Friday, February 24, 2012

Saya sangat sedih...

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam Jumaat..Penghulu segala hari..

2 minggu lepas saya bermusafir bersama dengan beberapa rakan baru saya,warga Yaman..keseronokan berbicara dalam bahasa Arab tak boleh digambar..setelah banyak tahun meninggalkan bahasa tersebut..

Tergagap dan terabur,tapi tetap cuba nak bercakap..mereka ni sangat baik dan mesra..suatu perkara yang best tentang budak-budak Arab ni..

Akhi Ali bertanya kepadaku tentang surah al-Kahfi..

'Adakah kamu membacanya pada setiap Jumaat?'

Jawab saya,'Jarang-jarang la saya baca'

'Saya sangat sedih mendengarnya'

Saya terdiam dan terkesima..Lalu dia menasihatkan saya supaya mengamalkannya..Satu perkara yang saya suka dengan mereka ialah berterus terang..Saya sangat senang dengan mereka yang berterus terang..I like this type..

Jom baca surah Kahfi di hari Jumaat yang mulia ini...

-Salam Revolusi untuk Syria-


Monday, February 20, 2012

Final Year Project

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam Revolusi untuk Syria..

Bangun pagi sudah berada dalam sem terakhir di tahun akhir pengajian di kampus UniMAP..

Seronok?
Sedih?
Gementar?
Bingung?

Entahlah..Namun itulah MASA!!

Tak pernah sesekali ia berhenti.Tak pernah boleh diundur.Dipercepat lagilah mustahil..
Sentiasa ia patuh bergerak dan bergerak berlalu...

Duhai insan,,Benarlah kalam Tuhan..'Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian'..

Di tahun akhir ini nampaknya banyak perkara yang perlu diselesaikan..

FYP

Bahagianya hidup dengan Final Year Project..hehe...Seronok sungguh rasanya pening dan pusing dengan FYP ini..

Baca jurnal...cari barang..buat projek...presentation...bla bla bla...

Cuba pandang dengan positif dan optimis..susah itu cabaran,,cabaran untuk disahut,bukan untuk melemahkan jiwa...

Masalah untuk diselesaikan,bukan untuk mengalah...

Kesibukan itu tanda hidup...

Akan diusahakan dengan sungguh-sungguh untuk membahagiakan diri dengan FYP ini...

I LOVE FYP!!!


Tuesday, February 7, 2012

SEPI

Assalamualaikum warahmatullah..

Sepi dan sunyi sementara..

Kembali dengan semangat baru..

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad....