malu Rasulullah S.A.W.Kita pada hari ini sudah hilang sifat malu.Sudah tidak malu untuk berbuat maksiat secara terbuka.

         Sama-samalah kita hiasi diri dengan sifat malu.Malu kepada Allah.

2.Memakai wangian

          Bagi orang lelaki,pakailah wangian yang keras baunya.Bagi wanita pula,gunalah wangian yang lembut baunya.Amaran bagi kaum hawa,berwangi sekadar untuk hilang bau bagi dirinya sahaja.Jangan sampai wangian berlebihan yang menarik perhatian lelaki.Kelak dibimbangi mendapat dosa seperti seorang penzina disebabkan wangian berlebihan.

3.Bersugi

        Jikalaulah tidak memberatkan umat Nabi,nescaya diwajibkan untuk bersugi sebelum solat.

4.Nikah

       Nikah itu ibadat dan sunnah para rasul.

jom selawat

Wednesday, January 19, 2011

Bunuh..Bunuh dan bunuh,,,

'Cucu derhaka,bunuh datuk dalam rompakan..'

'Cemburu,kekasih dibakar..'

'Mayat ditanam di kebun dalam keadaan duduk.dibunuh untuk tutup mulut'

'4 sekeluarga dibunuh anak lelaki,dipercayai pengaruh ajaran sesat.'

'Wanita ditikam 32 tikaman'

'Mayat perempuan dibakar ditemui tepi tong sampah'

'Jutawan kosmetik dibunuh,bakar,buang abu dalam sungai'




Setiap hari di dada akhbar,inilah berita yang kita terima.Inilah berita yang kita baca.

Hidup dirasakan sudah tidak selamat.Ancaman dan bahaya di mana-mana.Bunuh membunuh menjadi perkara biasa.Seolah-olah NYAWA manusia ini langsung tiada nilai.Macam binatang diperlakukan.

Hukuman yang ada sekarang ini tidak menakutkan manusia..
Undang-undang yang ada tidak menggerunkan hati manusia..
Hukum yang seolah-olah tidak berkat dan tidak berkesan..

Kembalilah kepada undang-undang PENCIPTA manusia itu sendiri..

Manakah KEDAMAIAN?

Di mana KEAMANAN?


Sunday, January 16, 2011

Duit Haram

Seorang guru sekolah diberi tugasan untuk menempah plak sebagai hadiah untuk program di sekolahnya.Ini kali pertama dia melakukan tugas ini.

Sampai di kedai,dia melakukan urusannya.Harga hadiah itu lebih kurang RM200.Ketika mahu dibuat resit,taukey kedai tanya kepadanya.

"Cikgu,mahu taruk berapa atas ini resit?"

"Harganya berapa taukey?"

"Dua ratus la..u mau untung berapa?Saya taruk 4 ratus ye"

"Kenapa taukey,kan harganya 2 ratus."

"Aiyaa..itu untung bahagian kamu ma..biasa cikgu-cikgu dan pegawai kerajaan buat ini macam"

"Tak payah la taukey,letak harga asal"

Guru ini sangat terkejut dan hairan.Tidak pernah di hatinya berfikir untuk mengambil keuntungan itu,tetapi ditawar pula oleh taukey kedai.Adoiyyya...


 Ini kisah dari sepupu saya yang saya ubah sedikit jalan ceritanya.Realiti yang berlakunya adalah begini.Cuba bayangkan jikalau..


500 orang X  RM200 (yang disonglap) =RM10000

RM10000 X 20 kali (contoh,dalam setahun) = RM200000.

Ini hanya contoh.Maka dalam setahun RM200000 menjadi habuan kepada orang yang bertugas ini.Inilah ketirisan wang negara yang berlaku.Ini baru contoh dari pegawai kerajaan peringkat bawahan.Kalau berlaku di peringkat atasan takkanlah 2 ratus kot..

Barangkali inilah dipanggil JENAYAH KOLAR PUTIH.
Di manakah kejujuran?

Manakah amanah?

Manakah integriti?



Persoalannya,apa hukum duit 'untung' yang diambil itu??

carilah rezeki yang halal..



Diri SeNdiri

Aku lemah,tiada kekuatan..

Kekuatan itu perlu dicari,bukan ditunggu datang bergolek..

Ingin berubah tapi tidak mampu..

Jangan cari alasan,mujahadahlah..

teratai bunga indah

Wednesday, January 5, 2011

Kesian Kamu..

Aduh..dewan kuliah ini sememangnya sejuk.Sangat sejuk.Kudin yang kurus itu tidak mampu menahan kesejukan.Terketar-ketar badan menahan suhu yang menusuk ke tulang sumsum ini.

Apa yang diajar oleh pensyarah di hadapan tidak dapat diberi tumpuan sepenuhnya.Lagi malang hari ini dia terlupa membawa jaketnya.Mahu saja berlari keluar dari dewan itu,namun kelas pengajian tidak boleh ditinggalkan.Dia cuba bertahan.

Mat Rock di sebelahnya perasan tentang Kudin yang kesejukan.Tidak semena-mena Mat membuang jaketnya kemudian diberikan kepada Kudin.

"Pakailah jaket ni,nanti kau mati kesejukan pulak",kata Mat rock dengan selambanya.Memang dia seorang yang selamba dan sempoi.

"Eh,nanti kau pulak kesejukan."

"Pakai je la"

"Aku pakai setengah jam,nanti lepas tu aku bagi kat kau balik"

Kudin rasa lega sedikit.Tidaklah dia terketar-ketar menahan kesejukan itu.Namun di hati kecilnya,dia kagum dengan Mat.Walaupun apa yang dia buat itu hanya bagi pinjam jaket,tapi menyentuh hati Kudin.bagi Kudin,Mat seorang yang ada sifat sahabat.

Apa yang membuatkan hati Kudin tersentuh??

Hati manusia itu akan tersentuh dengan bantuan yang mereka dapat di saat mereka memerlukan.memang itu lumrahnya.Jika kita ingin menyentuh hati manusia,hendaklah kita sentiasa membantu orang yang dalam keadaan lemah dan memerlukan.

Namun orang yang ikhlas tidak menunjuk-nunjuk kebaikan mereka.Mereka tidak berpura-pura dengan sikap mengambil berat.Tapi diri mereka sendiri sudah sebati dengan sifat yang baik dan mulia.Inilah sikap seorang sahabat. 

Terima kasih Mat Rock..