Umur saya sudah memasuki suku abad. Pesan sahabat karib saya, hidup kita di dunia ini singkat sahaja. Jangan bertangguh dalam melakukan kebaikan.
Benar sekali. Jika rezeki umur 50 tahun, maka bermakna sudah separuh daripada kehidupan di dunia ini sudah berlalu. Tinggal bakinya separuh lagi harus ditempuhi dan dimanfaatkan.
Atau barangkali kurang daripada itu lagi tempohnya. Mati itu rahsia DIA.
Sekejap sahaja masa berlalu. Rangkalah kehidupan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment