"Pul,aku ni cakap kasar juga.Tapi aku tak sebut 'menate'.Takkan nak panggil seorang manusia sebegitu"
Dialog ini semasa saya di bangku sekolah dahulu.Sahabat saya Rizli menegur kesilapan saya.Saya terkasar dalam bahasa pertuturan saya.Seingat saya,itulah kali pertama saya ditegur secara TERUS dan TERANG.
Kesannya adalah sampai sekarang saya tak berani untuk bercakap kasar macam dulu.Mulai dari situ jugalah saya mula menyukai teguran yang terus terang.Saya sangat menyayangi sahabat saya yang menegur silap saya.
Terpana
{Saif,jangan buat sesuatu yang membuat orang bencikan saif}
Saya hilang kata-kata.Satu teguran yang menyentap hati saya.Namun saya akui itu kesilapan saya.Allahuakbar..
Serta merta saya sedar tentang salah saya.Jikalau tidak ditegur sebegitu,mungkin saya tidak akan berhenti dari membuat kesilapan itu.Terima kasih pada insan itu.Moga Allah merahmatimu.
Teguran dari Allah
Kita manusia ini sentiasa perlukan teguran.Dambakan pada tazkirah dan peringatan.
Dan sebenarnya semua teguran untuk saya itu adalah hakikatnya adalah teguran dari ALLAH yang dihadirkan melalui sahabat-sahabat saya.Tegurlah secara terus terang segala salah silapku,insyaAllah itu tanda kasih sayang dalam persahabatan.
Bagi saya,tidak ada kekasaran pada sebuah teguran dan kritikan.Yang ada padanya adalah kasih sayang dan rahmah.
"Shah,kenapa awak sentiasa letak beg atas meja.Awak cukup pantang letak beg di belakang kerusi.Kenapa ye?" tanya saya pada rakan sekelas 5 Sc Madinah.
"Mm..Aman tahu,dulu pernah sekali saya bawa Al-Quran,letak dalam beg dan saya letakkan beg di belakang.Dan saya bersandar pada kerusi itu kan.Ada kawan saya datang dan berkata:{ Al-Quran itu awak letak pada punggung je? Takkan sampai begitu sekali.}.Selepas itu saya tak pernah lagi meletakkan beg sekolah saya di belakang.Lagi pun saya mahu keberkatan ilmu.Takkanlah buku saya nak letak tempat bersandar je kan."
Saya terdiam tanpa sepatah kata.
"Aman,siapa nama budak sekolah aman tu?"tanya seorang kakak.
"Oh..Nik Zaharuddin.Kenapa dengan dia kak?"
"Tak de apa.Akak kagum dengan dia.Dalam kekalutan manusia,dia masih boleh mengulang hafalan AQ."
Yer..sahabat sekelas tahfiz dengan saya itu memang seorang yang bersopan dan sangat menghormati orang.Sampaikan saya pun terasa segan bila berbicara dengannya.Saya pun akan jadi 'sopan' juga bila berbual dengannya.Hehe..
Baru saya mengerti,apa dikatakan salah satu ubat hati itu ialah sentiasa bersama orang yang soleh.
Bagi saya,mereka ini lelaki soleh yang tidak pernah menunjuk-nunjuk yang mereka ini baik dan soleh.Namun SOLEH itu diamalkan dalam kehidupan mereka.Walaupun pada perkara-perkara yang kecil.
Mungkin saya ini terlalu banyak bercakap,amal kurang.Namun sahabat saya jarang bercakap,tapi ada praktikalnya.Bertuah mempunyai sahabat yang baik.
Sehari sebelum pulang hari tu pergi tolong mangsa banjir di Kedah.Pulang tengah malam,esok pagi terus naik bas.Malam tu pula liqa' bersama adik-adik Ma'had.
Namun dalam perjalanan pulang itu cukup gembira,tidak terasa segala kepenatan.Saja je nak kongsi gambar yang buat saya CERIA...